Selamat kau bersemadi Ya Hanana...

tadi aku terbaca sebuah cerpen berdasarkan kisah benar yang melanda si penulis cerpen ni, seorang student USM.. sebuah kisah yang sangat menyayat dan meruntun hati.

sedih aku baca. harap kejadian yg menimpa Ya Hanana penulis ini tidak terjadi kepada Timo aku. hmm..

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  * *  * *  *  *  *  *  *  *  *

Selamat kau bersemadi Ya Hanana...............

13 Nov 2013

Seperti biasa aku dan Ya Hanana pergi ke kelas bersama-sama.
Aku mengelap embun yang nakal mengusiknya.
Pagi itu tenang, lebih tenang dari hari-hari biasa.

Lembu hijau itu memecut membelah rintangan angin yang datang menggangguku, seolah-olah dia berkata, " aku tetap setia bersama tuan! aku akan melindungi tuan dari setiap marabahaya! " . aku tersenyum mendengar khayalan itu.

Jam 11 pagi, kami ke kelas seterusnya, kuliah Ekonometrik. Selama 2 jam kelas itu berjalan.
Sampainya aku di G27, berhadapan kiosk siswa, aku ternampak seorg sahabat sdg menelaah di sebuah meja dihadapan parkir itu. Aku kagum dgn kerajinannya. Dia tersenyum melihat aku dan Ya Hanana sampai sebelum bermulanya kelas itu.

Sebelum melangkah ke dewan kuliah, aku meninggalkan kain pelikat baharu dibeli di atas tank minyak Ya Hanana. Kain itulah yang aku gunakan utk melindunginya daripada gangguan embun-embun pagi yang mengusik. Agar dia dapat mengurangkan kesejukan pagi yang mencengkam!

Jam 1.30 ptg, seusai kuliah, aku berkejaran utk mendapatkan dia.

Selalunya kami akan ke tempat yang plg kami rindui, iaitu Masjid al-Malik Khalid utk solat berjemaah walaupun dia tidak pernah melangkah ke dalam utk bersamaku.
Dia meredai kerana dia tahu siapa dirinya yang sebenar. Hanya dengan mendengar suara azan Ust Razin pun sudah cukup baginya utk menghilangkan kerinduannya kepada Tuhannya.

Namun, aku berasakan satu suasana yang kosong walaupun dikelilingi sahabat-sahabat dan junior-junior yang memberikan aku seteguk air utk dikongsi bersama
sambil berbual.

Aku rasa bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Tetapi apa?

ASTAGHFIRULLAH!
Ya Hanana mana??

Mundar-mandir aku mencarinya.
Mengelilingi parkir G27 hingga ke G03.

Hampa....
Dia tetap tiada....

Aku menelefon sahabat yang menelaah sebentar tadi kerana dia adalah saksi utama yang melihat aku memang betul-betul parking di hadapannya.

"Ya. Hang memang parking kat situ. Awat wey?"

"Takpa2. Aku cuma nak pastikan saja. Satg aku kol hang balik"

Memang sah Ya Hanana sudah tiada.......
Aku redha, kerana apa yang ALLAH beri adalah yang terbaik bagi kita.
Aku cuba bertahan dari merungut.
Kerana aku tahu bahawa jika aku merungut, aku seolah-olah mencabar kuasa Ilahi dalam mentarbiyah diri ini.

"Alhamdulillah".
Aku ucapkan kerana masih lagi diberi iman dan kewarasan dalam saat-saat begitu.

---------------------------------------------------------

3 Dec 2013

"Shukran! Hang ada kat mana? Saspek curi moto hang dah kena tangkap! Mai JK (JabatanKeselamat) sekarang!"

Panggilan dari Wan Nashrullah, sahabat dari PP Sains Farmasi. Beliau sentiasa mengikuti perkembangan Ya Hanana bermula dari dia hilang, laporan polis, insurans hingga ke penangkapan penjenayah itu.

3 orang di cekup. 2 dari org luar dan seorg bdk USM.
Ketiga-tiga datang dari kampung yang sama, Baling Kedah.

"Motor PJN 950 dah dijual" kata student USM yang terlibat.

Aku sudah jangka sejak dari mula...

Jika aku belasah mereka, bermakna tawakkalku hanya pada permulaan.
Jika aku bersabar, maka aku benar-benar rela dgn tarbiyahNYA.

Maka aku memilih utk bersabar.

Aku menyerahkan urusan itu kepada pihak polis dan JK.
Aku pasrah kepada ALLAH.
Dan aku semakin yakin dengan tawakkal kepada ALLAH.

"Jika aku bersabar ketika hari pertama diuji, maka ALLAH akan permudahkan urusanku"

Aku tak tahu apa yang akan aku dapat jika aku merungut pada hari pertama Ya Hanana hilang.

Mungkin ALLAH akan mengujiku dengan ujian yang lebih berat.
Wallahu`alam.
-----------------------------------------------------

Mungkin aku dapat memiliki RR150 yang baharu, atau Z800 yang memukau nafsu.
Tetapi, kenangan aku bersama hang tidak mungkin akan berulang kembali seperti mana aku pernah gembira dan menangis bersama-sama hang dulu.

Ingat lagi kita pernah menangis bersama-sama dekat Highway Sungai Petani Selatan dalam pukul 12.30 malam?
Aku berqasidah sambil kita bergembira utk pulang ke rumah? :')
Ingat tak Ya Hanana?
Ingat tak!

