Boleh Hidup Tanpa Kereta?

apa yang aku perasan dalam kebanyakan cerita bersiri US yang aku tengok, kehidupan di sana (contoh : NY) seolah-olah kalau tak ada kereta pun tak apa. pergi mana2 pun dengan taxi je, ataupun dengan pengangkutan awam yang lain (subway, etc).

tu apa yang aku nampak melalui cerita bersiri. aku tak duduk kat sana. so, tak tau cerita sebenar. mungkin pengankutan awam kat sana lebih efisyen. so, boleh hidup tanpa kereta persendirian.

kat Malaysia?  

boleh hidup tanpa kereta?

blue rx8

family aku bukan orang senang. kami sekeluarga memang tak ada kereta. kat rumah aku dulu, (sebelum aku beli moto aku tu) cuma ada sebijik moto kapcai suzuki model aper ntah, peninggalan arwah ayah aku. tu pun dulu arwah ayah aku beli sekenhen. boleh la setakat nak pusing 1 kampung. kalau nak pegi bandar, pakai bas UTC (sekarang dah bankrap rasanya, sejak rapid penang beroperasi)

kalau nak beli barangan keperluan sekolah contohnya, kami 1 family buat rombongan naik bas. untuk tu saja, dah makan masa sehari suntuk. ambik masa yang lama, sebab nak kena tunggu bas. memang sangat memenatkan

lagi satu, perit sikit bila nak angkut barang aku dan adik-adik aku dari rumah ke asrama. dalam famili aku, 3 dari 4 adik beradik aku tinggal di asrama sejak tingkatan 1. pernah sekali aku angkut barang bawak balik dari asrama, sampai kena ulang-alik 2 trip berturut-turut.

sampai sekrang, family aku masih tak ada kereta. buat masa sekrang, kebanyakan soal pengangkutan family aku hanya harapkan moto aku tu je la. kalau nak pi kenduri, pi hospital melawat orang, dan sebagainya, selalunya aku dengan mak je la yang dapat pergi berdua.


so, boleh la kot kalau nak survive tanpa kereta. tapi perit sikit la.



Post a Comment

119 Comments

  1. sgt perlu bg akak....sbb x reti nak bwk moto..hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la... tak pandai bawa motor gak.. tapi dok area kl sngor ok je tade kereta, banyak bas, komuter dan lrt .. boleh la survive kalau tade anak atau anak sorang je.

      tapi la ni anak tiga, takleh survive dah kot.. pengsan nak angkut semua naik bas lrt bagai tu, dah la berhimpit2, lama lak perjalanan :)

      Delete
    2. ha ah.. kalau membujang x kisah sangat kalau nk kemana-mana naik pengangkutan awam.. kalau dah berkeluarga, sangat2 menyusahkan..

      Delete
  2. susahnya kalau takde kereta bila duduk di pendalaman...Tapi kalau kita duduk di bandar,kemudahan terlalu banyak.so xde kereta pun tak jadi masalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada jenis bandar jugak rasanya.. macam kat penang ni, masih lagi tak boleh harap sangat kat bas.. dia nk jalan suka hati dia je bila, x ikut jadual langsung..

      Delete
  3. Kalau nak pergi tempat dekat boleh la k0wt, tapy kalau nak pergi balik kampung tu mmg tak boleh la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena kira faktor barang2 jugak. kalau melenggang x pe la.. kalau banyak barang, susah jugak..
      bagus.. tiada lagi komen copipes.. hehehe

      Delete
  4. Bagi akak memang perlu ada kereta zmn sekarang.kereta dah macam satu keperluan kat malaysia.Senang nak kemana2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. nak tak nak, kena jugak ada sebijik kereta.. sbb pengangkutan awam yg tak boleh nk diharap..

      Delete
  5. dulu boleh..sekarang dah rasa susah.

    ReplyDelete
  6. Pha Is, dulu zumal hanya berbasikal je... Bila masuk u baru pakai moto, nak pakai keta sendiri memang tak mampu nak tanggung cuma bila perlu je pinjam ler kat family atau kawan2. Bagi zumal masih ok kalau tak ade keta tapi masa kita perlukan tu lebih la sikit. Kalau macam kat area Lembah Klang memang zumal tak rela nak ride or drive, kecut perut. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. dulu masa sekolah berbasikal je..
      kecut perut..? kenapa plak tu..? orang sana bawak ganas2 ke..? hehehe

      Delete
  7. Tak de kereta macam tak de hand phone. Payah jugak tu... Tapi ikut kemampuan la... kalau tak mampu pakai kete... pakai moto pun boleh... hidup atas kemampuan kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kalau x mampu, jangan paksa diri.. gunakan apa yg ada, mengikut kemampuan. jangansampai "biar papa asal bergaya"..

