Makan2 Klate 11 | New Horizon Garden Restaurant

sebenarnya, dari minggu pertama aku kat kelantan lagi, aku dah target nak makan di restoran New Horizon Garden ni. tapi, disebabkan restoran ni sangat-sangat special, aku ingat, nak 'reserve' dulu. aku nak explore restoran yang lain dulu, last sekali, baru pergi ke situ. bak kata orang putih, save the best for the last. kiranya, restoran ni 'penutup' bagi jelajah makanan kelantan aku la.

akan tetapi, petang tadi aku dengar ada khabar angin yang mengatakan ada member aku yang nak ke sana. aku 'resereve' restoran ni dah lama kot. tercabar la aku kalau ada member aku yang pergi dulu sebelum aku. so, malam tadi jugak, aku ajak Hakim (kami punya tour guide) untuk makan kat situ.

restoran New Horizon Garden ni terletak di lot 891, Batu 4, Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu. (coordinate : 6° 4'38.96"N 102°14'16.70"E). kat simpang empat sebelum Wakaf Che Yeh. senang je nak cari.

kedai ni, agak mahal sikit. tapi sangat puas hati sebab memang SEDAP gila. dah la sedap, dia serve macam makan kat hotel pulak tu. memang special la. walaupun kami ambil set B (untuk 4-5 orang) RM117.00, tapi amat-amat berbaloi. worth every penny.


tengok sendiri la. dari segi susunan meja pun, dah nampak macam exclusive. service pun puas hati. makanan yang kami order cepat je sampai. tak de la nak tunggu lama. set yang kami ambil ada 5 lauk. boleh pilih lauk mana yang ada.


yang pertama, tomyam merah. kalau sebelum ni aku cakap tomyam yang paling sedap aku pernah makan yang kat D'Village, kali aku nak tarik balik statement tu. seriusly, tomyam kat sini lagi sedap! so far, tomyam kat sini yang paling sedap yang pernah aku rasa. D'village kalah.!

next, sizzling chicken. saja nak try lain dari yang lain. yang ni boleh tahan la sedapnya

kailan ikan masin. sayur kena ada, baru sihat. hehehe 

stir fried beef sweet and sour souce. daging goreng dia rangup, dah macam makan keropok. sedap baq ang... hehehe..  


last but not least, mesti la kena ada ikan siakap. kami ambil ikan siakap goreang dengan kerabu mangga. boleh tahan rasanya. tapi kerabu mangga yang kat atas ikan tu sangat sedap. aku makan sampai nak menangis (sebab ada cili padi). tapi sangat sedap dan puas hati.


untuk air, kalau ikut set yang kami ambil, dah ada chinese tea. tapi kami order tambah, mengikut selera masing-masing. yang dalam gambar kat atas ni, black current ice blended. ikrar yang order. ada buah tu.. heheh..

hakim dan arief

aku dan ikrar

brochure
brochure yang sempat aku ambil.

restoran ni buka dari pukul 12.00 tengah hari - 3.30 petang dan 6.00 petang - 11.00 malam untuk setiap hari sabtu hingga khamis. untuk hari jumaat, restoran ni buka dari jam 4.30 petang - 11.30 malam. untuk keterangan lanjut, boleh hubungi :

New Horizon Garden Restaurant
Lot 891, Batu 4, Jalan Pasir Mas-Salor,
15100 Kota Bharu, kelantan.

tel : 09-744 7177
fax : 09-744 8177
email : nh_garden@yahoo.com

serang..!!!!



maa'ssalamah,

Pha is



Post a Comment

31 Comments

  1. wallaweh.. bila la aku leh p sini..

    ReplyDelete
  2. hahaha ambik recommendation aku nampak :P

    ReplyDelete
  3. dah cm blog "JJCM" hehe :) sedap2 cepat buat lagi entri psl kelateee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja buat jelajah makanan kelantan. semenetara dok kat negeri orang ni, nk explore puas2...

      Delete
  4. sizzling chicken tu mmg mcm terbaik !
    ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. err... dlm banyak2 lauk, chicken sizzling tu yg paling kureng.. hehehe.. tapi x de la teruk mana pun... just kurg menepati selera dan citarasa org utara je.. hehehe

      Delete
  5. alamak terliur ler....bilaler dpt repeat g kelantan nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... nanti bla dh smpai kelantan lagi skali, boleh la try..

      Delete
  6. Huhuhu..selalu berkisus di kelantan...tak pernah sempat nak sampai rstoren ni...

    ReplyDelete
  7. bagus la.kalau mahal tapi sedap
    berbaloi gak bayar kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... berbaloi, tapi x leh selalu.. hehehe

      Delete
  8. setakat ni tomyam paling kaw saya pernah rasa ada satu kedai tepi jalan dari pahang nk balik kelantan. rasanya still ingat sampai sekarang. kedai nih tak pernah gi lagi. patut cuba nih.

    ReplyDelete
  9. leh jadi pgacara jalan2 cari makan ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. bleh2... duit dapat, makan pon free.. hahaha

      Delete
  10. stir fried beef sweet and sour souce tu menggiurkan . mmmmm mmm sdapnyeee .
    tapi sayang Kelantann . jauhh bak hangg

    ReplyDelete
  11. Bila baca review cenggini, raso nok kelik slalu...

    ReplyDelete
  12. nanti boleh la try kat restoran syam pula di berek 12.

    ReplyDelete
  13. Akak selalu makan di New Horizon di Kuantan. Memang sangat berbaloi kalau ambil set. Seusai untuk formal dinner and lunch.

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)