muqaddimah
dalam sebuah perbualan dalam kereta dalam perjalanan ke tempat makan antara aku dan member-member, antara yang dibualkan ialah nasi kandar yang paling sedap di penang.
dato' : malam ni korang nak makan kat mana? kot la hari-hari terakhir di penang sebelum ke kelantan, korang nak pekena nasi kandar buat kali yang terakhir ka..
pha is : ke, nak pekena nasi kandar beratur?
dato' : nasi kandaq beratoq aku tak beberapa nak layan la. dengar orang dok cerita macam-macam.
wan : kalau macam tu, 5 tahun hang dok usm ni, nasi kandar kat mana yang hang rasa paling sedap?
dato' : bagi aku yang paling sedap, nasi kandar tajuddin hussain. kuah gulai dia memang 'kaw'.
pha is : lagi 'kaw' dari 'Deen Nasi Kandar'?"
dato' : hmm... Deen Nasi Kandar tu saing-saing tu la. tapi aku rasa, sedap lagi Tajuddin Hussain"
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
okay, kali ni, kita singgah Restoran Tajuddin Husssain. restoran ni terletak dalam kawasan 'little india', tepi jalan lebuh queen di Georgetown, pulau pinang. (coordinate : 5°25'1.76"N 100°20'18.96"E)
restoran ni nampak macam biasa-biasa je, tapi lauk dia boleh tahan. macam hari tu, aku order nasi putih dengan gulai kambing (kambing lagi..!!!) tapi serius, kuah dia memang 'kaw'. kaw habis. sampai tahap rasa nak jilat gulai dalam pinggan sampai kering. hahaha...
gulai kambing dan sayur bayam. |
nasi briyani gulai itik. wan yang order. |
bagi aku, cukup puas hati dah. tapi, bagi wan, berkenaan nasi briyani tu, wan kata sedap lagi briyani kapitan. gulai itik plak, wan katanya memang tak layan kuah gulai yang pekat-pekat. tapi bagi aku kalau kuah gulai, lagi pekat lagi kaw. (to my future wife, please take note) hehehe..
so, memang setakat ni aku tak dapat nak nafikan dakwaan dato' yang gulai kat kedai ni memang kaw. harga aku tak ingat. tapi aku rasa standard je. satu je yang kurang, cuma kedai ni buka hanya pada jam 11am-3pm dan 6.30pm-11pm. macam limited edition la.
p/s : minggu ni saja dah 4 malam aku pekena daging kambing. briyani kambing kapitan, lamb chop puncak mutiara cafe, gulai kambing tajuddin hussain, dan briyani paha kambing puncak mutiara cafe.
rosak diet aku...!!! hahaha
maa'ssalamah,
Pha is
12 Comments
terbaik bos, coordinate tu aku dah save untuk kegunaan kemudian hari. mana tau satu hari aku terlajak ke penang...
ReplyDeletehahaha. bagus2.. hehehe
DeleteYummy...rietta klu kapitan suka nan dia yg mcm mcm....pastu susu badam dia....tpi klu nsi kndar....hmm....kampung melayu....
ReplyDeletePss....eeh, nk kna pgi campus perubatan plak ka?
Psss....haah....kt CH Lavender Garden....
yg kat kampung melayu tu pun ada member dok sebut2... hmm... kna buat list nih.. hehehe
Deletepss... pha is dah pergi kampus kesihatan sem lepas. so, sem ni stay kat penang je...
pss.. hmmm.. dah agak dah.. hehehe
GRRR lapar terusss
ReplyDeletehahaha... kalau lapar, makan..
Deletehoihoi~ nmpk sedap je lauk2 tuh..tetiba rs mcm lm xmkn nasi kandar~wuuu
ReplyDeletejom mai penang pekena nasi kandaq.. hahaha
Deleteamboi. gulai kamping tu nampak cam sedap jea.
ReplyDeletehehehe.. bukan nmpak je yg sedap.. rasa pon sedap..
Deletesaya feveret gila dengan kambing. kalau makan nasi berani ni, memang saya amek lauk kambing je. sekali sekala makan, boleh je kan.. hehe
ReplyDeletetapi ni bukan sekali sekala... dah 4 kali dalam seminggu.. bahaya nih.. hehehe
Delete