      Delete
  8. Sekarang ni kereta tu satu keperluan. Senang nak ke mana-mana. Naik public transport jimat tapi bukan semua tempat public transport pergi dan agak makan masa untuk sampai destinasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu.. banyak kelemahan kalau sekadar nk harapkan pengangkutan awam..

      Delete
  9. susah xde kereta kalau time hujan lebat je..kalau bg niesa kereta xde la penting sgt kalau dh ada moto..penting time perubahan cuaca je kot..lg time2 byk brg tu pn kira masalah skit la..tp lg best pakai moto sbb jimat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay.. kita geng.. moto tetap pojaan hati.. kereta nnti kalau ada pun, guna time hujan, time nk angkut barang dengan nk angkut anak bini je.. hehehe

      Delete
  10. rietta servive tanpa kereta...sama mcm pha is...kita berangkut banyak kali dengan moto...siap cross bridge....kdg kdg isi sampai sama tinggi dengan handle...perit...tpi masih boleh bergerak...haah la kan...bas UTC dah xnmpak skank nie....tapi rietta masih ada ayah...so moto ada dua...driver ada dua jugak...

    ReplyDelete
  11. tapi ddk kat kl ni sanggup lagi kot bermotor dari berkereta tapi apakan daya askar bersusun ikut ke kl jugak..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..? askar..? hahaha.. kalau dah berkeluarga, mmg x dapat nk lari.. kena guna kereta jugak..

      Delete
  12. betul tu pha is.. sbb tu la kat malaysia ni jem sgt teruk kot.. pengangkutan awam ramai warga2 asing je yg naik.. so far sy pun selalu bergantung harap pada bas, tapi sometimes agak sukar sbb kalau naik bas terpaksa berhimpit2 dgn warga2 asing ni.. then bila kita ckp kita naik bas, org buat muka pelik.. ntah apa yg dipelikkan pun tak tahu.. hakikatnya agak perit jugaklah.. tapi kalau tgk cerita2 luar mcm omputih, cte korea, jepun mmg x jadi masalah kalau xde kenderaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. punca utama, pengangkutan awam yg masih x efisien.. lepas tu, semua pakat naik kereta sendiri. then, hanya orang asing yg naik public transport.. dah la diorg makin ramai.. hmm...

      Delete
  13. perlu sgt2...susah nak gerak kalu xde kete..

    ReplyDelete
  14. Kereta dah jd keperluan.... nak tunggu kndraan awam lmbt, mcm kt tmpt cikna ni nk hrpkn bas 2jam skli so mjrti setiap rumah msti ada kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. sbb pengangkutan awam yg x boleh harap.. bila la nk maju entah, kalau bab pengangkutan awam pun hampeh..

      Delete
  15. Setuju sangat. Sistem pengangkutan awam kita teruk. Justeru, ia menyebabkan kita sebagai rakyat takda pilihan selain memiliki kereta untuk keluar membeli-belah ataupun membuat perjalanan jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. dah la sistem pengangkutan awam teruk.. cukai eksais kereta plak mencekik darah.. minyak plak makin mahal.. mmg rakyat kita terhimpit tanpa sedar..

      Delete
  16. alhamdulillah..syukur apa yang ada...

    ReplyDelete
  17. pengangkutan awam kita menyusahkan pengguna2 yg tidak biasa dgn cara tu...tapi alah bisa tegal biasakan...in sya Allah pha is pasti meninggalkan kebiasaan itu perlahan-lahan sbb hidup ni xstatik sentiasa berubah..redha bersyukur rezki bakal melimpah-limpah...nanti terkejut pulak ya tengok pha is dlm rollroyce..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. x de la kot kalau nk angkat rollroyce tu (nk eja pun x reti..).. hehe

      Delete
  18. bagi akak kereta sangat perlu pada masa ini, kebetulan mak akak dah tak boleh jalan jauh dan kena bawa dengan kerusi roda.. senang nak bawa mak pergi hospital.. rumah yang akak duduk sekarang ni pun nak keluar beli barang hampir 1km..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. kalau macam tu, mmg elok la kalau berkereta.. mmg keperluan..

