Masa kat sekolah dulu, kami ada dua subjek pendidikan
seni. Satu seni visual, satu lagi seni khat. Rasanya, kelas seni khat ni antara
kelas yang boring waktu tu. Ye la, belajar tulis alif ba ta macam budak-budak
tadika. Yang membezakannya Cuma kami pakai pen khat, atau pensel yang diasah
macam pen khat.
Masa tingkatan 1, kami belajar tulisan khat nasakh.
sumber [3]
Khat ni dinamakan Nasakh kerana tulisannya digunakan
untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang
lain. Ciri-cirinya ialah mudah dibentuk, praktikal dan mudah dibaca. Ia sesuai
digunakan dalam penulisan al-Quran, akhbar dan majalah. [1]
Masa tingkatan 2, kami belajar khat rak’ah.
sumber [3]
Rak'ah dari segi bahasa bermaksud cebisan kertas yang
ditulis. ciri-ciri khat ni antaranya, huruf yang kecil dan dapat ditulis dengan
cepat. Penggunaannya lebih tertumpu kepada tulisan nota ringkas.[2] Khat
yang paling simple, nampak macam senang, tapi susah jugak nak buat.
Masa tingkatan tiga, kami belajar khat thuluth.
sumber [3]
Khat ni dinamakan Khat Thuluth kerana huruf menegaknya
ditulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth)
lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan) kerana
kehandalan seseorang penulis khat tidak akan diakui kecuali setelah dia mahir
dalam khat ini. Ia lebih bersifat dekoratif dan mempunyai ciri-ciri kesenian
tersendiri. Sesuai digunakan untuk perhiasan dalam masjid, bangunan, papan
tanda dan sebagainya. [1]
Khat thuluth ni memang fevered aku. Kadang-kadang, aku
saja praktis balik khat thuluth ni. antara hasil kerja aku :
boleh baca tak apa yang aku tulis tu..?
yang ni, cop mohor nama aku. dah macam cacamarba je..
Sepatutnya, untuk tingkatan 4, kami akan belajar khat
diwani. Tapi, tak tau kenapa, masa tu subjek pendidikan seni khat dimansuhkan. Mungkin
sebab tak ada tenaga pengajar yang berpengalaman kot. so, tak sempat la aku nak 'berguru' untuk tulisan ni.
sumber [3]
Khat diwani ini mula terkenal setelah Konstantinopel
(Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 857H. Tulisan ini
berbentuk condng ke kiri, lembut, bundar dan melengkung,
bersusun,bertindih-tindih dan tidak berbaris. Tujuan tulisan ini dicipta ialah
untuk menulis surat rasmi, keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan. Kini
ia banyak digunakan untuk menulis sijil, watikah dan tulisan hias.[1]
Antara khat-khat lain yang popular termasuklah :
Khat Kufi
sumber [3]
Khat farisi
sumber [3]
sumber :
[4] Firdaus Mahadi : Islamic Calligraphy [5] Khatcalligraphy : pengenalan khat riq'ah
[6] forum seni khat : hadith-1 (khat thuluth)
maa'ssalamah,
Pha is
18 Comments
KY minat tau dengan tulisan khat ni, selalu prektif, tapi masih tak cantik2 jugak tulisan KY haaaa...
ReplyDeletex pe.. practice make perfect... heheh
Deletecantiklah tulisan awk :)
ReplyDeletewww.suriaqistina.blogspot.com
www.buluhvoice.blogspot.com
thanks...
Deletesaya minat tulisa khat ni..tp dulu x de pon subjek ni kat skolah....pepandai sndiri beli buku buat sndiri...form 5 dpt masuk peringkat daerah tp dpt no 2 je...tp ok la sbb kalah dengan budak sekolah agama yg mmg dah tau seni khat ni... :) neway cantik tulisan awak...
ReplyDeletepergh.. siap dapat no. 2 lagi... tahniah...
Deletelama tak tulis khat nie..
ReplyDeletesama la.. dah lama dah tinggal. bila nk tulis balik, agak kekok.. hehe
Deletenak tempah boleh dak heheh :)
ReplyDeleteala, hafiz pon belajar jugak.. suruh la dia buat. hehehe
Deletedia bekira 'qiang' sobb sobb
Deletehahahaha.... dia malu nk tunjukkan skill dia la tuh.. hehehe
Deletecantik...
ReplyDelete(n_n)
Deleteaku pernah masuk 2x khat ni sekolah dulu,,pakai khat nasakh,,dapat nmbo 4 jek,ahahaha
ReplyDeletepergh.. jadi la tuh.. hehehe
Deleteassalamualaikum tuan. sy mohon izin utk kongsi tulisan khat tuan utk buat BBM dalam kelas.
ReplyDeleteSila
Delete