doodle tudung labuh. sumber: fizgraphic.com |
sebelum tu, kita mulakan dengan firman Allah Azza wa Jalla :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..."
(An-Nuur 24:31)
Menurut Imam al-Qurthubi, ayat di atas diturunkan sebagai panduan dan teguran kepada wanita-wanita Islam dahulu yang menutup kepala mereka dengan khimar atau tudung dengan melabuhkannya ke belakang sehingga menyebabkan bahagian dada terbuka, leher dan telinga juga kelihatan.
Menurut Imam Ibnu Katsir, ayat di atas merupakan kewajipan yang diperintahkan Allah SWT ke atas setiap wanita Islam untuk membezakannya dari sifat dan perbuatan wanita Jahiliyyah yang bertudung tetapi masih mendedahkan dada, leher, telinga dan rambut.
Lantaran turunnya ayat tersebut, para wanita Muhajirin yang awal terus mematuhi apa yang diperintahkan Allah SWT dengan memakai tudung yang labuh melepasi dada dan menutupi seluruh anggota aurat mereka sebagaimana yang dikhabarkan oleh ‘Aisyah R.A, beliau berkata:
Maksudnya: “Allah SWT merahmati wanita-wanita Muhajirin yang awal kerana apabila Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud “.... dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka....”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."
(H.R. Al-Bukhari dan Ibn Jarir)
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
sekarang, ramai yang bertudung. dalam kalangan member perempuan islam aku sendiri pun, bilangan dari mereka yang tak bertudung, hanya beberapa orang sahaja. malah ada beberapa kawan aku yang dahulunya free hair, kini sudah bertudung. Alhamdulillah...
dan ada juga dari kalangan sahabat perempuan aku yang sudahpun melangkah kedepan lagi dengan melabuhkan tudung beliau. Alhamdulillah...
di manakah tahap anda? (sumber: google) |
"bertudung tak wajib. yang wajib adalah menutup aurat."
- Ustaz Azhar Idrus
untuk kenal pasti tudung macam mana yang aku maksudkan dengan bertudung dengan sempurna, boleh lihat video Ustaz Don Daniyal kat bawah ni, atau boleh baca Ciri-Ciri Tudung dan Cara Pemakaian Tudung Yang Dikehendaki Oleh Syara‘ di sini dan sini (bahagian 1 dan 2)
itu baru bab tudung, belum masuk lagi bab baju, bab seluar (atau kain), bab kaki, bab perhiasan (make-up, wangian, aksesori dsb), bab suara (sebab banyak pendapat mengatakan suara wanita adalah aurat), dan sebagainya.
dan aku juga tahu, bukannya mudah untuk berhijrah. banyak cubaan dan godaan. ada beberapa kawan perempuan aku pernah beritahu aku, mereka sebenarnya teringin sangat untuk bertudung dengan sempurna. bukannya mereka tak mahu, tetapi takut nanti pandangan atau persepsi orang terhadap mereka akan berubah.
sebagai lelaki, aku pernah terfikir, dengan meletakkan diri aku di tempat mereka. aku pernah cuba bayangkan, katakan kalau tiba-tiba, aku ke kelas dengan berkopiah atau berserban. mesti orang akan pandang lain. kan? lebih kurang macam tu la.
bagi yang berniat untuk melabuhkan tudung. teruskan niat anda. tapi jangan hanya biarkan ianya di tahap niat. berusahalah. hidayah bukan untuk ditunggu tapi dicari.
rendahkanlah egomu, hidayah Allah pasti akan datang. sumber: facebook |
bagi yang dah rasa diri tu cukup alim, (tak kira lelaki atau perempuan) tak perlu untuk anda pandang rendah pada mereka yang hanya sekadar "bertudung cukup makan" ni. bimbing mereka dengan elok. bak kata member aku ni :
"jangan mudah pandang rendah pada seseorang. sekejap je, dia boleh berubah."
bab tudung ni, bukan orang perempuan saja, tapi orang lelaki pun kena ambil tahu juga. sebabnya, kalau isteri dan wanita dibawah tanggungannya tak menutup aurat dengan sempurna, kita pun akan dipersoalkan juga kelak.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-Ahzaab 33:59)
rujukan :
Bertudung: Fesyen lawan Syari‘at (bahagian pertama)
Bertudung: Fesyen lawan Syari‘at (bahagian akhir)
16 Comments
saya teringin nak pakai pakaian yang betul2 menutup aurat dan menjaga adab dengan baik.. tapi selalu terlupa.. :(
ReplyDeleteerk? mcm mana leh terlupa nih..? musykil2.. heheh
Deletesetuju..jgn pandang rendah pada yg nak berubah.
ReplyDeletepokoknya, jgn pandang rendah pada sesiapa pon.. hehe
Deletesetuju dengan Nik jugak :D
ReplyDelete:)
Deletekadang2 6 kdg2 7. 8 pun pernah. bila malas nak melawa..hehe..
ReplyDeletesmoga dapat istiqamah... hehe
DeleteSaya juga diantara yang sesang berubah tuh :) jgn pandang rendah pada kami :)
ReplyDeletep/s : payah lah nak google map tgh2 jln nak cari kedai hehe lain kalai bg signboard step by step nak msk mane hehe
erk? x pndai la nk tunjuk arah pakai sign board... takut nnti lagi pening.. hehehe
Deleteaku baru tahap 5 n 6,,,muhasabah diri utk jadi yg lebih baik in shaa Allah
ReplyDeleteinsya-Allah..
Deletepakjoe setuju sgt2
ReplyDeletebagus2.. heheh
DeleteAlhamdudillah. Muslimah yang sejati.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Delete