      Delete
  19. memang tak dinafikan kemudahan pengangkutan awam kat malaysia ni agak kurang efisyen. contoh di putrajaya ni, bas memang banyak, tapi route dia tu kena tawaaaffff satu putrajaya baru sampai ke destinasi yg dituju, diibaratkanlah. itulah salah satu sebab mengapa park n ride kurang berkesan (orang putrajaya tau kot benda ni).

    macam penutup entri pha is, boleh je hidup tanpa kereta, tapi memang agak menyukarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. saya tak tahu menahu pasal tu... maklumlah, orang penang.. hehe

      Delete
  20. Mmg susah klu takde kereta di M'sia ni.. tp dah 5 tahun klu di KL ni, saya biasa utamakan naik train je klu takda hal2 yg memerlukan kereta, jimat minyak. Klu di kawasan taman rumah, saya naik motor ke utk ke kedai atau ke masjid.. motor tu pun dah berusia 21 tahun (suzuki best keluaran tahun 1993).. lama dah berkhidmat hehee.. Tapi utk hal2 & urusan yg penting mmg kena guna kereta juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la kalau macam tu.. tapi hakikatnya, walaupun guna hanya pada hal2 yg penting, tetap kena ada sebijik kereta juga kat rumah.. sebagai persediaan..

      Delete
  21. Kalau tinggal di kaw yg mudah public transport rasanya ok jer tak ada kereta pun... cuma kalau ada anak ermm... kereta tu dah jadi perlu... mana tau emergency malam2 ker kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. macam mana sekalipun, mesti nk kena ada persediaan kereta...

      Delete
  22. Assalamualaikum pha.. memang agak perit. dah pernah rasa pun... sheila singgah sambil klik tabung sini ya ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. thanks.. dah dibalas menabung.. :)

      Delete
  23. Dulu kat kampung moto pun takde, hanya basikal jer... Takde masalah. Kini ada basikal moto dan kereta...pun xde masalah. Maknanya bukan tanpa kereta xboleh hidup, tapi kemajuan dan kemodenan memberi peluang kpd kita utk keselesaan dan kemudahan. Pilihan masing2lah... kerana ada kereta mahal, mewah dan selesa tapi terpaksa tersekat di jem berjam2 pun xbermakna juga...yang naik moto juga sampai dulu.
    Tapi kalau kesiankan ibu yang terpaksa terkangkang naik moto, belajar dan luluslah dgn cemerlang dan bila kerja, dapat gaji besau...belilah kereta. Beri keselesaan kepada ibu duduk dalam kereta yg sejuk dan beraircond! Bila hang lihat wajah ibu masa tu, hang pasti seronok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. thanks BM atas peringatan dan pandangan.. :)

      Delete
    2. Setuju dengan komen Bin Muhammad. Belajar rajin-rajin Pha Is lulus dan konvo, belilah kereta untuk memudahkan pergerakan ibu dan adik-adik.

      Delete
  24. ermm ada tu yang dah beli keta jadi membazir pulak..... satu rumah berbiji2 kereta... dulu fikir kan gaya sekarang haaaa terasa dulu baik aku simpan duit.. rilex jer tunggu kahwin laki beli kan sonang hehe dulu sebelum beli keta rasa payah jeee nak kemana2 saya perlu kereta HAHA lepas dah ada kereta " SAYA PERLU BERJALAN MINGGU NI sbb KERETA TAK BERGERAK dah seminggu tuuuu..." haaa jenuh pulak paksa diri berjalan.. hehehe

    Yang benar,
    GADIS menyesal beli kereta... hehee

    (gurau...selamat petang phais :), Phais lepas habis belajar ada duit lebih beli kereta bawak mak adik2 naik yerr err isteri sekali ek (motif suh kahwin cepat) :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. sampai macam tu sekali..? hahha..

      yer la.. yer la.. tapi tengok keadaan dulu la.. kalau bakal isteri dah ada kereta, buat apa membazir sampai 2 kereta.. yer dok.? boleh la pha is guna duit simpanan tu beli superbike.. WOHA..!!! hahahaha

      Delete
  25. aku paham mcm mana perasaan family yg xde kereta. sbb wife aku pernah mengalami nyer dan dia pernah citer kat aku.

