antara menu wan zai bawal goreng gambar ihsan google |
kedai ni simple je. nak cari pun senang. terletak di Jalan Perda Utama, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Penang. (coordinate: 5°22'5.92"N100°25'39.85"E). kata datok, tempat makan ni agak popular jugak, terutamanya bagi budak-budak UiTM Permatang Pauh.
1 set. |
kat sini, makan kira set. 1 set ada nasi putih, kuah gulai (kari), ulam, sambal belacan, kicap, dan lauk (ikut pilihan). of course la lauk yang specialnya kat sini ikan bawal goreng. tapi lauk-lauk lain pun ada, contohnya, ikan keli goreng, ayam goreng, puyuh goreng, itik goreng, kerapu, tenggiri, kembong(termenung), dan sup ayam kampung. (lihat banner kat atas tu)
sambal belacan, kicap, dan ulam. |
bawal |
menurut datok lagi, antara komen-komen pasal tempat tu, makanannya sedap, lauknya panas-panas, gulai pun sedap, cuma nasi dia sikit. tapi aku tengok ok je nasi dia, sebab masa aku makan kat situ, aku dah kenyang. kalau lapar, konfom aku mintak nasi lebih.
puyuh |
malam tu, datok dan hakim order bawal, tapi, oleh kerana aku agak kureng sikit dengan ikan bawal, aku order puyuh goreng. malam tu, untuk ulam, kami dapat daun salad dan timun je. kata datok, kadang-kadang ada ulam raja. so, mungkin ikut stok kot.
tak silap aku, kedai ni beroperasi dari jam 11 pagi - 3 petang, dan jam 6 petang - 5 pagi. aku tak sure sangat sebab ada nampak dia tulis kat sana. tapi aku ingat-ingat lupa. lebih kurang la.
harga |
resit kami untuk malam tu. kalau nak tengok senarai harga, boleh tengok kat situ. kat resit tu, siap ada tulih untuk nasi tambah lagi, kalau gamak rasa nasi tak cukup.
komen aku :
1. gulai dia memang sangat-sangat sedap dan pekat. kalau kira gulai style masakan melayu, memang aku prefer yang ni. kalau style mamak, so far aku prefer tajuddin hussain or gulai kat cafe aman, usm.
2. memang betul, nasi dan lauk dia panas-panas walaupun masa tu, kami pergi pukul 1 pagi. so, memang puas hati.
3. ikan bawal, bagi aku biasa je. maaf, aku tak minat sangat bawal. so, komen aku yang ni konfom bias macam komen aku untuk maggi ketam hari tu. burung puyuh plak, boleh tahan la.
so, kalau rasa nak pekena ikan bawal, or nak pekena masakan melayu panas-panas dikala dini hari, boleh la singgah sini. hehe..
[edited]
baru-baru ni, aku makan kat situ, aku order sup ayam kampung. memang TERBAEK..!!! serius, kalau korang tak layan goreng-goreng, boleh try sup ayam kampung tu. berbaloi.!
maa'ssalamah,
Pha is
12 Comments
ikan keli goreng, ayam goreng, puyuh goreng, itik goreng.. urmm...byk yg goreng2 ea? lebih prefer yg sup2.. sup ayam kampung tu.. uh.. mesti mavles kn?
ReplyDeletetu la.. igt nnti kalau nk pi lagi, nk try sup tu plak..
Deletemakn tak ajak..:)
ReplyDeleteerk..? ok2... jom makan..
DeleteNAK PUYUH TUUU HEHE
ReplyDeleteooo.. kalau nk, beli la.. hahaha
DeleteYummy....rietta suka y dekat stesen bas bttworth....
ReplyDeletekat situ pun ada?
Deletesedap jea tgk. apa lagi kalau mkn panas2 ni
ReplyDeleteha ah.. terangkat...
Deletemmg sedap wan zai tempat favorite nie...
ReplyDeleteorang situ ke..?
Delete