Urinary Infection


Sabtu, 9 Mac 2013
1045

Pagi tu, bangun je dari tidur, aku sakit perut. Sakit yang lain macam. 1st time rasa sakit macam tu. Rasanya macam lelaki yang kena sepak kat bahagian testes, Cuma bezanya sakit tu rasa kat bahagian lower right abdomen. Suspect utama masa tu, of course la appendix.

Bila pi klinik, Dr check, aku Tanya Dr Apa diagnose penyakit aku, dia sendiri cakap tak pasti. Yang pasti, kata beliau bukan appendix. So, aku di-prescribe ubat tahan sakit dan ubat sakit perut.

Mefenamic acid (NSAID)
Hyoscine (Antispasmodic)

Selain tu, mungkin sebab aku meraung sangat dalam bilik Dr tu, aku dapat suntikan. (IM-buttock).walaupun aku fobia jarum, sakit punya pasal, aku sanggup. Setengah jam kemudian, sakit perut aku dah kurang, at least bearable, tak macam tadi. Tapi buttock aku pulak yang sakit.


Rabu, 13 Mac 2013
0830

Pagi tu, aku terpaksa ponteng kelas. Sakit perut lagi. rasanya sama macam yang hari sabtu tu. Aku ke pusat sejahtera, nasib baik jumpa Dr yang sama yang aku pergi masa Hari Sabtu lepas. So, tak banyak Tanya dah, terus dia suruh buat ujian darah dan urine.

Again, walaupun aku fobia jarum, ke-fobia-an aku tu terpaksa aku tolak tepi. Sakit sangat-sangat punya pasal. Setelah lab result dah siap, Dr kata ada infection kat urine aku. so, aku dapat antibiotic.

Cefuroxime (cephalosporin antibiotic.)
Hyoscine (Antispasmodic)
Potassium citrate (alkalinisation of urine)

kali ni, aku tak dapat injection. so, bila balik bilik, seharian aku "menggelupur" atas katil. dah malam, baru ok sikit. sabor je la.. bak kata fatihah, sakit penghapus dosa.

ameen..


maa'ssalamah,

Pha is

Post a Comment

26 Comments

  1. sabar jea la..sampai "menggelupur" tu mesti sakit sgt ni.
    moga cepat sembuh yea

    ReplyDelete
  2. Sama macam batu karang eh? Betul kata ur fren tu, sakit penghapus dosa :D:D get well soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah.. harap2 tak sampai la tahap batu karang tu...

      Delete
  3. sakit gitu petanda appendix ea?ni ok dh ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara petanda appendix ialah sakit pada bahagian kanan bawah abdomen. tapi tak semua yg sakit pada bahagian tu adalah appendix..

      Delete
  4. sy penah muntah2 teruk..doc suspek appendicitis..admit ward ready for operation..sekali cek2 rupe2nye acute gastritis..haha..kalu tak fre2 je operate buang appendix..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kalau buang pun x pe... boleh kurangkan berat badan... at least, boleh turun dalam beberapa gram.. hehehe

      Delete
  5. pelik.. semalam aku pun kena.. 9malam hari Selasa dah rasa.. pagi Rabu pukul 10 makin teruk, sampai aku jalan tertunduk-tunduk.. iyelah, urinary infection,, doktor kata mungkin sebab kurang minum air (2-3 hari ni aku kurang minum pun) dan/atau sebab tahan kencing.. ini semua risiko batu karang bro..
    aku pun dapat ubat antibiotik "Hyoscine" tu.. + satu lagi, serbuk macam ENO yg kena bancuh dalam air sebelum minum.. yg penting, dapat MC 1 hari.. Oh ya, klinik kjaan tu check air kencing aku pun, dia kata kencing berdarah.. Dr nasihatkan minum air barli untuk bantu selesai masalah.
    lagi satu minggu, aku kena datang lagi utk check air kencing.. harap2 bukanlah sakit batu karang.. Amiiin... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish2.. lagi dahsyat... smoga kita semua cpat sembuh...
      ameen...

      Delete
    2. Pha Is,

      Lupa nak tanya hang lah.. dah buat test/check urine tak?

      Delete
    3. dah.. check yg hari tu sekali tu je la...

      Delete
  6. uishhhh sebab apa sampai kena infection ni?
    salah makan ke apa?
    ke sebab tahan kencing?
    -_-
    get well soon!

    ReplyDelete
  7. syafakallah, ni dah sihat ka belum ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit tu dah kurang sikit.. tapi masih dalam antibiotic therapy...

      Delete
  8. Sabar , sakit juga penghapus dosa . Semoga cepat sembuh dan sihat selalu :)

    ReplyDelete
  9. ujian datang kerana Allah rindu pada rintihan hambanya :D

    ReplyDelete
  10. pha is dah sembuh sekarang ni kan? betul tu, sakit tu penghapus dosa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sure lagi sembuh or tak.. so far x de "attack" dah.. cma tunggu appointment dengan dr pakar urology bulan 10 ni...

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)