    ReplyDelete
  26. dah lama x naik kenderaan awam ni...klu nk g keje naik kenderaan awam pukul 5 pagi dah kena keluar...plak tu naik bas 2/3 bas...nk tunggu lagi dh ambik masa...so kereta mmg perlu...tgk tempat tinggal la..klu dekat dengan LRT ke...komuter ke...baik naik kenderaan awam...kat kg noe mmg x ada kereta...arwah bapak ada motor je...skang anak buah yg guna...motor tu la ke hulu ke hilir....x per Pha Is..ada rezeki lebih nanti beli la kereta...bukannya apa...senang nak bergerak...bukan nk tunjuk lagak...

    ReplyDelete
  27. banyak jasa motor tuh . yg beli motor dapat pahala jariah juga ... saya membesar tanpa keta .

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. kita geng.. mesti dah faham keperitan hidup macam mana kalau c de kereta kat malaysia ni..

      Delete
  28. bas memang takde kat kawasan taman perumahan akak duduk ni pha is.. kena ada kenderaan seperti motor atau kereta juga nak keluar beli barang.. menabung 2kali london dan 1kali inti untuk pha is.. :D

    ReplyDelete
  29. Replies
    1. boleh apa tu..? boleh kalau tak ada, atau ada..? hehehe

      Delete
  30. Assalammualaikum...pha,

    kereta adalah jantung... motor adalah nadi... wah bermadah nie.. tak tahu betul ker tak?hehhe

    mselim3

    pls: maksud nyer motor dan kereta sama perlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..
      teddia.. bermadah plak mselim3 kita ni.. hehehe

      Delete
  31. sangat perit. betul. perlu sangat bila ada kecemasan yg tak dpat dielakkan. kalau dekat xpe la guna moto je tapi kalau jauh. hmm, minta tolong jiran lah. Bas pun dah tak lalu depan rumah sekarang, dulu boleh lah ada bas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa kecik2 selalu juga harapkan kereta jiran, kalau terdesak..

      Delete
  32. susah sebenarnya takde kereta ni...nnti PI usaha la dapatkan kereta untuk kegunaan keluarga...senang nak antar adik adik p asrama, mak nak g klinik...pengankutan awam tak bole harap sangat, time kecemasan perlu...

    ReplyDelete
  33. Dulu ok aje tapi sekarang dah tak ok..he..he. yalah bila dah ada kereta,..malas sangat nak jalan kaki..nak gi kedai dekat pun nak drive..camne tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. bak kata orang, teknology dan kemudahan membuatkan manusia makin malas.. hehehe

      Delete
  34. alahai kesian mak pha is. pada dhia naik pengangkutan awan untuk diri sendiri takde hal. tapi kalau melibatkan mak ayah huhu kena cari keta. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. dah keje nnti mmg nk kena beli jugak sebijik kereta..

      Delete
  35. x reti bawa moto
    if xde kete susah juga boleh patah kaki
    sbb pi keje seme mmg drive sendiri

    naik bus zaman sekolah dulu je
    tp sellaunya abah yg hantar/amek

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. kenapa x belajar.. nnti apa2 hal, senang, kalau tahu bawa moto.. hehehe

      Delete
  36. I can conclude that you like blue, it is right brother? :D

    ReplyDelete
  37. Pha Is.. apa yang Pha Is rasa sekarang ni akak dah pernah rasa dulu.. nak ke mana memang naik bas, teksi atau jalan kaki.. motor hanya ayah yang guna sebab akak tak reti bawak.. hehehe..
    Bila dah start kahwin, FIL bersuara suruh beli kereta untuk kemudahan kami. Akak tak kisah kalau kena pergi memana naik bas sebab dah biasa tapi bila FIL suarakan maka kenalah dengar..
    DAN kini.. bila adanya dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha.. kereta bukan lagi kehendak tapi ianya keperluan untuk kami sekeluarga bergerak ke mana-mana..
    Pernah kereta rosak.. patah kakilah sekejap sampai kena pinjam kereta ayah.. huhuhu..
    Alhamdulillah.. bila dikenangkan kembali zaman susah dulu, akak bersyukur kini mampu memiliki kereta untuk kegunaan harian.

    psstt: cuma satu jelah.. rasanya ada public transport kat Malaysia ni anak2 akak belum naik lagi..

    last psstt: moga nanti Pha Is dapat kerja yang bagus dan mampu memiliki kereta idaman untuk kegunaan keluarga Pha Is..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... harap nnti saya cepat beli kereta sebijik. boleh bawak mak jalan2 dengan selesa.. amiin..

