McDonald : antara boikot dan burger free


rasanya semua sedia maklum kot dengan apa yang sedang menimpa saudara kita di Palestine. segerak dengan itu, selain iringan doa, ada beberapa lagi usaha yang dijalankan di Malaysia, antaranya kempen memboikot syarikat yang bersekongkol dengan Israel. antara yang paling popular, McDonald.

mungkin sebab rasa terancam, heboh pula penyebaran sebuah lembaran yang bertajuk "Notis Daripada McDonald Malaysia", yang ditanda tangan oleh pengarah urusan McDonald Malaysia. notis tersebut kononnya menafikan dakwaan McDonald menyalurkan bantauan kepada rejim israel. 


kemudian, timbul pula ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif yang antara lainnya mengatakan : 

"Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar)."

kemudian, timbul pula status dari page facebook McDonald Malaysia seperti yg kat bawah ni:

jadi, yang mana yang betul? maka, disebabkan antara isi kandungan notis daripada mcdonald malaysia itu ada menyebut, "sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila tujukan soalan anda kepada justtellus@my.mcd.com". maka, aku yang musykil ni pon, cuba menghantar satu email. 


sampai hari ni, email tersebut masih tak berbalas. seterusnya, aku dengar ada pulak tawaran burger free dari mcdonald yang bakal di-"sedekah"-kan pada 19 november ni. 


hmm.. aku ni, nak kata boikot sangat, dulu pernah la jugak makan kat McDonald ni. tapi tak selalu, sebab aku bukannya orang kaya nk makan kat situ hari2. tapi tak pe lah, mulai hari ini, kita sama-sama lah berhijrah yer.. 


Post a Comment

46 Comments

  1. sblm ni ada gak g mkn..In syaa Allah pasni ubah cara...time gini nk buat free ye...mgu lepas starbucks..ehmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. starbuck pon buat.. yg tau pha is x tau lngsung... sbb mmg tak pnah amik tau psal starbuck pon..

      Delete
  2. memang kena bayar pun kan..McD kedai franchise..McD Malaysia franchise, bererti McD Malaysia sebagai franchisee kena bayar 4% pada franchisor/McD.

    http://www.aboutmcdonalds.com/mcd/franchising/us_franchising/aquiring_a_franchise.html

    ReplyDelete
  3. aku memg xminat mcD sbb agak mahal,,
    jd marilah kite same2 wat ape yg patut selain mndoakan umat islam kt sane dilindungi Allah,,amin

    ReplyDelete
  4. tapi fb ngan laptop kita pun israel yg buat.. nape org tak boikot fb? *just wondering.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb fb boleh guna utk jalan kebaikan... demi mnjaga kemaslahatan umat. kalau mcd, makan kenyang mcm tu je.. x de pekdah apa2 pon.. hehehe

      Delete
  5. ssh nak komen mende ni..dulu kwn aku yg dok boikot mcd, last2 depa gak yg ajak pi makan sana..setuju dgn Fezah...kita buat la apa yg mampu/patut sekarang ni..mana yg boleh kita elak, elakkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk ikutkan, banyak lagi bnde yg support israel... fesbook contohnya... fb kta boleh gunakan utk kebaikan... yg lain, mana yg tak perlu, kalau boleh elakkan, usaha la elakkan.. hmm..

      Delete
  6. Terbaru fie baca, burger free tu sempena kemenangan Mu ke atas pasukan apa entah. fie pun tak thu betul ke tidak. Apa apa pun, yang mana boleh dielakkan kita elakkan. Tak makan mcd tak mati kan kita. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha.. btol2... beli burger ramlee je kalau kumpunan burger sangat.. hehehe

      Delete
  7. tu notis bila tu.
    pengarah urusan mcdonalds malaysia sekarang bukan sarah casanova ka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.... tak tulis tarikh plak... so, dah lama punya la... hmm..

      Delete
  8. McD ni satu. Aku rasa yang sama penting untuk diboikot, rokok.

