apa yang aku faham, malam tujuh likur ni adalah malam yang ke-27 dalam bulan Ramadhan. dan pada malam ini mengikut adat orang melayu dulu-dulu, orang kampung mula memasang pelita di sekitar kawasan rumah mereka.
persiapan pelita kat rumah aku untuk tahun ni |
Sejarah Malam Tujuh Likur
mengikut apa yang aku pernah dengar mak aku cerita masa aku kecik-kecik dulu, malam 27 ramadhan ni adalam malam dimana 'high possibility' nak dapat malam Lailatul Qadar. maka, jika tepat malam tu jatuh malam Lailatul Qadar, malaikat akan turun dari langit
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka....
(Al-Qadr 97:4)
maka orang melayu dulu-dulu suka pasang pelita kat rumah diorang pada malam ni. kononnya pelita tu tujuannya untuk nak tunjuk jalan kat para malaikat supaya singgah kat rumah diorang membawa keberkatan. dulu-dulu kan tak ada lampu jalan. so, kalau ada pelita ni, dapat la tolong suluh jalan untuk para malaikat supaya mai singgah rumah diorang. kononnya la.. hehehe..
ini apa yang aku dengar. betul atau tau sejarah ni, wallahu a'lam.. tapi agak khurafat kalau difikirkan benda ni kan?
sekarang, rasanya orang dah tak pasang pelita dengan tujuan ni dah kot. macam kat rumah aku sekarang, pasang pelita sekadar suka-suka, sekadar nak memeriahkan 10 malam terakhir ramadhan. tak ada unsur khurafat, InsyaAllah..
32 Comments
Suka tengok kat kampung2, pasang pelita, rasa meriah sangat..
ReplyDeleteKat kampung akak masih lagi pasang pelita..
ReplyDeleteMcm best je kn...xde kampungg nk buat mcm niee :(
ReplyDeletemalam tujuh likur tu tak pernah dengar
ReplyDeletetapi kenapa orang melayu pasang pelita waktu malam tu memang bagus sebab memudahkan orang kampung nak berjalan pergi beriktikaf di surau atau masjid
ReplyDeletemasa dulu mana ada lampu jalan
ReplyDeletesekarang ini orang pasang pelita ini mungkin trend kot
ReplyDeleteDULU2 MLM TUJUH LIKUR MERIAH BERSINAR DGN CAHAYA PELITA KERANA KAMPUNG MASA TU XDE LETRIK...KEGEMBIRAAN NK SAMBUT RAYA TAMBAH TERASA LAGI KALA MALAM...
ReplyDeletesaya setuju sis..
Deletehari ni baru aku nak siap2kan pelita, lampu liplap hang pasang tak?
ReplyDeletelampu liplap tahun lepas dah terbakar.. malas plak nk keluar cari baru.. heheh
DeleteKawasan taman perumahan dah kurang pasang pelita..banyak lampu liplap je..
ReplyDeletekalau niat setakat nak menerangi kawasan rumah dan memeriahkan suasana, insyaAllah tak khurafat.
ReplyDeleteKat kawasan tempat tinggal zumal raya pun tak rasa cam raya tau... Teringin nak rasa suasana tu...
ReplyDeleteNi yang tak sabar nk balik kampung ni. Hehehe
ReplyDeletebest....malam itu.
ReplyDeletekita kat kl nie pasang lampu kelip2 jerr laa.. :)
ReplyDeleteSekarang ni pasang pelita utk mendapatkan mood dan kemeriahan utk menyambut Raya jer... Salam Ramadhan...Pha Is :)
ReplyDeletebaru je pasang lampu kelip2...pelita belum lg....nak kena beli cangkul dulu. Nak korek tanah...
ReplyDeleteKlu dulu2 waktu2 mlm mcm ni mmg meriah dgn pelita... tp skrng dah berkurangan x spt dulu... Apa pun ia hanya sebagai pencetus mood utk hari raya yg lebih meriah kan... :)
ReplyDeleteMasa kecil keliling rumah ada tujuh likur...cantik sangat..sekarang dah tak ada..
ReplyDeleteDove for you..
Deletedah jarang tengok org pasang pelita sekarang..
ReplyDeleteHAHA . Dekat umah sewa kekawan pasal pelita sebab nak main mercun/bunga api jeh :D
ReplyDeleteKelakar cerita pelita dipasang untuk menerangi jalan agar para malaikat datang singgah rumah. hehehe
ReplyDeleteCerita khurafat.
DeleteSelamat pasang pelita, Pha Is :)
DeleteBalik kg nanti baru pasang banyak2 baru best
ReplyDeleteThanks Sharing Pha Is
ReplyDeleteu're welcome.. :)
Deletemacam2 kepercayaan org dulu
ReplyDeletedi tempat sis , pasang lampu 7 likur ni dah macam pertandingan . Setiap kampung akan pasang di jalan masuk kampung masing-masing dengan pelbagai corak . ada juga kampung yang pasang pelita disepanjang jalan ... memang meriah .
ReplyDelete