Kucing dalam Islam

aku ni, nak kata minat sangat kucing, tak de la sangat. tapi, kat rumah aku ada je sekor dua kucing. bukan kucing kami pun, tapi dah orang buang, lepas tu dia mai kat rumah. mak aku pun bagi je la dia makan dengan apa yang ada, selalunya lebihan makanan kami. 

ni la kucing kat rumah aku. kesian beliau, tengah tunggu kami nak buka puasa, sampai tertidur. 
(gambar diambil masa bulan ramadhan)

adik aku dan kucing 

last2, kucing tu stay kat rumah. tak kemana, sampai lah dah beranak pinak. lepas tu, bila dah dapat anak comey2, orang pakat mintak kat mak aku, nak ambik bela. mak aku pun bagi je la. macam tu la lebih kurang kitaran kucing kat rumah aku.

macam tu la manusia. yang buruk, orang buang. yang comel, orang mintak. hmm...

banyak sebenarnya kelebihan bela kucing ni. dalam hadis nabi pun banyak menyebut tentang kucing. even dalam kehidupan nabi dan para sahabat pun ada yang melibatkan kucing. antaranya:

1. hadis berkenaan seorang wanita diseksa di neraka kerana menyiksa kucing :

 

Abdullah bin Umar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : 
"seorang wanita diseksa kerana ia mengurung seekor kucing hingga mati dan wanita itu pun masuk neraka. wanita tersebut tidak memberi kucing itu makan dan minum saat dia mengurungnya dan tidak membiarkannya untuk memakan buruannya."
(HR Bukhari dan Muslim)[1]

2. hadis berkenaan kucing haiwan yang tidak najis.[2]

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," 
[Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, 
"Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." 
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, 
"Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

3. Abu Hurairah, sahabat nabi yang sangat menyayangi kucing.

"Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. 
Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kepada anak kucing)."[3]

4. Mu'izza, kucing kesayangan nabi[4]

Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (dari tidurnya), berikutan suara Azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil jubahnya, ternyata Mu'izza sedang tidur di atas jubahnya, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mu'izza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Mu'izza  Ketika Nabi pulang ke rumah, Mu'izza terbangun dan merunduk kepada baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. [kesahihan diragui]

Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tetamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mu'izza dan ditaruh Mu'izza pada paha baginda.

Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Mu'izza digunakan untuk tujuan berwuduk

5. hadis larangan menjual kucing

seseorang bertanya kepada sahabat Rasulullah yang bernama Jabir berkenaan wang hasil jual beli anjing dan kucing. Jabir menjawab: “Nabi melarang perbuatan seperti itu.” 
(Shahih Muslim, no: 2933)[5]

* * * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * 



sumber[6]


rujukan : 
[1] Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu - http://hasnulhadiahmad.com/kebenaran-islam-mengenai-kucing-sejak-1500-tahun-yang-lalu/#more-2237
[2] Kucing - http://ms.wikipedia.org/wiki/Kucing
[3] Abu Hurairah ( BAPA KUCING ) - http://mselim3.blogspot.com/2012/06/abu-hurairah-bapa-kucing.html
[4] Muezza - http://ms.wikipedia.org/wiki/Muezza
[5] Bicara Agama – Apakah Hukum Menjalankan Perniagaan Jual Beli Kucing? - http://melayukini.net/2012/10/bicara-agama-apakah-hukum-menjalankan-perniagaan-jual-beli-kucing/
[6] Dunia Kucing - http://www.facebook.com/aduka.duniatucing

Post a Comment

43 Comments

  1. saya sgt sukakan kucing. dulu mase kat rumah lama saya mmg ada bela kucing. tapi yg 1 tu org amik dan 2 lagi tu mati kena langgar. now dah ade anak kecik, x dpt nak bela. huhuhu

    ReplyDelete
  2. ima...gr takut kucing sgt sgt. sampai bila gi kedai mkn kucing duduk kat kaki sampai berpeluh2 takut. kalau kucing yang agak agresif terus lompat ke kat kusi sebelah ima terus jeritt mcm kat hayaki hari tuh :( malu jerk.. tak tahu cm ne nak buang perasaan geligeleman dgn kucing niiiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. mcm lisa surihani dalam citer istanbul aku datang.. takut kucing sampai lumpat atas beto.... hahahaha.. dah tengok..?

