Enjin Motosikal | In-Line VS V-Twin : Kelebihan Dan Kekurangan

sejak dua menjak ni, aku agak rajin study. tapi bukan study paper farmasi. aku study pasal enjin moto. pergh.. langsung tak ada kaitan, kan? lecturer suruh tengok video pasal nerve cell, 10 minit pun rasa dah boring. tapi kalau baca info atau tengok video pasal komponen enjin, tak sedar dah 2-3 jam masa berlalu.

mungkin sebab bila dah minat, walaupun kita bukan 'ahli' dalam bidang tu, tapi apa pun ilmu pasal minat kita tu, kita sanggup dan rasa seronok belajar. contoh lain yang mudah, bidang fotografi.

so, jom cekidaut satu info yang bagi aku sangat menarik sehingga aku sanggup tulis entri ni walaupun pada jam 3-4 pagi. kalau korang bukan jenis yang minat pasal moto ni, cukup sekadar korang baca sampai perenggan ini. kemudian tanya diri korang, ada tak bidang yang korang bukan 'ahli' dalam jurusan tu, tapi kurang suka baca pasal benda tu?

 in-line vs v-twin


kali ni aku cuma nak sentuh pasal enjin 4-stroke sahaja, sebab enjin 2 stroke dah nak hampir pupus. tinggal beberapa model je lagi. tambah plak, tak lama lagi kawasaki ninja KR150RR pun yang 2 stroke tu pun dah nak dihentikan pengeluaran.

secara asasnya, beza antara single cylinder, twin parallel, in-line 3, inline 4, dan v-twin adalah pada perbezaan bilangan silinder yang digunakan dan cara silinder tu disusun dalam enjin. dalam twin parallel, in-line 3 dan in-line 4, silinder disusun sebaris manakala bagi v-twin, 2 silinder disusun dalam bentuk V.

semakin sedikit bilangan silinder, torque lebih banyak pada rpm yang lebih rendah, membuatkan ianya lebih sesuai kepada moto yang memerlukan lebih torque pada rpm yang rendah seperti 'off-road' dan sebagainya. tapi, bilangan silinder yang  semakin sedikit membuatkan rpm maksimum moto makin terhad.

semakin banyak bilangan silinder, moto tersebut lebih sesuai untuk perjalanan jauh atas jalan raya kerana kelancaran enjin meningkat pada rpm yang tinggi. disebabkan torque banyak dihantar pada rpm yang tinggi, top speed semakin meningkat. semakin banyak silinder, semakin kurang enjin bergetar.

single cylinder 

cbr250rsingle cylinder


contoh : Honda CBR250R (tahun 2011 dan keatas)

kelebihan : enjin paling asas. cuma ada 1 silinder je. ringan dan murah. hanya guna 1 karburetor, tidak perlu untuk "carburetor synchronizing". torque lebih kepada RPM rendah, dalam erti kata lain, pick up mantap.

kekurangan : rpm yang rendah, kuasa kuda dan top speed kurang, dan getaran yang tinggi.

parallel twin / in-line 2    


in-line 2, kawasaki ninja 250rtwin parallel




contoh : Kawasaki Ninja 250r

kelebihan : menghasilkan torque seperti 'single cylinder' (pada rpm rendah), tapi menghasilkan lebih banyak rpm, kuasa kuda dan top speed berbanding single cylinder. berat yang masih lagi ringan. lebih smooth berbanding single cylinder kerana penggunaan dua omboh dan "counter balancer".

kelemahan : penyelenggaraan lebih tinggi berbanding single cylinder kerana komponen enjin hampir 2 kali ganda dan penggunaan "double barrel carburetor". tapi tak setinggi penyelenggaraan in-line yang lain. masih lagi bergegar, rpm yang rendah, dan kurang kuasa kuda berbanding 3 dan 4 silinder. (dalam cc yang sama)

in-line 3 / in-line triple 


3 cylinder, triple inline, yamaha mt 09

in-line 3


contoh : Yamaha MT 09

kelebihan : direka untuk meminimumkan kelemahan kedua-dua enjin 2 in-line dan 4 inline dalam 1 pakej. mempunyai rpm lebih tinggi dan lebih torque pada rpm yang lebih rendah berbanding in-line 4. kurang berat berbanding in-line 4. gegaran yang kurang.

kelemahan : komponen mahal sebab enjin yang rare, jarang nak jumpa pada model lain.

in-line 4


kawasaki zx6r, 636, 4 cylinder motorcycle engine
636, in-line 4,

contoh : Kawasaki Ninja ZX6R 636

kelebihan : lebih kuasa kuda, kelancaran dan top speed.  

kekurangan : enjin yang berat, rumit, dan kekurangan torque pada julat rpm yang lebih rendah. kos penyelenggaraan adalah hampir yang tertinggi bagi enjin In-line kerana kebanyakannya menggunakan bank 4 karburetor.

V-Twin


motorcycle,
v twin motorcycle

contoh : Naza Blade 250r

kelebihan : ringan, torque yang tinggi dan mampu menyediakan julat RPM yang baik

kelemahan : kuasa kuda dan top speed yang rendah berbanding 3 dan 4 silinder. tahap gegaran bergantung kepada sudut V.

