jejak kerachut 6 : tasik meromiktik


kat taman negara pulau pinang ni, antara tarikan utamanya ialah tasik meromiktik. apa yang aku belajar dulu dalam kem kesedaran alam sekitar, kat atas bumi ni ada 3 je tasik meromiktik. satu kat penang, satu lagi kat australia, dan satu lagi kat black sea. tapi dalam pembacaan aku, ada yang kata ada 19 tempat kat atas seluruh dunia. tak sure mana yang betol.

tapi, nak cakap kat sini, dalam dunia ni beberapa tempat je yang ada tasik jenis ni. dahsyat kan? kita patut bersyukur sebab kat Allah nak bagi sebijik tasik ni kat Malaysia. hehehe... tapi, apa yang special sangat dengan tasik meromiktik ni?

tasik meromiktik ni terjadi disebabkan satu fenomena bermusim apabila beting pasir terjadi berhampiran pantai berikutan tindakan angin dan ombak yang kerap. Beting pasir ini akan menghalang pergerakan keluar air laut yang dibawa bersama ombak yang besar, hingga membentuk lagun bermusim, yang kemudian terjadinya tasik Meromiktik.[1]

hasilnya, tasik ni akan ada 2 jenis air yang tak bercantum. satu lapisan air laut yang masin akan ada kat bawah sebab lebih tumpat manakala satu lagi lapisan air tawar di bahagian atas. disebabkan air ni tak bercampur, suhu air kat bawah akan lebih panas berbanding dengan suhu air di lapisan atas.

tapi, disebabkan tasik ni tasik bermusim, ianya hanya akan terjadi pada peralihan musim monsun Timur Laut (November-Mac) dan angin monsun Barat Daya (Mei-September).

Pengunjung yang berminat melihat tasik ini dipenuhi air bolehlah melawatnya antara akhir bulan Mei sehingga Disember dan tasik ini akan berubah wajah menjadi kering antara bulan Januari hingga Mei.[2]

masa aku ke kem KeKAS 7 tahun dulu, masa tu tasik tu tengah kering. so, penuh selut je la. dalam kem tu, siap ada aktiviti yang memerlukan kami redah selut kat tasik tu lagi. memang 'layan'.



rujukan:
1.  Lizawati Bahanan. (2008) Tasik Meromiktik: Lagun Membentuk Tasik Akibat Fenomena Bermusim. BERNAMA. retrieved from http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=343518
2. Azlan Abdul Rahman. (2009) Tasik Meromiktik: Keunikan Yang Harus Dipelihara. retrieved from http://lets-conserve.blogspot.com/2009/02/tasik-meromiktik-keunikan-yang-harus.html

Post a Comment

4 Comments

  1. tak perlu ke luar negara pun kan.. ;)
    dalam negara sendiri pun ada..
    betapa indah ciptaanNYA..

    ReplyDelete
  2. 1st time kita dengar tasik meromiktik ni..

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)