objektif :
untuk mengenal pasti perbezaan kelajuan yang ditunjukkan oleh meter kelajuan motosikal honda wave 125x ultimo dengan kelajuan yang ditunjukkan melalui GPS.
introdustion :
dulu, seperti yang telah aku ceritakan dalam entry yang bertajuk wave 125x ultimo, aku perasan terdapat perbezaan ketara antara motosikal aku, honda wave 125x ultimo dengan motosikal kawan aku, antaranya yamaha legenda 115z dan yamaha LC 135. dalam pemerhatian aku, meter motosikal aku lebih "berat" berbanding motosikal kawan aku.[1]
sejak tu, aku mula mencari jalan untuk mengetahui ketepatan meter kelajuan motosikal aku. member aku si Jemey telah mencadangkan agar aku compare meter tu dengan aplikasi GPS kerana menurut beliau, meter GPS lebih tepat berbanding meter motosikal/kereta (Nikong, J., 2011)
apparatus :
motosikal honda wave 125x ultimo (mileage ± 22000)
aplikasi (app.) wisepilot
method :
motosikal honda wave 125x ultimo telah ditunggang dengan 3 kelajuan yang berbeza di atas lebuh raya utara selatan disekitar antara susur keluar sungai petani (s) kedah dan susur keluar bertam, kepala batas, pulau pinang, menghala ke arah selatan
result :
bila aku bawak 80km/j, 90km/j dan 100km/j, kelajuan GPS mencapai dalam aplikasi wisepilot tu masing-masing mencapai 75km/j, 84km/j, dan 93km/j.
meter moto kelajuan GPS
80km/j 75km/j
90km/j 84km/j
100km/j 93km/j
calculation :
graf kelajuan dari GPS melawan kelajuan dari meter motosikal
gradient
= (y2-y1) / (x2-x1)
= (93-75) / (100-80)
= 18/20
= 0.9
jadi, equation y = mx + c :
y = 0.9 x
discussion :
melalui hasil kajian ni, so, memang terbukti meter motsikal aku taklah "seberat" yang disangka. kelajuan yang ditunjukkan oleh meter motor aku lebih laju dari sepatutnya. ketepatannya adalah sebanyak 90%.
dulu, aku pernah try meter motosikal honda wave 125x ultimo aku dengan meter motosikal yamaha LC 135 dan Yamaha lagenda 115z dan hasilnya, meter motosikal honda wave 125x ultimo aku lebih berat berbanding meter mereka. jadi, kalau meter motosikal aku ni lebih ringan berbanding dengan kelajuan sebenar, berapa ringan meter motosikal mereka?
conclusion :
meter motosokal honda wave 125x ultimo aku lebih ringan jika dibandingkan dengan kelajuan yang sebenar.
rujukan :
1. Pha is. (2011). Hikayat Budak Pening: Wave 125x Ultimo. retrieved from : http://pening-pala.blogspot.com/2011/08/wave-125x-ultimo.html
2. Pha is. (2012). Hikayat Budak Pening: Komen Motosikal Wave 125x Ultimo. retrieved from: http://pening-pala.blogspot.com/2012/05/komen-motosikal-wave-125x-ultimo.html
31 Comments
ni apahal kemain mengkaji motor ni??? haha. siap graph bagai..
ReplyDeletebiasa la.. that's my passion. heheh
DeleteHebat bro..hehehe
ReplyDeletehahahah
Deleterajinnya pha is buat eksperimen.. :D
ReplyDeletebila dah minat.. heheh
Deletemotor lama cik nor..hihik
ReplyDeletewaaa.. geng.. heheh
Deleterajinnye research...tpi laju tu....
ReplyDelete100 je...
Deleteeksperimen yang menarik tapi sayang kat umah honda wave tu dah jual pulak.. ;)
ReplyDeletedah jual..? sedihnya.. hmm..
Deletewahh memang menarik buat eksperimen dekat benda yang kita minat . terbaekk huhu :)
ReplyDelete:)
Deleteamboi bab motor ni rajin dia buat kajian ek.. :)
ReplyDeletebiasa la.. jiwa motor...
DeleteMaknanya kelajuan sebenar adalah kurang dari apa yg tercatat pd speedometer lah... Menarik kaedah ini, boleh apply...tapi betul ke kelajuan pd GPS tu lebih tepat?
ReplyDeletex pasti jugak.. tapi dari segi teorinya, rasanya gps lagi tepat.
DeletePha Is,
ReplyDeleteTeringat pula aku pernah ternampak signboard tepi jalan kat kampung mana tah ;
"DI MANA ADA KELAJUAN
DI SITU ADA KEMATIAN"
tu x pe lagi.. ada signboard kat jalan kulim ke grik tulih:
DeleteAWAS
JALAN GILA BABI
hahahaha
HAHAHA :D
Deleteamboi siap buat resrach lagi. ni mmg btol peminat moto ni
ReplyDeleteyup..
Deletekalau nk ukur dgn gps, mmg takkan dpt accurate reading. bukan motor je, kereta pun sama gak. tak sama.
ReplyDeleteowh.. dah try ka..? hehe
Deletemembuatkan hamba rindu dengan "kuda putih" kat umah tu... dekat setahun x ditunggang... bab gps tu bergantung pada sensitiviti gps gak... tpi mmg meter wave x ikut kelajuan sebenar... tak tau la nape...
ReplyDeleteknapa tak ditunggang.. kesian...
Deletewt la test gps dgn kelajuan 120kmh meter wave nie..nk compare..same x dengan 120kmh lcv2..
ReplyDeletesusah nk dapat 120km/j kalau moto wave ni... standard full throttle pun dalam 110-115 km/j... kalau turun bukit, baru bleh dapat..
DeleteKalau guna spoket 15-34 dan ejas angin ekzoz cam mne...
Deletemacam mna? macam tu la. hahaha
Delete