Ya ALLAH. Kuatkanlah kami dalam ditarbiyah olehMU.
Jangan Engkau biarkan kami merungut ketika diuji dan emosi ketika diasak dgn ujianMU.

Semoga engkau tenang bersemadi Ya Hanana...........
Aku sentiasa merinduimu.....

::Ikhlas dari sahabatmu::

Kepada "sahabat-sahabat baruku" dari Baling, aku sedia memaafkan kalian.

Kepada sahabat baruku yang merupakan pelajar USM, aku minta maaf jika dengan peristiwa ini akan membantutkan perjalananmu utk mengejar ilmu di sini.

Mungkin peristiwa ini akan menjadi titik perubahan bagimu.
Kau masih muda. Masih muda dariku.

Ingin sahaja aku upload gambar kalian di FB atas permintaan JK supaya mahasiswa USM lain lebih berhati-hati, namun aku meminta pandangn dari Murobbiku Ziyad, beliau tidak mengizinkan kerana aib kalian.

Kalian patut berterima kasih pada beliau.

Semoga Ya Hanana menjadi barang terakhir yang kalian zalimi.

Aku sentiasa merinduimu Lembu Hijau yang suka merajuk.......
Aku merinduimu....


Post a Comment

62 Comments

  1. Replies
    1. ha ah.. org yg gila moto macam saya ni, kalau hilang moto tu ibarat macam hilang bini la.. heheh

      Delete
  2. dh kena jual terus tutup kes ke camne..? mmm...takziah buat kawan tu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. tutup kes macam tu je la.. sedih betol...

      Delete
  3. ya hanana?... ter-confiused jap tadi.... 'jodoh' tak panjang...sabar je lah.

    ReplyDelete
  4. sebak membacanya.. ternyata redha, sabar dan tawakal itu penting.. pasti ada hikmah di atas apa yang terjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. semoga beliau mendapat teman pengganti yg lebih baik..

      Delete
  5. sedih jugak sbb barang yang kita syg dikhianati org...sabarlah..

    ReplyDelete
  6. smart moto ni..bgus tindakan pha.walaupn diorg curik moto pha tp pha xnk kecoh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, eh, eh.. ini bukan kisah saya.. kisah seorang sahabat di usm.. heheh

      Delete
  7. itulah balasan bagi orang yang bersabar atas dugaan yang datang menimpa...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. smoga beliau mendapat teman pengganti yg lebih baik...

      Delete
  8. kesiannya kalau hilang barang kesayangan.. huhu..

    ReplyDelete
  9. creative writing, tp memandangkan ni crita betul, sedih and kesian...

    ReplyDelete
  10. olahan cerita buat akak turut berada dalam situasi itu.. takpelah dik.. pasti ada hikmah disebalik kejadian tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. smoga tuan empunya cerita mendapat teman pengganti yg lebih baik.,.. ameen..

      Delete
  11. Takziah ye Pha Is...

    Cerita nie sedih ada.. kelakar pun ada.. hehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takziah buat tuan empunya cerita.. saya tolong share je.. heheh

      Delete
  12. kat sini pon banyak kes curi moto..

    sem lepas, moto jenis ya hanana jugak kena curi..dah la tuan baru beli.. kesian beliau..

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. ha ah.. pha is baca cerita ni pun dh nk mengalir air mata dah.. hehehe

      Delete
  14. sabar ea pha is. ALLAH bg ujian sebab dia sayang. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, bukan moto pha is yg kena curi. orang lain.. pha is tukang share je cerita ni..

      Delete
  15. sedihnya. dugaan semasa belajar. D:

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah. harap tuan penya cerita dapat bersabar..

      Delete
  16. Dugaan Allah untuk mereka yang terpilih Pha is..kena redha and banyak bersabar pasti Allah ganti yang baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. smoga tuan empunya cerita ni beroleh teman pengganti yg baru yg lebih baik..

      Delete
  17. setiap pelajar mesti ada macam2 dugaan.. sabar jelah buat kawan pha is tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. dugaan Allah datang kepada semua orang..

      Delete
  18. entah mengapa, aku rasa sedih dan kagum dengan kesabaran mamat dalam cerita ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. smoga beliau beroleh balasan yg lebih baik..

      Delete
  19. cerpen yg baik perlu ada rasa n selalunya digarap berdasarkan kisah benar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. komen dari segi penulisan kreatif. hehehe

      Delete
  20. Olahan yg menarik...cukup perisa hingga terasa.

    ReplyDelete
  21. Sedih pulak kisah ni.. terasa suasana keadaan dari penulisannya.. sabar itu besar keberkatannya walaupun diakui klu terjadi terutama kt benda2 yg paling disayangi mcm ni mmg susah nk sabar tu huhuu..subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. sabar tu senang nk sebut, tapi susah nk buat..

      Delete
  22. Replies
    1. insyaAllah.. smoha tuan empunya cerita bertabah-tabah..

      Delete
  23. Replies
    1. setiap rider yg sejatai akan namakan moto masing2.. biar unik..

      Delete
  24. Replies
    1. yup.. kisah riwayat hidup seroang rider dan moto beliau..

      Delete
  25. terkesima ku dengar nama nya ya hanana tu.. tumpang simpati..pada tuan empunya..

    ReplyDelete
  26. Replies
    1. harap tuan empunya cerita tabah menghadapi ujain..

      Delete
  27. Moto siap bagi nama, saya betul dia. Sayang jodoh tak lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la.. kalau jenis mat gila moto ni, mesti kena bagi nama kat moto. hehe

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)