maka, di keheningan malam di musim tengkujuh ini, (hujan baru berhenti) aku merempit sambil menggigil kesejukan tanpa jaket ke sekitar KB dari kubang kerian untuk mencari kedai makan yang masih buka pada pukul 3 pagi.
akhirnya, aku terhenti di restoran Hayaki 24 jam. aku berhenti, ushar-ushar kedai tu dari luar, tak tau kenapa, aku tak rasa nak singgah. maka, aku pun patah balik ke kubang kerian, ingat nak pekena 'cotek' sekeping dua. kata member aku, kedai cotek berdekatan USM kampus kesihatan ni pukul 4 pagi pun buka lagi.
malangnya, bila aku sampai, kedai cotek tu dah nak tutup. nak makan KFC (lebih kurang 500 meter dari situ) rasa macam tak ada mood plak. kemudian, aku jalan-jalan lagi, ingat nak singgah kat restoran D'Klasik 24 jam. tapi hampeh betol, sebab kedai tu tutup. nama je 24 jam. penipu! lepas tu, aku jalan-jalan lagi, sampailah aku terhenti di kedai Nasi Lemak Kopi O ni.
lepas tu, aku baru teringat, member aku pernah cakap nak bawa aku ke kedai ni. katanya, kedai nasi lemak ni buka pagi sahaja. katanya lagi, kedai ni pukul 5 pagi lagi dah buka dah. masalahnya, pukul 5 pagi, kami konfom la tak bangun lagi. kalau nak pergi waktu sarapan, time tu kami sibok nak ke kelas. kalau time cuti plak, sibok tidur. hehehe..
kedai nasi lemak kopi o ni terletak di jalan raja perempuan zainab 1, tak jauh mana dari USM kampus kesihatan ni. (coordinate : 6° 6'13.96"N 102°16'52.84"E - lebih kurang). kedai ni mula buka seawal jam 2.45 pagi hingga pukul 11 pagi.
so, aku pun singgah pekena nasi lemak tu, pada jam 3.30 pagi. pagi tu, aku pekena nasi lemak ayam dan teh tarik. malas nak order kopi o sebab takut nanti migraine datang balik.
bila dah rasa, terangkat juga la. memang sedap. nasinya wangi, ada rasa nasi lemak. ayam dia plak sedap, lembut dan berempah ala-ala ayam KFC. tapi aku rasa ayam yang ni sedap lagi. ayam KFC tu harap tepung je lebih. selain tu, ada kuah sambal, kacang goreng, dan timun.
bagi aku, satu je kurang, sebab kuah dia manis sikit. tapi manis yang acceptable la. tak de la teruk sangat. selain ayam, lauk lain pun ada. antaranya telur rebus, telur goreng, kelempung, sotong, dan sebagainya. kalau tak nak nasi lemak, menu lain pun banyak lagi.
secara keseluruhannya, memang puas hati la. kalau aku nak bandingkan dengan ajihs nasi lemak, nasi lemak yang ni sedap dengan cara dia. nasi lemak Ajihs pun sedap dengan caranya. masing-masing ada kelebihan-kekurangan.
maa'ssalamah,
Pha is
20 Comments
sambil manis tu yg aku suke,,hehehe sdapnya pha is
ReplyDeleteaku tau.. hahahha
DeleteNasik lemak dari rumah terbaik. haha. Tapi yang nie kira okay lah tu awak, nampak gambar ayam dan sambal pun banyak kalau selalu ciput je bagi
ReplyDeletebetol2.. memang kalau mak masak, lagi sedap.. hehehe
Deleteawalnya bukak kedai..sapa nak pi makan awal2 tu..huhu
ReplyDeleteeh, tapi ramai je masa pkul 3.30 tu... hahaha
DeleteJJCM versi pening pening . ahaha
ReplyDeleteha ah.. hahaha
DeleteNASIB AWK TAK MKN KAT Hayaki. KITA DAH MKN KAT SITU HARI TUH TAK SEDAPPPPPP Hehe
ReplyDeleteerk..? patut la firasat hati rasa ada something wrong.. hahahaha
DeletePha is ada migraine jugak ker?
ReplyDeleteha ah.. sbb tu nama blog ni hikayat budak pening.. heheheh
DeletePha Is,
ReplyDeleteNasi lemak + lauk ayam tu berapa harga dia?
tu la masalahnya, terlupa plak nak tanya. yg ingat, ari tu order nasi lemak ayam dgn teh tarik, kena RM5.50 kalau x silap. around tu la...
Deletesy pon baru balik dr KB haha
ReplyDeletep/s: bukan setakat sambal nasik lemak je manis, kuah tomyam pon manis.hewhew
hahaha.. tu la pasal.. tapi ada kedai yg saya jumpa tomyam kurang manis.. tapi susah nk cari la...
Deletewah itu yang sedap 2..huhu:)
ReplyDelete(n_n)
Deletenasi lemak ni saya kurang sikitlah nak makan.. tak tahu kenapa..
ReplyDeleteerk..? x pe la.. kat situ pun ada banyak lagi menu lain selain nasi lemak.. heheh
Delete