Gambar Edit Melampau


Korang ada tak kawan atau sesiapa sahaja yang korang kenal yang jenis mukanya dalam gambar (terutamanya dari Fb dan IG) yang tak sama langsung dengan muka asal. Orang yang jenis kalau dalam gambar, lawa bukan main. Semua edit-edit. Dengan putih gebunya, dengan flawless-nya, kalau tengok muka asal, memang Nampak macam orang lain.

Ada tak? Atau korang sendiri yang jenis macam tu? well, itu hak peribadi masing-masing. Terpulang.  Tapi pernah tak korang terfikir, keburukan kalau suka edit gambar muka sendiri sampai Nampak lain dari wajah yang asal?

Aku terfikir benda ni pun sebab aku terperasan seorang kenalan aku kat laman sesawang yang jenis katagori macam tu. Jenis yang bila tengok gambar fb akan membuatkan korang tertanya-tanya. “eh, ni dia ke..? apesal muka lain?”

Keburukan gambar edit melampau


Aku bagi 2 senario. Scenario yang pertama, kalau family orang tu jenis yang jodohkan anak masing-masing dengan teknik ‘tunjuk-tunjuk gambar’ (macam yang aku cerita kat entri ni : Tunjuk Gambar) mesti family lagi 1 akan rasa macam tertipu. Kan?

Tengok gambar lawa bukan main. Sekali tengok gambar, terus bakal mak mentua terpikat. Tapi bila tiba masa nak sarung cincin, bakal mak mentua yang nak sarung tu pengsan.  hehehe

Tak pun, contoh yang mudah di zaman moden sekarang ni (kot la zaman jodoh pilihan keluarga tu zaman kolot), mereka yang cari jodoh secara online. Tengok gambar FB lawa bukan main. Tapi bila keluar tengok, terus clash.. (contoh...)

Aku rasa situasi ni hampir sama dengan kes make-up berlebihan sampai muka Nampak lain.. Untuk maklumat lanjut pasal kes make up tu, boleh lihat entri ini :
1. Make-up Berlebihan
2. Make Up Berlebihan | Pandangan Anda?.

Scenario yang kedua, sekarang ni aku rasa banyak sangat kes budak hilang, tak kira kena culik ataupun lari dari rumah ikut kekasih. Terutamanya perempuan. Then, banyakla poster-poster yang dikeluarkan oleh keluarga mangsa bagi meminta jasa baik orang ramai kot-kot terjumpa anak diorang.

Dah tu, kalau gambar semua jenis edit lawa-lawa, langsung nampak lain dari wajah sebenar, macam mana la orang nak jumpa budak tu? Kan? Bukan nak mintak berlaku, tapi beringat sebelum kena..

aku komen je lebih, tapi aku dalam gambar buruk, luar gambar pun buruk..

Post a Comment

29 Comments

  1. Replies
    1. Klau dh edit tu mana boleh berpada2 bang. Kulit org melayu mana lah yg ada secantik kulit org korea tu.

      Delete
  2. cara sy, kalo x puas ht ngan pic sendiri syg takkan upload hehe..

    ReplyDelete
  3. orang2 muda ..nak2 anak dara...mesti nak nampak cantik..tapi kalau dah terlampau2 memang tak elok jugak..Umi pakai 360 pon dah rasa ok..malas nak edit lagi dah..hehe..

    ReplyDelete
  4. Ada juga kawan yang suka edit-edit gambar..

    ReplyDelete
  5. Biasalah tu semua org nak nampak cantik. D sbbkan x cantik lh x de yg masuk meminang akak nih heeeeB

    ReplyDelete
  6. haha. seriously ramai kawan sy macam tu.
    bila tengok ig masing2, sy pulak yang tak cam diaorang

    ReplyDelete
  7. tak perlu nak edit bagai eh.. bersyukur dengan kurniaan dariNYA.. ada sebab mengapa DIA jadikan orang tu lawa orang ni tak..

    ReplyDelete
  8. Saya tak pernah edit2 gambar sendiri. Gambar saya diedit oleh studio/kedai gambar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kelakar video tu. Seksi giler, pakai tudung tapi berseluar pendek.

      Delete
    2. "aku komen je lebih, tapi aku dalam gambar buruk, luar gambar pun buruk.."

      Pha Is, tak elok rasa rendah diri, hehehe.

      Delete
  9. sentap daderr sha tau ! sha suka gak edit gambar melampau2 ni.... tapi takde la sampai nak edit tambah bulu mata palsu bagai...whahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. x kata kat sapa.. sapa makan cili, dia yg rasa pedas.. heheh

      Delete
  10. XRETI NK EDIT NI...KAK TAG PHA IS THE VERSATILE BLOGGER AWARD...http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete
  11. be yourself tak menyusahkan diri sendiri . kesian kat bf/gf maya . ada gak yg nak bunuh diri lak nanti ... heh heh

    ReplyDelete
  12. kalu edit gambar pun, edit lighting je, trust natural beauty.

    ReplyDelete
  13. bg anne nak edit tu biar la berpada, pastu jgn la semua gambar nak edit.. hihi..

    ReplyDelete
  14. hahaha faiz dickie ni mmg sengal.

    :D

    dah lama tak upload gambar seniri hewhew

    ReplyDelete
  15. sebab tu kalau dalam urusan rasmi hanya gambar yang amik kat studio jer yang dibenarkan atau mcm saya buat pasport dulu, gambar amik petus kat pejabar imigresen..mungkin ramai yang hantar gambar ntah apa apa ntah kot...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. Hehehe kita yang tak berapa nak comel ni tak yah nak edit2 sangat la huhuhu..Kak Lya pon tak pernah nak edit2 gambar sendiri ..

    ReplyDelete
  17. hahahahahaha video faiz lawak gila....

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)