Tatacara nak join BE study
basically, kalau korang nk join, apa yang korang kena buat ialah korang contact nombor yang akan aku share nanti, sms nama penuh dan tulis kata nak join sekian-sekian study (nanti aku akan share kalau ada study baru). contoh kalau untuk study ini : [[hai, saya Ali Bin Abu nak join study MAY IK1490.]]. tak kisah BM or BI.
korang contac just untuk buat appointment untuk buat health screening dan taklimat ringkas berkenaan study tu.
bila tiba hari appointment yang telah dipersetujui, korang pergi ke hospital tersebut (rujuk kepada study yang aku share nanti) untuk buat sesi taklimat ringkas. kat sini, korang kalau ada apa2 soalan, boleh tanya kat diorang masa tu. kalau dah setuju, korang sign borang, dan boleh terus buat health screening. diorang akan check BMI, ECG, urin, darah, dan sebagainya.
beberapa hari kemudian, diorang akan sms beritahu result sama ada korang layak atau tak untuk join study tu berdasarkan result screening yang korang dah buat. kalau dah lulus screening dan kalau korang masih bersetuju untuk join, pada hari yang dimaklumkan (rujuk kepada study), korang boleh datang untuk masuk wad.
apa yang berlaku dalam wad, akan diterangkan masa sesi taklimat ringkas masa korang buat health screening sebelum tu. basically, dalam wad korang makan ubat yang diberikan. dan pada sekian-sekian masa, darah korang akan diambil bagi nak check kepekatan ubat yang korang makan tu dalam darah.
kalau kajian BE (bioequivalence) study ni, insyaAllah, selamat sebab ubat yang korang ambik tu dah establish dah pun. apa yang korang try bukanlah ubat baru tapi ubat yang lama cuma dengan jenama yang baru. dos yang korang ambik pun dalam kuantiti yang selamat.
tapi kalau dalam study tu tulis "PHASE 1" study, yang ni mungkin berisiko sikit. sebab data pasal ubat tu mungkin masih lagi kurang lengkap dan dalam study tu diorang akan kutip data tambahan. mungkin ubat tu ubat baru (atau masih dalam katagori baru).
yang bestnya, jadi volunter test ubat ni dapat duit pampasan. banyak mana yang akan korang dapat, bergantung kepada jenis kajian dan bilangan hari. (akan diberitahu siap-siap masa study tu dihebahkan) selalunya, PHASE 1 study lebih mahal berbanding BE study.
tempat pun best. kalau kat GMC, ada bilik study, bilik tv, bilik game indoor (siap dengan xbox 360). nak tahu lebih lanjut, lihat sini : wad GMC
entri yang berkaitan ;
apa itu Bio-Equivalence (BE) study?
kenapa aku join BE study?
boring masuk wad?
21 Comments
minat betul pha is dengan BE Study ni ek?
ReplyDeleteKlu saya dlm bidang ni mmg saya akan join.. peluang2 mcm ni sgt bagus utk memantapkan lagi kerjaya. All the best Pha Is.. :)
ReplyDeleteSerius!...kalau dekat sini, saya akan join! Menarik sebab sesuatu yang tidak pernah saya lakukan dan diluar bidang. Kat area Selangor kat mana nak tau ada program ni?
ReplyDeletekalau kat negeri lain, saya tak sure...
Deleteooo...lain negeri lain tatacara ke?
Deletesaya tak sure bab tempat dimana BE study tu dijalankan bagi negeri2 lain. dari segi procedure, saya rasa basically, lebih kurang je, bergantung kepada pusat BE study tu dijalankan..
DeleteAll the best Pha Is :)
ReplyDeletewahhh...baru tau pasal BE study ni..1st time dnga..thanks pha is sebab berkongsi..
ReplyDeleteGood luck yang nak sambung study ni..he.he.. isi dua tabung hari jumaat di sini...
ReplyDeleteklu tuk high BP x ada ke pha is?
ReplyDeletekali ni ada 1 BE study baru, untuk sakit jantung/darah tinggi.. tapi rasanya penyertaan untuk tu dah tutup kot.
DeleteTerima kasih atas perkongsian ni Pha Is.
ReplyDelete1- kalau yang takde basic langsung pasal science ke bio semua ni boleh join ke?
ReplyDelete2- BE study ni , kite ke jadi bahan experiment ? eh . sebab kenapa kite y kena check darah semua tu?
1- dalam study ni, kita yg jadi bahan kajian. mmg terbuka untuk orang awam. yg x pernah bersekolah pun boleh, asalkan sihat tubuh badan.
Delete2. kita jadi bahan experiment. kita yg makan ubat, nanti doktor yg akan cucuk ambik darah. bukan kita yg check.. kita masuk wad, makan ubat, lepas tu rilex2 je.. nnti diorg yg akan ambik darah semua tu.. :)
syoknyaaa..:'(
ReplyDeleteWalau dos ubat dikira sebagai selamat, tetapi kesan sampingan tetap ada. Pengalaman saya berurusan dengan doktor pakar dan ahli farmasi, mereka hanya memaklumkan kepada pesakit kesan sampingan pengambilan sesuatu jenis ubat sekitar 1% - 3% sahaja. Kalau cakap lebih2, tidak ada pesakit yang hendak berjumpa doktor pakar dan ahli farmasi bidang allopathy. Pada hakikatnya, bidang kesihatan dan farmasi juga satu perniagaan.
ReplyDeletemmg begitu, tapi bukan sebab nk berniaga semata.. sbb doktor akan bagitau kesan sampingan yg betul2 selalu berlaku je bagi sesuatu ubat tu.. sbb x semua patient react dengan cara yg sama walaupun untuk ubat yg sama.. jadi, bagitau yg kes yg selalu berlaku je la, selalunya yg probability side effect 1% dan keatas. ada juga kes side effect yg sangat2 jarang berlaku (probability kurang dari 1%) yg selalunya tak serius. tapi kalau kes serius, doktor tetap akan bagitau jugak.
Deletelagipun, ini berkait rapat dengan psykologi jugak. walaupun ubat tu ada banyak side effect, tapi x semua side effect tu patient akan dapat. macam yg saya kata tadi, lain patient lain tindak balas terhadap ubat. jadi, kalau bagitau SEMUA side effect termasuk yg x penting dan kes yg jarang2, mmg akan banyak sangat, sampai takut nnti patinet takut nk makan ubat, walhal RISIKO kalau patient tak ambik ubat tu lebih tinggi dari kesan sampingan ubat tu.
secara asasnya, ia berkaitan dengan risk/benefit ration. kalau benefit ubat tu melebihi risk, nk x nk kena ambik ubat tu jugak.
contoh yg selalu sangat berkaitan dengan hal ni, bila ubat tu untuk wanita yg mengandung. setiap ubat ada katagory yg diberi nama "pregnancy catagory" dari A, B, C, D, dan X. dimana A paling selamat dan X sangat tak selamat terhadap ibu dan kandungan. bila tiba ubat yg berkatagori pregnancy catagory C dan D, dalam hal ni, kena tengok risk/benefit ration ubat tu dulu :)
Salam skrg masih ader ke klo bermnt nk be study
ReplyDeleteSalam skrg masih ader ke klo bermnt nk be study
ReplyDeleteMasih ada. Info smua kt fb "BEetle link, InfoKinetics"
DeleteMasih ada. Info smua kt fb "BEetle link, InfoKinetics"
Delete