Hari Ibu Rosakkan Aqidah?


di suatu hari yang indah, tetiba, member aku tanya aku pasal hari ibu. nasib baik dia tanya. ada gak idea aku nak tulih dalam blog ni. lama sangat aku tak update. update pun, wordless wednesday je sebab sibok sangat minggu ni nak kena pulun untuk clerkship ward medical.

izzah syahmina

dulu setahu aku, antara hari-hari perayaan lain yang tak boleh sambut macam hari kekasih (14 Febuari) dan hari april fool (1 april). bagi PENDAPAT aku, hari-hari macam ni tak boleh disambut atas sebab 3 perkara.

1. sebab niat/tujuan.

hari kekasih, kalau bagi kekasih yang belum nikah, sah-sah dah lari dari ajaran agama sebab dengan tujuan nak meraikan 'kesucian' cinta mereka. 

bagi hari april fool, tujuan nak bergurau. tapi, dalam kes yang extrem macam nak anaiya menzalimi orang tu, tapi orang yang dizalimi tu tak boleh marah sebab hari april fool. so, macam dah tak betul.

2. apa yang dilakukan pada hari tersebut. 

untuk hari kekasih, mereka yang bercinta, yang belum bernikah terutamanya, akan lebih 'hangat' bermadu kasih berbanding hari biasa. sehingga sampai ke tahap zina atau muqaddimah zina. itu haram.

hari april fool plak, sebab hari tu bergurau berlebih-lebihan. betul, nabi juga bergurau senda tapi tak berlebih-lebihan dan tak sampai tahap manipu dan menganaiya orang.

3. sejarah hari tersebut.  

hari kekasih khabarnya bagi memperingati pop valentine ape ntah. yang ni korang boleh search sendiri. malas nk ulas panjang-panjang.[1]

hari april fool plak, kononnya ianya hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan.[2] bla bla bla... sahih atau tidak, wallahu a'lam.

tapi, bila balik hari ibu, secara asasnya, memang kita dituntut dalam agama untuk menghormati ibu. bagi sapa yang kata hari ibu tak boleh sambut HANYA sebab setiap hari adalah hari ibu, sama la kes macam tak boleh sambut maulud nabi hanya kerana setiap hari kita cintakan nabi, bukan hari maulud nabi je.

contoh dari maulud nabi:

1. tujannya bagus. meraikan hari kelahiran nabi
2. amalannya pada hari tersebut juga bagus. membanyakkan selawat.
3. sejarahnya pada abad ke 12M, ia telah diperkenalkan dan disambut secara besar-besaran oleh Gabenor Irbil di Iraq; Al Mudzaffar Abu Sa’id al-Qakburi semasa pemerintahan Sultan Salahuddin Al Ayubi (1138-1193M). sejarah yang bagus, walaupun bukan bermula zaman nabi (a.k.a nabi tak buat)[6]

i luv islam

tapi bila berbalik soal 3 perkara tersebut berkenaan hari ibu:.

1.  niat dan tujuannya bagus. nak menzahirkan kasih sayang terhadap ibu. 
2. apa yang dilakukan pun bagus. boleh mengeratkan lagi ikatan antara ibu dan anak.
3. SEJARAH??????

i luv islam, hari ibu


dalam aku dok cari, banyak version jugak la yang aku dapat. antaranya bagi Gereja Roman Katolik, perayaan hari ibu berkait rapat dengan "The Virgin Mary"[3]

UAI

antara lainnya : [4]

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.

Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

dan ada juga : [5]

Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday".sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei

ustaz azhar idrus


*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

kalau tengok kepada semua sejarah-sejarah tu, semuanya memang bertentangan dengan aqidah orang islam. tambah pulak, hari ibu bagi kebanyakan negara, yang paling popular adalah pada hari ahad ke-2 bulan May. hari "AHAD". dah nampak sangat disitu. 

malangnya, hari ibu secara rasmi di Malaysia juga disambut pada hari ahad ke-2 bulan May.[3] so, berdasarkan hari sambutan, memang seakan-akan sambutan hari ibu di malaysia datang dari budaya barat, yang sejarahnya antara disebutkan diatas tu. 

tapi, dalam aku dok cari, ada jugak sejarah hari ibu yang okay. Hari Ibu di kebanyakan negara Arab disambut pada 21 Mac, hari pertama musim bunga di hemisfera utara. Ia telah diperkenalkan di oleh wartawan Mesir Mustafa Amin dalam bukunya “Smiling America” (1943). Idea ini telah diabaikan pada masa itu. Kemudian Amin mendengar kisah seorang ibu yang menjadi balu yang menumpukan seluruh hidupnya untuk membesarkan anaknya sehingga dia menjadi seorang doktor. Anaknya kemudian berkahwin dan meninggalkan beliau begitu sahaja. Mendengar cerita ini, Mustafa Amin lebih bersemangat  untuk menggalakkan perayaan "Hari Ibu".[3]

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

kesimpulannya, sejarah hari ibu ni ada macam-macam version. 
persoalannya, version yang manakah kita? 

p/s : aku ulang, ini hanya pendapat aku sahaja.

Pha is

rujukan:
1. wikipedia. (2013) Valentine's Day. retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine's_Day#Historical_facts
2. Nor Azura Mohamad.(2011) sejarah april fool > andalusia sepanyol. retrieved from http://sairazura.blogspot.com/2011/04/sejarah-april-fool-andalusia-sepanyol.html
3. Wikipedia. (2013) Mother's Day. retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Mother's_Day
4. Wikipedia Bahasa Melayu. (2013) Hari Ibu. retrieved from http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Ibu
5.  Zharif Alimin. (2011) Sejarah Hari Ibu Yang Kita Agungkan. retrieved from http://zharifalimin.blogspot.com/2011/05/sejarah-hari-ibu-yang-kita-agungkan.html
6. Kemuliaan Cahaya Mata. (2013) Sejarah Maulidur Rasul. retrieved from http://kemuliaancahayamata.blogspot.com/2013/01/sejarah-maulidur-rasul.html

Post a Comment

9 Comments

  1. tak pernah sambut pun hari ibu. just bagi ucapan jea.hehe

    ReplyDelete
  2. Rietta mmg xsmbut hr ibu...tpi tiap tiap thn....rietta tetapkan hadiahkan ibu sesuatu....sebagai tanda kasih.....selalu pown mmg ada jerr hadiah utk ibu....dengan pelbagai alasan...sebab ibu rietta xgemar ank ank mmbazir...

    ReplyDelete
  3. Baru terdengar , dulu tak ada pun kata haram . Tak kisah janji niat kita cuma meraikan pengorbanan di atas jasa ibu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. perkara ni pun x de la haram scara mutlak.. just pendapat dari sesetengah ulamak. cma kalau nk berjaga-jaga, kita elakkan.. kalau nak meraikan pengorbanan ibu, buat hari lain pun boleh... x perlu tunggu hari ni...

      Delete
  4. wa p0n bg ucapan.. Hati mama wa p0n berbunga2 dgar.. Apa barang pakai kad apa bagai.. Hehe

    ReplyDelete
  5. kalau kte, kte tak sambut pun, cuma ucap selamat hari ibu je, atlist tak laa mak kte rasa sedih, ye laa tgk kat tv memanjang org cakap pasal hari ibu, tapi anak-anak dia tak cakap apa2 pun, mesti ada sikit touching, hehe..


    Pandangan saya saje ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la tu.. Sbb klau x ckap nnti mak sedih.

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)