Cerita Motosikal

pertamanya, aku nak ucapkan tahniah buat member aku si hadi mansor yang telah berjaya memiliki Kawasaki Ninja 250R (special edition) 2013. aku tumpang bangga dan tumpang pinjam. hehehe..

moto hadi yang hijau tu yer..

dahulu, masa aku nak pi mengundi di PRU13, aku terserempak dengan kawasaki ninja 250R di tepi pagar sekolah. tak sangka orang kampung aku ada jugak yang pakai ninja. agak bangga aku masa tu. maka, aku pun tunggu la nak tengok sapa gerangan pemilik ninja tersebut.

kawasaki ninja 250R

tak lama selepas tu, muncul seorang pakcik dalam lingkungan umur 50-an menghampiri ninja tu. setelah enjin dihidupkan, dengan selambanya pak cik tu tunggang ninja tu dengan ketayap masih dikepala.

dayyyuumm!!! pergh...

baru-baru ni, sedang dalam perjalanan menghantar adik perempuan aku ke terminal bas butterworth, aku terserempak dengan sebuah motosikal kawasaki Versys yang diparkir di tepi kedai roti canai dalam kampung aku. pergh. dahsyat jugak orang area kampung aku ni. hari tu ninja, kali ni versys plak.

kawasaki versys

tak jauh selepas tu, lintas pula sebuah motosikal memotong kami di sebuah persimpangan.

"pergh... Honda CBR 250R...!!!"

"kenapa dengan moto tu.? moto je pun" tanya adik aku.

"moto je..??" panas aku. hahaha..
Honda CBR 250R 


tak lama kemudian, bertemu lagi kami dengan Honda CBR 250R tu di traffic light. sementara menunggu lampu merah bertukar hijau, aku lihat penunggang CBR tu boleh pulak hisap rokok. kalau rokok dunhill ke, marlboro ke, winston ke, tak pe la jugak. ni rokok daun beb..!!!

tapi bagi lelaki, sehebat manapun motosikal tu, walaupun kawasaki Z1000 sekalipun, lagi awesome kalau yang bawak tu perempuan. kan?


bila tengok gambar ni, aku speechless. kasut pink, tudung pink, tapi angkat ninja. pergh.. memang ada taste.! rasa macam nak pi mengorat terus je. kalau nasib baik, boleh dapat pakej dengan moto sekali. kan? hehehehe...

okay. cukup la dulu cerita pasal moto. lain kali pulak. konon nk sambung study. anyway, doakan aku sukses exam kali ni.. ameen...

 maa'ssalamah,
Pha is

sumber gambar : google dan facebook.

Post a Comment

27 Comments

  1. aamiin...buat yg terbaik

    betul tu, bukan apa pun moto je heeee

    ReplyDelete
  2. Gud luck....moto idaman rietta....tettttt...biarlah rahsia....masih setia dengan en kriss yg stu nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks...

      mana tau, sekarang modenas kriss, nanti angkat modenas jaguh plak.. hehehe

      Delete
  3. akak sampai sekarang takde lesen motor lagi.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe.. saya pun x de lesen moto B full lagi.. baru lesen B2 (250cc kebawah)

      Delete
  4. dari zaman remaja sampai ke mak budak, memang tak dapat galakan langsung pasal motor.. sudahnya mampu tengok jelah.. hehehe..

    apa-apapun.. moga berjaya dengan exam yang akan ditempuhi itu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dapat bergambar dengan impereza pun dah ok dah tu.. hehehe

      ameen... thanks...

      Delete
  5. fuiyooo...beznye moto tu
    tringin nak tompang
    penah tompang RXZ je...penat pegang handle belakang moto..
    coz moto tu menjunam ke depan sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. menjunam tu sbb nk suruh peluk org depan.. hehehe

      Delete
  6. dahsyat gambar last tu..hahaha...memang betul pun pempuan kurang nak tumpu pada motor termasuk lah km...tapi memilih jugak..tak mau skuter,nak Wave dan EX5 ja..^_^

    abg pha is,studi elok2...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. ni jenis x puas dengan gear outo la nih.. hehehe

      insyaAllah....

      Delete
  7. Saya suka tengok big bike, tapi easy rider kureng sikit. Gambar last tu mmg sempoi habis. Doakan u berjaya angkut keduanya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. sempoi habes. hehe

      angkut keduanya..? hahahha... hmm, dpt bini brutal terrer bawak superbike. boleh la.. hehehe

      Delete
  8. good luck..
    wah, bangga pula tengok wanita bawa motor besor camtu..
    teringin pula anna nak bawa tapi
    anna x tahu bawa motor bergear..huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tahu bawa moto bergear..? kalau moto bergear (gear tak automatik) itu senang lagi. ibarat bawak kereta semi outo. tapi kalau superbike yg macam ni, yg susahnya, sbb ada clutch. so, agk susah sikit bagi yg x biasa.. hehehe

      Delete
  9. Phais,

    Aku baru nak post gambaq awek naik motor tu.. tapi bila scroll bawah, hang dah pst,, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. xpe, gmbr ni pun saya copy paste je...

      Delete
  10. mak aihh kaki tak sampai tp naik moto besar..hebakkk²!!hehe org kata cute² ganaih...:P
    btw, good luck for exam!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu la pasal.. memang kental sungguh...

      and thanks...

      Delete
  11. pergh pumpuan bawak motor canggih macam ni.. hebatnya.. :)

    ReplyDelete
  12. wah..bergaya la pompuan yg bawak moto tu.sampai cair pha is tgk..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la.. laki mana x cair klau pompuan bawak moto besar.. hehehe

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. dalam banyak-2 moto besar yg ada kat atas ni, moto mana yg paling laju ekk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nk cakap.. kalau dari segi top speed, mungkin versys 650 kot..

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)