    Ada komen? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sokong. tapi, tu la, orang kata, ustaz dan pak imam pon isap rokok... dah contoh yg tak baik disitu...
      yg rokok ni mmg susah sikit nk tinggal, sbb mmg dah sebati dalam masyarakat malaysia. tapi, kalau ada kesedaran diri, boleh je. nak ngan tak nak je..

      kalau tak sayang nyawa sendiri, sayanglah nyawa saudara seagama kita di bumi palestin ini....

      Delete
  9. McD ---> nampak gayanya sepanjang cuti persekolahan ni memang kena paw ler dengan dak Kakak dan dak Adik tiap kali otw balik rumah.. itu laluan utama balik ke rumah..

    ReplyDelete
  10. macam-macam kan..kadang-kadang kita yang tak sedar,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. sbb tu kesedaran itu pnting... sbb tu kta sibok berkempen, boikot dn sbagainya, spaya ksedaran tu timbul...
      hehe

      Delete
  11. itulah. kita ni kalau kata tak pernah makan McD tu macam tipulah kan. tapi bila kita dah sedar, sama sama lah kita berubah. ini bukan hipokrit. rasa terkilan ramai yg cakap org yg boikot mcd ni hipokrit. semuanya datang dari hati, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol...
      ini bukan hipokrit. cma yg jenis sokong "bermusim" ni cma kurang istiqamah dalam diri.. itu bersandarkan kelemahan manusia itu sndiri. biasalah... harap2 lepas nih, terus beristiqamah... in sha Allah

      Delete
  12. Saya dah lama boikot mcD...dulu makan...peberet la kononnye...skrg tidak lagi...saya pon dgn bangganya terminate FB...hidup lebih bahagia tanpa FB...cayalah...xterpisah pon hubungan dgn frens n family...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa.. tahniah... bukan senang nk terminate FB nih... kna kekuatan mental yg tinggi..
      pha is masih lagi belum berkemampuan nk lakukan bnde tuh... ada orang kata, (termasuk ulama'), fb ni kalau kta boleh gnakan utk kebaikan, tak pe la...

      apa2 pon, tahniah..!!! smoga usaha itu dipandang Allah sebagai satu ibadah...

      Delete
  13. Replies
    1. kalau mampu buat lebih, buatlah...ada yg mampu berjihad, mampu memberikan sumbangan harta dan kemahiran.. .. ini antara yg termudah bagi kita...

      Delete
  14. ni ada opinion skit...aku rasa kalo nak boikot mcd...kalo diorang bagi free ambik jer tapi jgn beli... kita boikot... ko bayang kan 1ribu 1 cwngn darab dgn 200 cwngan...200 ratus ribu burger tu...kompon diorang rugi tu pon asalkan tak beli apa2 selain drpda yg free tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. okay gak tuh.. take everything, give nothing....

      Delete
  15. Replies
    1. ya Allah, kau hancurkanlah musuh-musuhMu, dan kau beriknlah kemenangan keatas saudara kami...

      Delete
  16. baru sampai malaysia n baru tahu cerita tentang semenanjung Gaza ni.betapa tak membacanya saya.. mari kita sama2 memboikot McD..

    ReplyDelete
  17. Brapa lama bertahan ngan boikot tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahu a'lam.. harap2, yg boikot tu dapat la istiqamah... heheh

      Delete
  18. tetap kena byr kat org sana. sebab francais. lain la dia tukar ke nama lain.ni still guna nama McDonald. so of course la kena byr. ade yg kata, Mc d la antara penyumbang terbesar kat israel

    so kalau kita blh boikot kita boikot la. tak rugi apa pun.lagipun mknan tu pun bukan berkhasiat kan. tapi sebab dia senang nak dapat sebab tu dia popular :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. yg berkhasiat banyak lagi boleh makan.. heheh

      Delete
  19. dari dulu lagi saya nak boikot mcd ni.. tapi sdahnya jadi feveret saya pulak.. huhu

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)