Segmen Ceritera Merdekaku by Dunia Zumal

klik baner untuk join sebelum 16 September 2014

kenapa tanah melayu merdeka pada tahun 1957?


sebut pasal ceritera merdeka ni, aku teringat suatu kisah yang cikgu sejarah aku pernah cerita berkenaan tarikh kemerdekaan ni. percaya atau tidak, kalau aku kata kalau tak kerana hujan, kita tak akan merdeka pada tahun 1957?

kalau tak percaya, meh aku nak cerita. pernah tak korang terfikir soalan ni :

pada pilihan raya umum pertama tanah melayu pada tahun 1955, parti perikatan (kini dikenali Barisan Nasional) yang terdiri dari PEKEMBAR (UMNO), MIC dan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi (lagi 1 kerusi menang kat PAS). manifesto UMNO pada masa tu ialah mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun. tapi kenapa kita merdeka pada tahun 1957, hanya 2 tahun kemudian?

bukankah kalau diikutkan manifesto tu, kita sepatutnya merdeka pada tahun 1959? 


kerana hujan tiris bumbung rumah Tunku


apa yang cikgu aku cerita, sebabnya masa parti perikatan menang, Tunku Abdul Rahman diberikan sebuah rumah oleh kerajaan british. tapi bumbung rumah tu bocor, bila hujan ada air tiris. then, Tunku pun marah la.

maka beliau pun bertekad nak pendekkan tempoh manifesto tu untuk mencapai kemerdekaan daripada 4 tahun kepada 2 tahun. maka, merdekalah kita pada tahun 1957 berbanding pada tahun 1959 dari rancangan yang asalnya. kalau tak, tahun ni (2014) kita baru sambut merdeka yang ke-55 dan bukannya yang ke-57.


semuanya kerana hujan tiris bumbung rumah Tunku. semuanya kerana hujan rahmat..!!!! hehehe... kalau tak, kita tak akan merdeka pada tahun 1957 tapi akan merdeka pada tahun 1959..

kalau tak percaya, korang boleh tengok wawancara dengan Tunku Abdul rahman kat video bawah ni. kalau nak cepat terus skip pada minit yang ke-29.




sumber dan rujukan
1. Wikipedia. (2013 Mac 30). Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955. dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_Raya_Umum_Tanah_Melayu_1955
2. sirajuddinabbas's channel. (2011 Apr 30). Wawancara Khas Bersama Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Youtube. dipetik dari https://www.youtube.com/watch?v=DJjkBsHf28M

Post a Comment

44 Comments

  1. ohh... segmen dari zumal, menarik ni.. seronok baca kisah merdeka ni kan. bersyukur dengan apa yg ada hari ni.. kita merdeka dari jajahan...

    ReplyDelete
  2. Selamat bersegmen. terima kasih berkongsi kisah merdeka ni..mungkin ramai yang belum tahu.

    ReplyDelete
  3. menarik rencananya moga berjaya...bo;eh tiru ni heh..eh..gurau jer...klik2 menabung.

    ReplyDelete
  4. Pha Is,
    Ini petikan dari wikipedia ;
    "... Cubaan demi cubaan berlangsung hingga bermulanya Pilihan Raya 1955 yang dikuasai oleh Parti Perikatan yang disertai bersama UMNO, MCA dan MIC sebanyak 51 kerusi daripada 52 kerusi. Tunku dilantik menjadi Ketua Menteri dan berpindah ke sebuah rumah yang disediakan kerajaan. Rumah itu sudah usang hinggakan bocor atapnya apabila hujan membuatkan Tunku semakin geram dan beriya-iya untuk mendapatkan kemerdekaan.... (http://ms.wikipedia.org/wiki/1957:_Hati_Malaya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. so, betul la kan.. hehe..
      thanks share info tambahan..

      Delete
  5. apa pon Alhamdulillah sbb kite merdeka kan, kalo x susah la hidup huru hara..tp zmn skrg ni mcm kacau bilau jugak jgn smpi jd mcm dulu2 dh ler...nauzubillah

    ReplyDelete
  6. InshaaAllah nak join jgk nanti...
    Tak pernah tahu pulak..dulucg sejarah xckp..hihihi...info terbau...Thanks Bro..

    ReplyDelete
  7. Serius ni xpernah tau pn btw TQ ye Pha Is.....;-)

    ReplyDelete
  8. Memang terbaik la kisah yang Pha Is ceritakan. Bukan semua orang tau kisah nie. All the best yer ^_^

    ReplyDelete
  9. kena masukkan dlm buku sejarah ni.. hehehe.. menarik juga segmen ni..nnt blh join.

    ReplyDelete
  10. hujan rahmat. hehe. alhamdulillah. :D
    selamat bersegmen ye.

    ReplyDelete
  11. selamat bersegmen pha is... semoga bertuah yer... :D

    ReplyDelete
  12. Tanggungjawab kita sbg anak merdeka ni sebenarnya amat berat... semoga Allah sentaisa lindungi kita semua. Slmt bersegmen Pha Is.. :)

    ReplyDelete
  13. Info baru ni..nice sharing Pha is, selamat bersegmen..^_^

    ReplyDelete
  14. Info menarik tentang sejarah negara... Semoga hujan rahmat memberi tuah pula untuk anda menang dalam segmen ini...

    ReplyDelete
  15. kak suka juga baca sejarah, dan sejarah yang ini, dah dua-tiiga kali baca..salut Tun-Tun berempat sekalian

    ReplyDelete
  16. Selamat bersegmen Pha Is :) Semoga menang Jam dr Bro Zumal :)

    ReplyDelete
  17. membalas kunjungan.. hihi.. info baru nih.. baru tau hari ni.. hehe.. btw selamat bersegmen ya? dah follow sini^^

    ReplyDelete
  18. Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian

    ReplyDelete
  19. Tak pernah plak dengar pasal tu. Baru tahu.

    Salam singgah \[^__^]

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Al-kisah bumbung rumah Ketua Menteri Tanah Malayu bocor dan hasrat memerdekakan Negeri2 Tahah Melayu ada dilakonkan dalam filem "Tanda Putera".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan kesilapan fakta: Al-kisah bumbung rumah Ketua Menteri Tanah Malayu bocor dan hasrat memerdekakan Negeri2 Tahah Melayu ada dilakonkan dalam filem "1957 Hati Malaya".

      Delete
  22. kena betul-betul paham akan kemerdekaan yg kita kecapi ni...

    ReplyDelete
  23. Good Luck and all the best bro...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  24. Selamat bersegmen.. nice sharing :)

    ReplyDelete
  25. ooo..ini ceritanya kemerdekaan negara kita

    ReplyDelete
  26. dah nak hari merdeka..time ni la baru nak tengok pasal sejarah ..heee

    ReplyDelete
  27. selamat bersegmen Pha IS..bestnya nnk sambut HARI MERDEKA!!!!

    ReplyDelete
  28. Salam Pha Is,zumal akan umumkan pemenang pada 20 September 2014 ini, nantikan yer. Sekarang boleh semak link dan berblogwalking sesama peserta di sini http://azmworld.blogspot.com/2014/09/senarai-peserta-segmen-ceritera.html

    ReplyDelete
  29. singgah sini dari segmen yang sama :)
    http://www.feetrimahadzir.com/2014/08/segmen-ceritera-merdekaku-by-dunia-zumal.html

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)