PG13
Masa aku berumur lingkungan 5 tahun, apa yang aku tahu,
malam jumaat selalunya digambarkan sebagai malam keramat. Malam yang penuh
mistik. Malam dimana hantu jembalang keluar menjelmakan diri.
Malam tersebut, kami cukup takut melalui kawasan-kawasan
yang telah dikenal-pasti sebagai tempat yang ‘keras’. Selalunya tempat-tempat yang ada busut,
tanah perkuburan dan pokok buluh.
* * * * *
Selain tu, malam jumaat juga beerti malam teghebey
(lastik) cicak. Kata orang tua-tua, kalau dapat bunuh cicak malam jumaat dapat
pahala. Katanya, cicak jahat. Cicak buat bunyi masa nabi Muhammad s.a.w sembunyi
di gua hira’ dan cicak juga tolong tiupkan api semasa nabi Ibrahim dibakar.
Daripada Sanibah
Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui Aisyah r.a di dalam rumahnya lalu
beliau melihat di dalam rumah Aisyah r.a ada lembing, lalu ditanya tentangnya:
“Wahai umm
al-mukminin, apa yang anda lakukan dengan lembing ini?”
Jawab Aisyah r.a
“Kami gunakannya
untuk membunuh cicak-cicak, kerana Rasulullah s.a.w menceritakan kepada kami,
Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, tiada binatang melata di muka bumi
semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (memarakkan
api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Rasulullah s.a.w menyuruh kami membunuhnya.”
(H.R Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah
r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda
“Sesiapa yang
membunuh cicak dengan sekali pukulan ditulis baginya 100 kebajikan, dan
membunuhnya dengan dua kali pukulan ditulis baginya kebajikan kurang dari yang
pertama, dan membunuhnya dengan tiga kali pukulan, kebajikannya kurang dari
yang kedua.”
(H.R Muslim)
Bila aku berumur 7 tahun, malam jumaat bererti malam baca
yaasin. Selesai solat maghrib berjemaah di surau, ikut orang surau baca surah
Yaasin. Baca ramai-ramai. Tak reti pon tak apa, yang penting, lepas solat isyak
nanti, ada makan-makan.
Masa aku berumur 13 tahun di surau asrama sekolah
menengah, malam jumaat masih lagi baca Yaasin. Cuma kadang-kadang baca surah
Al-Kahfi. Ustaz kata, baca surah Al-Kahfi malam jumaat lebih afdhal. Tapi kami lebih
sukakan Yaasin, sebab surah Yaasin 3 helai je, surah Al-Kahfi sampai 6 helai.
Malam jumaat, satu malam yang ada pelbagai makna. Contohnya,
bagi yang dah kahwin, malam jumaat ada maksud dan agenda lain pulak.
Hmm.. apa lagi yang ada pada malam jumaat?
Maa’ssalamah,
Pha
is
24 Comments
Malam jumaat ada slot cerita hantu kat Tv
ReplyDeletetu la.. malam jumaat je, citer hantu...
Deletemasa kecik2 dl mmg malam jumaat ni malam dikatakan hantu kuar ala2 hari senja. haha.. seram gak bila jalan pada malam jumaat.
ReplyDeleteada yang mengatakan malam jumaat merujuk kepada malam hari khamis namun, ada juga yang mengatakan malam jumaat keliwon merujuk kepada malam hari jumaat. apa pndgn bro?
bab keliwon2 ni, tak pandai la bro... pestime dgr pon bila tengok citer keliwon kat tv3 tu... tu pon tak tengok sgt. so, x tau hujung pangkal...
DeleteKY masa kecik2 dulu pun macam tu jugak, selalu diberitahu tentang amalan2 malam jumaat, yg paling popularlah, mengaji, seperti surah2 yg tertulis kat atas tu,
ReplyDeletemalam jumaat ni malam penghulu segala hari.. baca apa pon bagus..
Deletekalau malam jumaat waktu nak ambik PMR dulu,tiap2 malam mak ajak pi umah2 jiran,baca yasin..kena paksa kot..hehehe..masa duduk hostel,malam jumaat la time nak tengok cita hantu..tak pun ronda2 1 sekolah..best kot..hehehe
ReplyDeletemlm jumaat ronda skolah..? cari apa? hantu? hehe
DeleteSexy time with Bini!
ReplyDeletele wild comment appear..
Deleteme gusta..!!!
heheh
Malam Jumaat..emmm...pening nak pikiaq,apa lgi ye amalan mlm Jumaat.semua depa dah habaq.
ReplyDeletemana la tau kot2 ada lagi..
Deletesampai kebawah mcm lain pulak ceritanya ye.. hehehe.. follow sini..
ReplyDeleteidea asalnya just nk cakap pasal yg kat bawah tu je... bila dikembangkan, gini le jadinya... hehehe
Deletemalam Jumaat je mesti lain macam takutnye.. hari lain tak pulak.. ;)
ReplyDeletepulak.. ni mesti sbb dah terpengaruh dgn citer2 seram malam jumaat.. hehehe
Deletemalam jumaat adalah malam paling busy nak siapkan assignment untuk dihantar esok tu. haha
ReplyDeletepaham2... ari jumaat dah last dateline.. kes buat keje last2 minit la ni.. heheheh
Deletekecik-kecik dulu memang syok lah lestik cicak...walaupun tak pernah dapat...-__-"
ReplyDeletesama la.. kdg2 je dapat... yg lian mcm tembak dinding je.. eheheh
Deletebagi saya malam jumaat ade mega movie kat tv3.. best kalau tengok dengan family.. hehehe
ReplyDeletemega movie tu jumaat mlm kan? bukannya malam jumaat.. ni citer pasal khamis mlm jumaat.. hehehe
Deletepenghulu segala hari yang jarang kita ambil peduli...sedangkan hari Jumaat banyak kelebihan yang diberi Ilahi
ReplyDeleteyup.. salam jumaaat...
Delete