sah perkahwinan seorang lelaki dengan anak perempuan luar nikahnya?


tetiba, rumate aku menanyakan aku 1 soalan. "pha is, aku nak tanya hang ni. kalau seorang lelaki berkahwin dengan anak perempuan luar nikahnya, sah atau tak perkahwinan tu?"

maka, aku yang jahil ni pun jawab, "macam pelik je perkahwinan tu. aku rasa tak sah la kot..."

"tapi, jakim kata sah!" kata rumate aku, sambil menunjukkan keratan gambar kat bawah ni, yang diambil dari buku yang bertajuk 'Soal Jawab Perkahwinan islam' 

Soal Jawab Perkahwinan islam


sah kahwin anak luar nikah
Soal Jawab Perkahwinan Islam [1]

soalan :
Anis berkenalan dengan lelaki yang sudah berumur dan mereka bernikah beberapa bulan kemudian di Thailand. Apabila Anis memperkenalkan suami kepada ibunya, barulah Anis mendapat tahu bahawa beliau adalah anak luar nikah hasil daripada hubungan tanpa nikah antara suaminya dan ibunya. adakah pernikahan mereka sah?

jawapan :
Sah pernikahan Anis dan suaminya kerana lelaki yang menyebabkan ibunya mengandung tanpa nikah tidak mempunyai hubungan nasab atau keturunan dengan anak luar nikahnya.

statistik anak luar nikah di malaysia (2005-2009) [2]

disebabkan aku rasa pelik dengan jawapan ni, maka aku cari lagi. betul ke sah perkahwinan seorang bapa dengan anak perempuan luar nikahnya. dan antara yang yang aku jumpa :

"Dengan jelas, Jakim menerangkan bahawa anak yang dilahirkan di luar pernikahan dianggap bukan muhrim bapa kandungnya dan juga bukan muhrim pada ahli keluarga bapa kandungnya. Maka, oleh kerana secara perundangan fiqah, mereka tiada pertalian keluarga, bermakna dari segi hukum Syariah di Malaysia, seorang anak boleh mengahwini bapa kandung atau ahli keluarga bapa kandungnya."[3]

say no to zina

dalil tidak haram menikahi anak perempuan luar nikah sendiri


dan dari segi dalilnya, aku terjumpa perbincangan dalam forum Halaqah.net yang bertajuk 'Boleh Khawin Ke Anak Luar Nikah, yang ada menyebut :

perbezaan ulama berkaitan perkataan banaatukum (anak-anakmu yang perempuan) yang terdapat dalam ayat tentang golongan wanita yang haram dinikahi.

"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu...................."
(An-Nisaa' 4:23)[4]

Abu Hanifah mengatakan bahawa dalam kalimat tersebut juga merangkumi anak perempuan yang dilahirkan dari zina. Maksud tersebut diambil dari perkataan bint (anak perempuan) mengikut bahasa. Maka anak perempuan hasil zina juga haram dinikahi kerana terbentuk dari sperma ayahnya.

Sedangkan Imam Syafi'e berpendapat bahawa sang ayah tidak memiliki hubungan (nasab) dengan anak perempuan tersebut, maka tidak haram menikahi anak perempuan yang dihasilkan dari spermanya (dengan berzina) dengan anggapan bahawa anak perempuan tersebut bukan anak perempuannya secara syari'e. tidak ada hubungannya mewarisi antara keduanya, tidak diperbolehkan keduanya berkhalwat (berdua-duaan tanpa ditemani mahram si wanita) dan tidak adanya hak wali baginya terhadap anak perempuan tersebut.[5]

wallahu a'lam...

sumber dan rujukan :
1. Abg Ariff Yang Penyayang. (2014 May 27). Facebook Photo; Retrieved from https://www.facebook.com/photo.php?fbid=739113089444415
2. Khairul Anuar Bin Ismail. (2013 Jan 1). Statistik Kes Zina Dan Anak Luar Nikah di Malaysia. Suaramuhajirin313; dipetik dari http://suaramuhajirin313.blogspot.com/2013/01/statistik-kes-zina-dan-anak-luar-nikah_1.html
3. Norhayati Kaprawi. (2012 Mac 19). Islam membenarkan bapa kahwin anak kandungnya?. The Nut Graph; dipetik dari http://www.thenutgraph.com/islam-membenarkan-bapa-kahwin-anak-kandungnya/
4. Surah.My : Surah An-nisa', ayat ke-23. dipetik dari http://www.surah.my/4#23
5. Nazri0070. (2011 Ogos 5). boleh kawin ke anak luar nikah?. Halaqah.net; dipetik dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=15894.0

Post a Comment

54 Comments

  1. betul lah sah..
    kalau x mau kahwin dgn anak sendiri yg tak sah taraf kahwin..kahwinlah dgn mak dia yg telah kau buntingkan.

