Munduk, Sg. Golok, Narathiwat

bazar hasani, munduk, sg. golok, narathiwat.
coordinate : 6° 4'16.16"N 102° 2'9.10"E

setelah aku dan member-member satu kumpulan clerkship bershoping sakan di zon bebas cukai rantau panjang, rancangannya, selepas tu kami nak ke tokong 'the sleeping budha' di area tumpat. so, kami perlu lalui jalan yang bersebelahan dengan sungai golok.

dari jalan tu, dah boleh nampak sungai golok (sempadan malaysia-thailand). dan tanah seberang siam pun dah boleh nampak. rasa macam dekat sangat je. nak menyeberang pun dah boleh. cuma lebih kurang setiap beberapa kilometer, akan nampak satu pondok polis yang dibina di sisi sungai golok tu. rasa macam scary pun ada.
sungai golok

sampai satu kawasan, kami nampak ada banyak kereta parking di tepi jalan. lantas aku teringat member aku si hakim pernah cakap, kat area ni, kalau nampak satu kampung yang banyak kereta parking, kononnya situ kawasan orang kahwin lari kat siam. dia kata, kalau nak kahwin kat siam, lalu ikut jalan tu la. betul atau tak, wallahu a'lam.

sempadan Malaysia-Thailand macam ni je?

so, kami pun berhenti la kejap. ingat nak ambil gambar je. tapi tiba-tiba group member aku yang lain semua dah turun ke dalam bot, nak menyebarang ke tanah seberang. aku pun follow je la. akhirnya, sampailah kami di tanah siam. hahaha...
naik bot. RM 1.00 sekepala.

bila dah sampai, mesti la nak beli cendera hati sebagai kenang-kenangan. tapi masa sampai situ, dah petang sangat dah. kedai pun dah nak tutup. so, sempat beli tudung je la. untuk adik aku. 2 helai RM30.00.


lepas tu, bangga gila siot. sebab dah menjejakkan kaki kat siam. walaupun sempadan je, tapi jadi la. lepas tu, keesokan harinya, member-member group lain asyik tanya je tentang 'lawatan' kami tu. hahaha..



maa'ssalamah,
Pha is 

Post a Comment

14 Comments

  1. oh macam tu ghupernyer sempadan. patut ah member selalu gi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. mcm tu je.. x de pun tembok ke aper..

      Delete
  2. Replies
    1. x de la sampai oversea... overiver je... hehehe over sg golok...

      Delete
  3. Waah kita onklate pon blum sampai lg kat sana, pha dok kejap pon dah pegi... ish3 malunya kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jiwa muda... belum kawen, sng kalau nk travel mana2.. hehehe...

      Delete
  4. hahaha setuju ngn sarah,,pha is dah gi obersea,,aku jelah yg belum,ahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa plak.. aku over river je, rentas sungai golok je.. ko la over sea, over selat melaka, melalui jambatan pulau pinang.. hehehe

      Delete
  5. Akak selalu jer pergi. Hahahhaha. Last 2 weeks pergi lagi. A few entries dalam blog akak. Pergi pagi la next time. Tudung tu tak minta diskaun lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, boleh dapat murah lagi ke? tak tau plak sbb member perempuan yg tolong beli.. pha is tak pandai sgt tawar menawar.. heheh

      Delete
  6. wah.. dah sampai awak ke oversea.. :)
    walaupun siam je.. hehe

    ReplyDelete
  7. dulu masa praktikal kat HRPZII ad jugak staff2 nak buat lawatan gi munduk..tapi x jadi pergi coz masa tu situasi tegang kat sana..takut jugak kena tembak/bom..x pasal2 balik kudung semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kami pergi pun, beberapa hari lepas tu, dgr citer ada org yg kena tembak.. hehehe.. nasib baik masa kami pergi tu, x de apa2..

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)