Baru sahaja selesai keluar minum dengan seorang member
lama, si Faruk (bukan nama sebenar) Member satu sekolah menengah. Sekadar bertanya
khabar dan mengimbau kenangan lama. Nak jumpa pun setahun sekali. Bila dah
jumpa, macam-macam yang dibualkan.
Antaranya topic yang hangat dibincangkan, dilemma seorang
bekas pelajar sekolah agama yang tak mahu dikenali sebagai ‘budak agama’ di
universiti. Maklumlah, kami berdua datang dari SMKA, dari sekolah yang berlatar
belakangkan agama. Sedikit sebanyak, tempias tetap ada bila masuk ke menara
gading.
Ada sesetengah dari kalangan kami yang seboleh-bolehnya
tak mahu ‘sejarah silam’ kami diketahui rakan-rakan university. Bukannya apa, Cuma
takut expectation orang jadi tinggi.
Aku sendiri pernah mengalami perkara ni. contohnya, masa
kat matrikulasi dulu, aku pernah diberi tazkirah ‘personally’ oleh seorang
muslimah yang agak wara’ hanya kerana sikap aku waktu tu yang katanya langsung
tak mencerminkan seorang bekas pelajar sekolah agama. Untuk cerita lanjut,
boleh baca di SINI.
Member aku si Faruk ni pon dahulu boleh tahan orangnya. Salah
seorang ahli majlis syura[1] masa kami tingkatan satu. semasa tingkatan 4, beliau manjadi ahli BTP[2] lujnah perhubungan. Aku mula
kenal beliau pun masa pertandingan tilawah Al-quran masa kami darjah enam.
(kebetulan kedua-dua sekolah rendah kami dalam satu kelompok yang sama)
Kini, beliau dan aku lebih suka dianggap normal student
with a normal life. Dalam perbualan kami, sempat juga Faruk ceritakan apa yang
terjadi kepada beliau tika mana ‘rahsianya’ terbongkar.
Tapi, walau macam mana ‘Nakal’ sekalipun, sekolah tetap
dirindui. Rancangannya, minggu depan beliau nak ajak aku melawat sekolah. Melawat
asrama sebelum semester baru U bermula. Katanya, rindu nak jumpa ustaz Suhardi,
rindu nak berjemaah di surau asrama. Alhamdulillah...
Nota Kaki:
[1] Majlis Syura (dalam konteks ayat) : sebuah jawatankuasa tak rasmi di asrama sekolah aku yang bertanggung jawab dalam sesebuah batch di asrama yang ahlinya terdiri dari kalangan batch itu sendiri. contohnya, 'Majlis Syura Tingkatan 1'.
Pha is
26 Comments
ustaz suhardi??? wah,nama nak serupa tapi x semacam..^_^..( mood hepi )...hehehehe
ReplyDeleteknapa? nama nk sama ka? hehehe
Deleteke-happy-an terserlah.. hehehe
Ahadulillah...KY pun selalu lalu depan sekolah lama, rindu nak g sekolah lagi hiih
ReplyDeleteapa lagi.. terjah la.. hehehe
Deletesaya memang tak suka dikenali sebagai budak sekolah agama. tapi saya suka kongsi benda2 agama yang pernah saya belajar.
ReplyDeletesaya taknak satu hari nanti, bila saya ada buat sedikit silap, orang akan kata, eh namanya sekolah agama maahad pulak tu tapi perangai mengalahkan syaitan.. saya tak suka. jadi saya buat seperti biasa saja :)
ha ah.. btol3...
Deleteeh, sayidah bdk skolah agama jugak ke..? hehehe
mind set kebanyakan org ni bila kita ckp je sekolah agama mest fikir owh dia ni nanti nk jadi ustaz/ustazah la kan. then kalau silap je org mula mencemuh, so baik jadi biasa2 je kan.. setuju jgk dgn kwn mu itu =)
ReplyDeletehmm.. tu la... expectation tinggi sgt..
Delete
ReplyDeletebesar peranan ex-skolah agama sbenarnya. n paling obvious kalau masuk matrikulasi.
bila kenal orang baru, benda first yg depa nak tau is "dulu skolah agama or bukan"
lastly akan end up dengan expectations yg entah apa-apa.
time tu baru sedar, besarnya peranan kalau belajar agama lebih sikit. dalam masyarakat umumnya..dalam tempat belajar khususnya.
anyway, mashoorian. hidup almashoor ^^
ya, hidop al-mashoor..!!!
Deleteyup.. i just want to live a normal life without new person know my school history..
ReplyDeleteamboi.. tak terlalu secretive ke..? hehehe
Deletekita ada sebab kita yang tersendiri.. jadi tak perlu rasa risau..
ReplyDeleteyup.. btol2.. tak risau pon.. hehehe
DeleteApa2 pon... Setiap manusia pasti ada kenangan ia tersendiri... ^_^
ReplyDeletekenangan dan sejarah silam.. heehe
DeleteApa salahnya kalau dipandang tinggi,lebih baik apa drp dipandang rendah. itulah balasan cerdik pandai agama, di dunia pon Allah dah bg kelebihan.
ReplyDeletemasalahnya kak, kita ni tak pandai agama mana pon.. biasa2 je.. lagipon, kalau buat silap sikit, di mata org, mcm dah buat kesalahan besar... tu yg susah sikit tu.. hehehe
Deletehmmm yuyu pon student yg mempunyai latar belakang agama..
ReplyDeleteAlhamdulillah... mcm mana life? pnah terperangkap dalam kes kat atas x? hehee
Deletessah kan bila org dh ltak expectation yg tinggi kt kita
ReplyDeleteha ah... rimas.... hehehe
Deletehahahaha....malu FAROQ ang 2 wei.....
ReplyDeletebiaq pi kat dia la.. hahahha
Deletemcm tu jugak ex mrsm . semua org ingat bijak belake..padahal blur2 alang gak..sadis tul...
ReplyDeletehahahaha... biasa la... expectation...
Delete