    ReplyDelete
  2. memang sah, kesianlah perempuan tu kalo macam tu kalau tak boleh kahwin kerana anak luar nikah. Thanks berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, macam salah tafsir je ni... maksud disini, sah perkahwinan seorang bapa dengan seorang anak luar nikahnya.. bukan mana2 lelaki lain dengan seorang perempuan yg berstatus anak luar nikah..

      Delete
  3. Anak luar nikah tak ada bapa , anak luar nikah hanya ada ibu dan adik beradik dgn se ibu , sepupu dgn se ibu , waris dgn se ibu dan saudara se islam ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. hak mewarisi harta dari bapa pun x de..

      Delete
  4. oh...baru tau..selama ni tak terfikir pun hal mcm ni..huhu

    ReplyDelete
  5. Perkahwinan sah. Tapi sure akan rasa awkward gila bila berhadapan dengan famili yang tahu cerita yang sebenar. Awkward sangat beb.

    ReplyDelete
  6. Kalau anak perempuan tu adalah anak luar nikah kemudian kawin pula dgn bapanya...macam mana zuriat nye nnt? Zuriat tu dikira anak luar nikah ke tidak eh? Sbb dah sah2 perempuan tu anak luar nikah....maaf jahil agama sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahu a'lam. tapi rasanya tak kot.. sbb definisi anak luar nikah tu sendiri, anak yg lahir hasil hubungan seks antara lekai dan perempuan yg belum berkahwin. kalau dah kahwinnya sah, maka anaknya tu nnti sah jugak la kot..

      Delete
    2. Bukan kot lagi, anak yang lahir dikategorikan sebagai anak sah taraf.

      Delete
    3. yup.. rasanya macam tu la kot.. wallahu a'lam..

      Delete
  7. yup , memang sah ! ... ermmmm

    ReplyDelete
  8. Rietta piwn pernah dgr juga..sah dgn syarat ibunya xkawen dengan lelaki tu, klu dah jd suami ibunya, dah xboleh kawen seperti mna anak tiri xboleh kawen dgn bapa tri...lebih kurang mcm tu la...tapi xigt dah huraian lain...

    ReplyDelete
  9. Sah .. Tapi macam pelik sangat.. cari orang lain jelah ...

    ReplyDelete
  10. sah memang sah...tapi semoleknya elakanlah...bentuklah keluarga sempurna yg betul susur galurnya.

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yg baik ni Pha Is.. rasanya masih ramai yg tak berapa pasti juga dgn jawapan utk soalan mcm tu. Skrng dah tau. Semoga dijauhkanlah kita & keturunan kita semua dari zina ini... aamiin...

    ReplyDelete
  12. Thanks pha Is for info. Its quite sad tengok statistik tu..Malay (Muslim) menduduki tangga kedua..Hmmm...

    ReplyDelete
  13. ye..memang sah..sebab kathy pun pernah baca tentang ni..

    ReplyDelete
  14. Tak terfikir sebelum ni Pha Is.. terimakasih berkongsi maklumat ni. Memang terasa seperti janggal sangat dengan keadaan begini tapi apapun kita berlandaskan agama dan bila dikatakan sah maka sahlah keadaan tu. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ini berbeza mengikut pendapat ulamak.. yg kata sah kalau x silap saya cuma dari pendapat imam syafie..

      Delete
  15. Pelik-pelik dunia ni.. nice sharing :)

    ReplyDelete
  16. Anak tidak sah taraf tidak termasuk dalam nasab sebelah bapa biologinya. Ia hanya dikira nasab sebelah ibunya. Apabila ia tidak termasuk dalam nasab bapa biologinya, maka ia juga tidak berhak mewarisi harta pusaka dari bapa biologinya termasuk mendapat hak wali dari kerabat keluarga sebelah bapa biologinya. Ia hanya mewarisi harta pusaka daripada ibunya dan adik-beradik seibu sahaja.

    ReplyDelete
  17. dia jadi anak luar nikah, bukan salah dia...salah mak dia...so, dia tak patut hadapi kerumitan di masa hadapan.