*   *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

cukup dulu kot setakat ni. sebenarnya ada banyak lagi jenis-jenis enjin motosikal yang lain. yang aku tulis kat atas ni yang jenis selalu orang pakai. contoh jenis enjin yang lain antaranya ; 4 stroke in-line 6 cylinder, V4 cylinder, boxer 2 cylinder, boxer 4 cylinder, boxer 6 cylinder, dan 2 stroke single cylinder serta 2 stroke parallel twin. kalau nak baca pasal yang tu, boleh tengok sumber asal maklumat ni seperti yang aku sertakan kat bawah tu.

sumber asal :
Rei. (2013). INFO: Jenis-jenis Enjin Motosikal; Rileks Community. dipetik dari : https://www.rc.my/Thread-INFO-Jenis-jenis-Enjin-Motosikal


Post a Comment

44 Comments

  1. wah dh jadi mechanical engineer pula ya...bagus tu kena ambil tahu ilmu tu jgn tahu bawa meronda saja..klik3 menabung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala belajar tntang perkara luar dari bidang, seronok jugak.

      Delete
  2. wah bagus betul ni, hebat dah mengkaji yer ! anak2 KA along & angah mmg minat ler bab2 motor ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah minat, mesti rasa best kalau belajar pasal bnda tu..

      Delete
  3. Rajinnya study pasal enjin. Bagus. Saya ni tau naik jer ☺

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum pha, walahiii. taktahu menda pun. tahu naik je. hahaha singgah menabung libresse sini~~~

    ReplyDelete
  5. Tak begitu arif..Klik Rokok haram & iphone 5 for you..

    ReplyDelete
  6. best nie..untuk para riders info yg wajib untuk dibaca..

    ReplyDelete
  7. Wahh , Abg Pha Is dah boleh jadi engineer ni . HIHI (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.. rasa macam selama ni tersilap ambik course je.. hehehe

      Delete
  8. wahh..sedikit pengetahuan utk niesa...sll tau pakai je moto ni..hahaha..

    ReplyDelete
  9. Memang pencinta motosikal hang ni. Sampai jenis-jenis enjin pun tau. Hehe. Thanks untuk info yang bermanfaat ni :-)

    ReplyDelete
  10. Zumal memang tak pernah ambil tahu bab enjin, hanya tukar minyak enjin jer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala kena jugak ambik tahu sikit2 pasal enjin.. boleh tambah pengetahuan.. heheh

      Delete
  11. Replies
    1. motor ni x sesuai utk newbie.. terlampau liar

      Delete
    2. betul.. boleh, tapi risiko.. kan banyak hati2..

      Delete
  12. Kuang3x... hehehe... haram tak paham... tengok gambau dan isi tabung jer ler.. :D

    ReplyDelete
  13. okay2..mula2 aku baca paham skit..pastu lama2 dah lost, kalau setakat basic2 enjin 2 lejang ngan 4 lejang aku tau laa..hehehe...

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. xpe, nnti paham ler.. pasal silinder semua ni kalau teringin nk angkat superbike, kena la belajar.. tapi kalau stakat moto kapcai, x belajar pun x pe.. smua single silinder je..

      Delete
  14. Bila tengok rasa minat.. macam best je.. Baca-baca tak paham.. Kena study lebih ni :D Jenis-jenis tu saya selalu je nampak, dekat sekolah adalah cikgu-cikgu yang pakai motor camni xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. hebat cikgu2 kat skolah yun sing ni..

      Delete
  15. hanya orang yang minat motor je yang paham pasal enjin..tahu naik jer..

    ReplyDelete
  16. Klu study mcm ni buat hati lagi membara.. geram hehee.. :D

    ReplyDelete
  17. baca tu baca juga.. tapi macam blur2 la .. hihiii

    ReplyDelete
  18. tak minat la motor besaq2...la nie dok terbayang buah hati baru honda dash merah-hitam yg ada dekat kg...rindu2 dekat dia walaupun tak pernah berjumpa...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. honda dash pun okay dah.. pick up power..

      Delete
  19. perghhh..konklusinyaa.. lagi banyak cylinder lagi berat moto tu..- betoi dak?? -..-

    ReplyDelete
    Replies
    1. bingo..!!! lagi berat dan lagi complicated.. tapi lebih lancar pada rpm yg tinggi..

      Delete
  20. betul2..luaskan pembacaan..bukan sekadar kerana kita ahlinya .

    tp bab2 motor ni..tak termasuk dalam list pembacaan sy..eh?hehe..

    ReplyDelete
  21. memang suka moto yamaha.. semua smart tp bab enjin ni umum. kena tau jugak hehehe

    ReplyDelete
  22. Saya berminat dengan 2 silinder sahaja kerana diibaratkan ade 2 kaki mengayuh. Beza dengan sebelah kaki kan tidak memuaskan kayuhannya. 2 dah memadai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. sebuah perumpamaan yg sangat tepat!

      ibarat bilangan kaki mengayuh.. tapi kalau 4 kaki mengayuh, rasanya lebih memuskan sbb kuasa enjin dibahagi sama rata kepada 4 "kaki".. setiap kaki kurang beban untuk kayuh.. macam basikat yg 2 orang boleh kayuh sekali tu..

      Delete
  23. Saya berminat dengan 2 silinder sahaja kerana diibaratkan ade 2 kaki mengayuh. Beza dengan sebelah kaki kan tidak memuaskan kayuhannya. 2 dah memadai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perumpamaag yang baik.. tapi kenapa tak pakai 4 silinder terus je.. hehehe

      Delete
  24. as salam.. nak tambah sikit ye.. v twin enjin torque kuat dan kuasa kuda pun sama kuat dengan in line 2 3 dan 4.. cuma contoh naza blade 250 tu mmg kurang kuasa kuda sebab naza blade untuk 250 cc agak berat menggunakan besi korea dan casing enjin pula menggunakan enjin copy suzuki blueprint. sbb tu naza blade 250 v twin kurang kuasa kuda berbanding dengan enjin original v twin yang lain seperti kawasaki vulcan, yamaha XV dan honda shadow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks atas info tambahan..
      tapi sekarang akwasaki vulcan pun dah tak pakai v-twin tapi pakai enjin 2 in-line.

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)