      Delete
    2. dah tgkkk :) tapiiii rasa cm terukkk jer lisa lompat kat beto tuh mcm tak malu pulak kan

      Delete
    3. ha ah.. tu tara bini orang tuh...

      Delete
  3. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Tidak ada yang namanya hari yang tidak penting dalam kehidupan manusia ini. Setiap saat berharga.

    ReplyDelete
  4. kucing haiwan yang perlukan kasih sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... kucing ska bermanja, mcm org jugak la.. hehehe

      Delete
  5. suka tgk gelagat kucing

    tapi takut nak pegang sebab dia bebulu.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..? so selama ni, tengok dari jauh je..? hahahaha

      Delete
  6. suke sgt ngn kucing..sbb kecumilan dier..pastu gelagat dier.....tp kdg2 nakal jugak...huhu

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. thanks... sampai CAPLOCK habis smua huruf.. hahaha

      Delete
  8. rumah kina banyak kucing...ayah kina suka kucing..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa... bagus la... ayah kina je ke? kina macam mana? heheh

      Delete
  9. sis tak suka kucing tapi tak ade la sampai nak dera or aniaya kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. betol2.. kalau x suka, jgn dok dera2.. kesian...

      Delete
  10. Memang melarang menjual beli kucing itu kalau time fie beli kucing orang tak tetap harga, tapi kalau dah Paris atau Bengal cat yang dibeli faham faham lah berapa. ye dok. Haha. fie ada 13 kucing, yihuuuuu

    ReplyDelete
  11. baru tau, kucing tak boleh di jual beli, cyda tak pernah beli atau jual kucing, bela kucing kampung je :D

    ReplyDelete
  12. aku pun suka kucing bro. teringin nak bela. tapi segan malu2 nak pegang kucing. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. nk segan apa nya.. bukan bnda tak elok.. hehehe

      Delete
  13. Assalamualaikum, saya tak suka kucing sebab geli dgn bulu tapi tak pula menyiksa sekiranya terjumpa. selalu je kasi sisa makanan kat kucing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... ada org, dah x suka kucing, ditendang-tendang...

      Delete
  14. pernah bela kucing?tapi mati..betul ke ek kalau tangkap gambar kucing boleh sebab mati?sebab ada gak tangkap gambar masa last2 sebelum mati tu..mana tau kot ada bukti saintifik ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahu a'lam... rasanya, kebetulan je kot... heheh

      Delete
  15. Akak pon takut n geli ngan kucing, tp xder la lompat ataih riba org, stakat shush3 jer la... hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. x de la mcm dlm citer "istanbul aku datang" tu yer...? hahahah

      Delete
  16. Alhamdulillah...

    KY suka sangat kucing..suka belai ulunya lembut, KY pun ada bela 2 ekor..peneman waktu kesepian heee

    ReplyDelete
  17. alolololo kiuttttttttttttttt nyee kucingg tgu buka puasa tu HAHAHA

    ReplyDelete
  18. saya suka kucing tapi nak main2 dengan kucing tu tak berani. penakut sangat kalau kene cakar atau gigit.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..? kalau dia gigit pun x sakit la... dia main2 je.. heheh
      tapi kalau tercakar, itu bukan main2.. hehehe

      Delete
  19. artikel nenarik bnyk buat revisi tq berkongsi info.

    ReplyDelete
  20. Saya tinggal bersama emak saya,dgn 4 ekor kucing dewasa,n 4 ekor anak kucing br berusia 4bulan. Saya mmg pencinta kucing. Dilema saya sekarang nie,ibu saya sudah uzur, dan saya pula seringkali tidak sihat. Ketika saya kurang sihat,ibu saya lah yg bagi makan minum pd kucing2,terutama anak2 kucing yg masih duduk di dalam sangkar. Almaklum sajalah,kalu dh duduk dlm sangkar,siaplah dgn berak kencingnya,memandangkan anak2 kucing dh pandai makan.
    Jd,ibu saya sudah tidak sanggup membela kucing2 nie,krn kdg2 ibu saya terjatuh semasa bersihkan sangkar.
    Saya pon kasihankan ibu saya,tp saya juga sayangkan kucing2 saya. Selalu jugak ibu saya dah cakap mahu pindahkan kucing2 nie ke mana2 je...Saya diam.
    Saya risaukan kucing2 saya jika saya 'buang' mereka :(
    Saya dalam dilema....

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)