    ReplyDelete
  18. Zumal terkejut tengok statistik tu... Sedar la bangsaku...

    ReplyDelete
  19. Terima kasih infonya...sedih tengok statistiknya...

    ReplyDelete
  20. kalo anak dapat tahu yg suami nyer adalah bapak nyer, tak ke awkward?

    ReplyDelete
  21. Nauzubillah... Semoga dijauhkan masalah macam ni dalam keturunan kita. Amin

    ReplyDelete
  22. terima kasih. perkongsian yang patut diambil perhatian oleh semua

    ReplyDelete
  23. salam. huuuu macam pelik bunyinya tapi sah rupanya ye?? baru tahu huhuhu..thanks share :))

    ReplyDelete
  24. hoh! kalau husna konfem jawab mcm pha is jawab..

    ReplyDelete
  25. Pernah dengar sudah lama, sebelum kenyataan JAKIM ini lagi. Cuma perlu diperhalusi lagi pengetahuan, kerna ia akan memberi impak yang sangat luas. Yang lebih baik, jauhi saja zina.

    ReplyDelete
  26. oh..yeke..tapi macam lain je kahwin dgn ayah sendiri..hmm..

    ReplyDelete
  27. Macam keluarga 69 daa...tp betul laa cm tu kan....klu ikut nasab ...

    p/s:Pha is...Sha de wt GA..simple je..jom join..
    http://notashalimar.blogspot.com/2014/06/giveaway-salam-kenalan-dari-blogger.html

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum...Saya telah hamil 2 bulan lebih semasa sy dan suami akad nikah.. Waktu tu kami tahu akan kandungan tersebut dan sekarang anak kami berumur 1 thn.. Masalahnya sekarang kami dlm proses bercerai dan suami mahukan hak penjagaan anak.. Bolehkah suami mendapat hak tersebut?? Saya sangat tidak bersetuju dan adakah anak saya tu dikira anak tak sah taraf? Mohon pencerahan.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. harap maaf saya bukanlah seorang ustaz atau tempat rujukan tentang kes2 macam ini. jadi, saya kurg arif tentang hal ini. harap puan dapat rujuk hal ni kepada ahlinya..

      Delete
  29. Apabila lahir anak luar nikah maka terputuslah pertaliannya dgn Nabi Afam dan hanya bersambung kembali setelah anak luar nikah itu bernikah dengan berwalikan hakim...kursus nikah kan ada bgtau hal ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pi kursus nikah x ada pula sebut pasal ni.. hmm..

      Delete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. salam macam mana pula kalau ibunya telah berkahwin dengan bapanya sebelum dia lahir dan bercerai selepas melahirkan? adakah anak itu dianggap anak luar nikah dan apa hubungan anak dengan bapanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, anak tetap dianggap x sah taraf dengan bapa luar nikahnya, walaupun si ibu berkahwin dengan si bapa. ank x bleh mewarisi nasab keturunan bapa.. kalau bab waris harta, hanya sebagai anak tiri sahaja.. (kalau x silap)

      selepas dah cerai, taraf bapa tersebut hanya sebagai bekas suami kepada ibu (bekas bapa tiri).

      mohon ruju' dengan yg lebih ahli (ustaz, ahli mjlis agama islam, etc utk maklumat lanjut. saya bukan ustaz..
      wallahu a'lam..

      Delete
  32. Salam, sy nak tanya pendapat.. apakah hukum anak tak sah taraf di nikahkan oleh bapak yg menyebabkan ia lahir? Anak tersebut tau dia anak x sah taraf slps dinikahkan.. perkahwinan anak itu sah atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jap2... ayat tu boleh jadi 2 makna:

      1. bapak x sah taraf menikahi anak tak sah taraf dia (bapak kahwin dengan anak)

      dalam kes ni, ikut imam syafie, perkahwinan tu sah.. ikut imam abu hanifah (mazhab hanafi) x sah perkahwinan tu..

      2. bapak x sah taraf menikahkan anak tak sah taraf dia (in other word, bapak x sah taraf menjadi wali kepada anak x sah taraf.)

      dalam kes ni x sah pernikahan sbb bapa x sah taraf tak boleh jadi wali.. kna pakai wali hakim kalau x silap saya.. cuba ruju' dengan mana2 ustaz atau majlis agama islam negeri, sbb saya bukan ustaz..

      wallahu a'lam..

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)