      Delete
  38. Salam,

    saya doakan pha is dimurahkan rezeki dapat beli kereta yang baik dan dapat berbakti pada mak dan adek beradik... Insya Allah...
    Kalau niat kita betul, nak miliki kereta sebab nak ease our family - Insya Allah, moga2 Allah mudahkan...
    p/s: kat ausie depa nya public transport effisyen pastu tak ada banyak warga asing macam kt KL. pernah lah eden buat cubaan tak ada kerja p kl naik bas - taubat weih... 98% dalam bas adalah lelaki dan "international" habaq kat hang....
    takut eden... itulah pertama dan terakhir... to me - bahaya lah utk seorang perempuan naik bas kat malaysia or specifically kat KL ne... huhuhuhu...
    kt overC depa nk avoid orang bawak kete buat jalan jammed - depa improve their public transport access and they increase bayaran "masuk bandar"... parking dia jer boleh bagi orang pengsan... hahahaha...
    (apsal komen pepanjang ne... hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..

      insyaAllah.. amiin.. thanks..

      yer, dah ada dah yg komen macam tu sebelum ni.. beza sangat trasportation malaysia dengan negara maju yg lain.. harap2 lepas ni boleh improve.. :)

      Delete
  39. kereta selesa skit kot...ada bumbung, panas hujan x kisah... ada aircond, nak kemana mana boleh angkut ramai skit.... kereta pun bukan semua mahal, ada je yg murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. x semua mahal.. beli ikut kemampuan.. insyaAllah..

      Delete
  40. boleh ja,untuk sesetengah masa...,kalau dekat u,nak pi mana2,ok ja naik bas,komuter,LRT..tapi bila balik kg,memang gasak la keta ayah..la ni tak leh merempit,motor ada dekat abang long..hehehe

    jerebu la nie..=_="

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat u, mmg kalau x de moto pun boleh hidup.. tapi masalahnya nnti bila dah keje, mmg nk kena pikirkan kereta jugak.

      Delete
    2. rasanya nak kahwin cepat2..sebab en.truper dah keja, dah beli keta..time praktikal,boleh suruh dia hantaq pi sekolah...hehehehe

      Delete
    3. owh.. bagus la.. smoga cepat kahwin.. :)

      Delete
  41. rezeki masing-masig.
    kalau bujang rasanyer xdek masalah xdek kereta,
    tpi bila dh bekeluarga kena ada ler kereta,
    mmg keperluan bila dah ramai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kalau dah ada anak bini, lagi la terdesak perlukan kereta..

      Delete
  42. depends dgn keadaan kut.dulu masa IbuNoey bujang,xde kereta pun xpe,naik bas je nak pergi keja.takpun naik teksi.tapi bila dah kawin ni,kena naik kereta sebab jauh nak menapak cari teksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... sekarang pun saya rilex lagi x de kereta.. nk kahwin nnti, mmg nk kena pikirkan kereta.. heheh

      Delete
  43. sebenarnya kalau duduk di tengah2 kuala lumpur boleh jer survive cuma dari keselesaan nak pergi sana situ susah skit laa..nak beli kereta memang membantu kalau kita nak pergi sini sana tapi ade effect gak especially bab kos hidup yang akan sedikit meningkat mcm duit minyak servis kereta etc...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. nnti nk beli kereta nk kena pikir soal maintainance jugak.. ikut kemampuan..

      Delete
  44. Keluarga saya juga tidak ada kereta pada waktu dahulu. Alhamdulillah, sekarang ni abang-abang saya sudah pun berkereta. Betul tu, agak perit sikit kalau hidup di bandar atau berkeperluan untuk menggunakan kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. saya plak dah la anak sulong. mmg nmpaknya keje nnti nk kena beli kereta jugak la..

      Delete
  45. setuju bro..sistem pngkutan awan kat mlaysia kurang agak efisyen..tambah2 klau kwasan kecil.. contoh peneng kwasan bsar tapi bus bkn main susah nak dpat.. itulah.. mula2 memng susah tapi kena biasakan diri juga la... alah tegal biasa:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. lama2 mmg akan terbiasa.. tapi still menyusahkan jugak, x se-efficient macam ada pengangkutan sendiri..

