Tutorial | watermark "HBP style"

tetiba dapat satu komen dari saudari Sayidah Nafisah Ruslan. berkenaan watermark 'Hikayat Budak Pening' (HBP).







mula-mula, blur jugak aku, tulisan apa yg dimaksudkan. mungkin watermark gambar aku kot. contohnya macam dalam gambar ni:


so, atas permintaan cik Sayidah Nafisah Ruslan, aku pon buat la tutorial ni. watermark tu sebenarnya dibuat dengan menggunakan photoshop. rasanya version yg mana pon boleh. aku pakai photoshop CS4 je (latest CS6). stepnya :

1. pilih gambar, open dengan photoshop.
2. kemuadian klik "horizontal type tool".

3. tulis apa yg korang nak tulis. contohnya, "hikayat budak pening". tulisan, saiz dan sebagainya, boleh edit sendiri ikut kehendak hati.
4. bila dah okay, klik "magic wand tool".

5. klik kat mana-mana tempat dalam gambar. (jangan klik tulisan). pastikan tulisan tu ada garis putus-putus macam ni. PERHATIAN : jika ada huruf yang 'berlubang' (contoh huruf 'O, A, D, dan sebagainya), kena klik jugak dalam lubang tu. sebab tu aku guna font "stencil' sbb font tu tak kan ada huruf berlubang yg tertutup.

6.klik SELECT > INVERSE (atau shortcut CTRL + SHIFT + I).
7. klik layer background, kemudian tekan CTRL + J.

8. klik kat lambang mata kat tepi layer tulisan tadi supaya tulisan tu hilang.

9. double klik layer "layer 1". a) pilih "drop shadow".  b) edit "distance, spread, dan size" sampai nampak bayang-bayang tulisan tu jadi macam gambar kat bawah ni. (c)

10 .  klik "stroke", edit "size" dan "opacity" sampai berkenan dihati.bila dah setel, klik "OK"


kalau nk diikutkan, macam ni pon dah dikira siap. cuma, nak bagi nampak 'pro' sikit (kononnya), aku buat spaya tulisan tu berada kat belakang kepala senior aku tu. perasan tak?


untuk yang ni, caranya:

1. klik "pen tool"

2. klik kat bucu topi, sampai jadi macam dalam gambar kat bawah ni.

3. right click kat gambar, pilih "make selection". pastikan "feather radius" = 0 pixel. then,  klik OK.

4. klik pada layer "background". lepas tu tekan CTRL + J. pastikan lepas tu ada layer baru diatas layer background.
5. drag layer baru tu ke bahagian atas sekali.

6. siap. dan boleh save.




sory la kalau tutorial ni agak kelam kabut sikit. rasanya ni first time buat tutorial photoshop. kalau tak faham macam mana, boleh tanya kat komen. nanti aku try jawab setakat yang mampu.. (n_n)


maa'ssalamah,

Pha is

Post a Comment

5 Comments

  1. ooh.gitu.hehe.ok la tu.

    ReplyDelete
  2. wahhh, da buat tutorial :)

    ReplyDelete
  3. KY guna photoscape je, tapi tak banyak pilihan tulisan, laptop KY tak dapat nak downlord photoshop, tak tau kenapa..

    ReplyDelete
  4. haha menarik ni..nk try la hehe...tutorial terbaik ni :)

    ReplyDelete
  5. tq!!! saya dah berjaya buat dah.. happy giler! sumpah.. hehe

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)