Wishlist #1 | Kamera

dalam banyak-banyak blog yang aku BW, banyak yang sertakan sekali 'wishlist' kat side bar. dan antara yang selalu disenaraikan, DSLR. so, kali ni aku nk cerita pasal wishlist aku plak, yang ada bau-bau macang dengan DSLR.

kalau orang lain nak DSLR, aku pulak macam kurang sikit. aku lebih suka kamera hibrid. DSLR yang besar gedabak tu "is too mainstream" bagi aku. (bajet hipster).

dan antara yang telah berjaya menarik perhatian aku dari tahun lepas lagi, ialah fujifilm finepix x100. kecik, comel, dan lawa. malangnya, tahun lepas aku tengok harga dia around RM3500. tahun ni aku tengok dah turun dalam RM2600.

fujifilm finepix x100 *

agak mahal. lepas tu, aku ushar pulak fujifilm finepix x10, 'adik' sikit kepada fujifilm finepix x100. harga masa aku tengok tahun lepas dalam RM2000 macam tu la. tahun ni, dah turun sikit, dalam RM 1400. spesifikasi memang low sikt la dari fujifilm finepix x100.

fujifilm finepix x10 *

kat bawah ni plak antara perbezaan 'adik-beradik' dua jenis ni.


fujifilm x100 vs fujifilm x10 **

so, fujifilm finepix x100 tetap menjadi pojaan hatiku. cuma harga je yang still mahal. kemudian, baru-baru ni fujifilm keluar pulak beberapa model baru. antaranya fujifilm finepix x100s (lagi power dan lagi mahal dari fujifilm finepix x100) dan fujifilm finepix x20.

fujifilm finepix x100s *

fujifilm finepix x20 *

fujifilm finepix x20 ni aku tengok harga dalam range RM2000 jugak la. kat bawah ni compare antara fujifilm finepix x20 dengan fujifilm finepix x100 dan fujifilm finepix x10.

fujifilm x20 vs fujifilm x10 **

fujifilm x20 vs fujifilm x100 **

fujifilm finepix x20 ni pun nampak macam dah menarik dah. dok tengah pikir ni. nak beli atau tak. hmm... tapi, walaupun aku ada minat sikit-sikit ala-ala suam-suam kuku dalam dunia fotografi, bagi aku, kamera ni masih lagi suatu 'kehendak', dan bukan 'keperluan'.

jadi, aku ingat, nak tahan nafsu dulu dari membeli benda-benda yang tak perlu. tumpukan dulu kepada perkara yang lebih penting. nanti dah ada gaji sendiri, kalau tak tau nak habiskan kemana, baru la aku cekau sebijik dua.

tapi, kalau TERbeli tu, nak buat macam mana. yer dok? tak pun, kalau ada orang sudi nak hadiahkan, okay jugak. hehehe


*sumber gambar kamera: google
**sumber perbandingan kamera : snapsort.com



maa'ssalamah,

Pha is

Post a Comment

24 Comments

  1. Hehehe..peminat Fuji tu. Last week baru angkat Fuji X-S1, tapi 2nd hand jer la. Nak beli baru tak mampu sebab harga mahal. Memang rare la nak jumpa orang minat Fuji Camera ni.

    Actually DSLR ni depends on model juga. Tak semua DSLR besar gedabak. Tapi aku respect kamera Fuji. sebab kualiti dia memang superb. cuma aksesori limited dan harga tinggi berbanding DSLR brand Nikon dan Canon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh... ada jugak ushar2 x-s1 tu.. tengok harga, terus tak jadi.. hehehe

      Delete
    2. kalau baru memang tak mampu ler. 2nd pun jadilah. setakat nak belajar guna jer. esok ada bajet angkat ler yang lain pula kan.

      Harga kamera Fuji memang mahal. sebab 2nd hand pun masih mahal gak. hari tu angkat Fuji X-S1 ada ar dalam RM1.5k.

      Delete
    3. owh... x-s1... saya tersilap, ingatkan fujifilm x-e1.. yg x-e1 tu, secondhand pun still rm4k.. hehehe

      Delete
  2. wah sebijik dua tu... hu hu hu... bagilah kakak satu... *_^ gurau2...

    ReplyDelete
  3. memang hensem la camera tu... teringin beli camera gak ni tp biasala... blom ada bajet...hehe.
    psss... thanks sudi follow blog ieta ya

    ReplyDelete
  4. lawa kamera nyer.better kamera ni dari dslr yg besar tu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut setengah org gak.. DSLR lebih stabil.. tapi ttp minat yg mcm ni gak...

      Delete
  5. macam ko tau2 je aku tengah usha camera kan.. hahaha.

    aku dah nampak dah yang fuji X100 ni. design dia smart kottt. tapi tu laa, mahal sangat.

    hybrid ni best tapi satu je tak best, takde viewfinder... tak feel....

    so, DSLR berat gak yang menjadi pujaan hatiku.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi, yg ni ader viewfinder.. tu yg best tu..

      Delete
  6. bestnya kan klau dpt DSLR camni. siyes best!! saya pun minat gak. tapi sampai la ni belum cukup kewangan nk membeli :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. sama la... cma masalah kewangan je yg menjadi penghalang..

      Delete
  7. saya ni suka juga dengan kamera tapi bila kamera dah ade kat depan mata, jadi xtau nak ambil gambar ape.. saba jela

    ReplyDelete
  8. belakang parang kalau diasah tajam juga nanti :)

    semoga berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..? apesal tetiba kelaur belakang parang plak nih..? hehhe

      anyway, thanks..

      Delete
  9. woooo...tringin gak nk memiliki dslr
    moga impian itu tercapai

    ReplyDelete
  10. Btul....dslr besar sgt...kdg kdg rietta pkai camera tab jerr...sebab itu yg ada...tpi nk kembali usung kamera...sebab dah byk terlepas moment....

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, sesuai la rietta pakai kamera hibrid ni.. hehe

      Delete
  11. kos ceq mmg kene pakai DSLR. first nak angkat canon or nikon. sbb biasanye antara 2 ni yang selalu jadi pilihan. tp akhirnye angkat fujifilm. lol. x kisah. yang penting depends kpd tuan yang ambik gambo tu.

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)