      Delete
  46. Samalah Abg Pha Is . Mas pun bukan orang senang , ayah just ada van lama , tu pun dah buruk dengan motor lama , just bawak satu kampung jugak . Bagi Mas pentinglah jugak , sebab ingat kalau dah kerja 5 bulan , boleh depositkan kereta , tapi kereta yang murahlah macam Viva ke , Myvi ke . Insya-Allah , kalau Abg Phais kerja nanti adalah rezeki nak beli kereta . Dapat tolong keluarga untuk pergi mana-mana nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, sama2 kita usaha untuk beli kereta buat kegunaan dan kemudahan family kita kelak..

      Delete
  47. Perlu sangat zaman sekarang ni...
    salam ziarah dari bunda....

    #DoaBuatMH370 :(

    ReplyDelete
  48. rasanya kena berbalik semula dengan efficiency pengangkutan awam tu jugak. kalau hidup kota raya ni, masa tu sangat lah berharga. bab menunggu tu yg org tak nak. lebih baik naik transport sendiri.. tp kalau dah jammed tu takde beza nya jugak ye.. beza pada keselesaan je. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. masa menunggu untuk public transport lebih kurang je kalau dikira faktor jem.. kecuali la kalau naik moto..

      Delete
  49. insyaAllah, moga dapat beli kereta nnt yea,
    mmg susah skit tak ada kereta ni.

    ReplyDelete
  50. yup..klo tye bole ke x?bole je jwpnnye..
    byk je public trnsport..

    susah nye kehidupan akan terasa lebih indah kalau kite tgok dr perspektif y positif .kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tabah sikit la masa permulaan, sementara nk biasa.. hehehe

      Delete
  51. mungkin juga ada keperluan sekarang ni kan....erm...

    ReplyDelete
  52. mama ada satu je keretea.. bersyukur dari takde, boleh jugak bawak anak-anak ke sana ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. ada jugak dari x ada langsung.. masa terdesak or emergency boleh jugak guna.. :)

      Delete
  53. bukan kat US jer, kat Berlin sini atau eropah secara totallnya, hidup adalah lebih senang tanpa kereta pergi mana2 semua pakai public transport, including me self. kat malaysia mmg payah la sikit sebab sistem kita kan "sangat canggih". Mohon kerajaan Maalysia titikberatkan masalah pengangkutan awam ni dari duk spending money merata hala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. canggih la sangat.. hehehe...
      menteri2 malaysia ni bukan boleh kalau kita suruh diorg buat sesuatu yg setaraf dengan negara lain. sikit2, mula la keluar kenyataan "kalau tak suka taraf pengangkutan kat malaysia, jangan duduk kat Malaysia."
      hahaha

      Delete
  54. nothing to say here pha..coz kita pun orang susah pha

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)
      sama2 pernah rasa.. sama2 faham bagaimana pengalaman tu.. :)

      Delete
  55. dulu2 mungkin tapi sekarang nie kereta merupakan keperluan...

    ReplyDelete
  56. zaman sekarang ni kereta dah menjadi satu keperluan.. tp rasanya kalau dah terbiasa xpe kot.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi nk kena ada jugak, kot2 nk guna kalau ada emergency malam2..

      Delete
  57. Memang perik sejak kereta aku kena curi..celaka laknat punya penyamun..dah la sebijik keta tu yang aku ada..x pa la didunia kau boleh terlepas di sana nanti tau la kau.bayangkan anak aku ni semua badan agak sedap2 semua..pagi ja kena hantar 3 orang sekolah berasingan..jenuh angkut.kalau hujan pulak..anak2 pulak buat akai tak mau pi sekolah..nak beli.lain..aduh tak tau bila sebab gaji dh rapat..haram bejadah punya penyamun..kau x fikirka kesusahan org.babi sungguh..x dapat kat aku x pa..dapat aku cincang hampa satu keluarga..

    ReplyDelete
  58. Memang perik sejak kereta aku kena curi..celaka laknat punya penyamun..dah la sebijik keta tu yang aku ada..x pa la didunia kau boleh terlepas di sana nanti tau la kau.bayangkan anak aku ni semua badan agak sedap2 semua..pagi ja kena hantar 3 orang sekolah berasingan..jenuh angkut.kalau hujan pulak..anak2 pulak buat akai tak mau pi sekolah..nak beli.lain..aduh tak tau bila sebab gaji dh rapat..haram bejadah punya penyamun..kau x fikirka kesusahan org.babi sungguh..x dapat kat aku x pa..dapat aku cincang hampa satu keluarga..

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)