kisah Ramadhan | quran melayu

Sepertimana yang diceritakan oleh kawan saya, Zul, bahawa kawannya Ali (bukan nama sebenar) pernah didatangi oleh seorang “pak cik” dalam bulan Ramadhan. Berikut antara perbualan yang berlaku.



Pak cik : Asssalamualaikum.

Ali : waalaikumussalam.

Pak cik : saya nak Tanya, adik ni puasa tak

Ali : puasa. Kenapa?

Pak cik : adik tau tak kenapa adik kena puasa?

Ali : err.... sebab agama suruh? (dengan ragu-ragu)

Pak cik : tu la... adik tau tak yang sebenarnya adik ni tak perlu puasa.

Ali : betol ke pak cik?

Pak cik : betol. Kita ni orang melayu. Buat apa nak ikut Al-quran yang dalam bahasa arab? Alquran tu untuk orang arab. Ni dia alquran bahasa melayu, untuk orang melayu. (sambil mengeluarkan sebuah buku yang dibalut dengan kertas mickey mouse – kata empunya cerita) Dalam “alquran” ni dah cakap dah yang orang melayu tak perlu puasa.



Mulanya, Ali seakan-akan hampir percaya dengan kata-kata pak cik tu. Mungkin sebab kekurangan pengetahuan asas dalam islam. Tapi, nasib baik dia cepat-cepat Tanya kawan saya si Zul ni. Sempat Zul menjelaskan perkara ini, berdasarkan ilmu yang dia pelajari.



Firman Allah Taala : 



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah, 2 : 183)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah, 2 : 185)

Pha is

Post a Comment

14 Comments

  1. agama ini, harus terus belajar, agar kita tak akan terpesong dari landasan, yang penting kena berguru dengan orang yang benar2 memahami islam...takut jugakan, jadi macam tu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. skrg ni mcm2 hal yg boleh pesongkan aqidah..

      Delete
  2. pakcik tu mesti adik kepada ayah pin.. hehe

    ReplyDelete
  3. nasib baik dia panjang akal nak tanya pada yang lebih pandai bab agama, kalau tak terpesong lagi la sorang umat Islam..=.=!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. selamat akidah seorang muslim...

      Delete
  4. Bila baca citer ni, takut pulak perkara sebegini terjadi pd anak2/adik2/sedara mara kita kan. Nauzubillah...

    ReplyDelete
  5. bersyukur dia tak cepat melatah dan mudah percaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... mcm2 dugaan skrg ni.. tmbah2 bulan puasa...

      Delete
  6. huishhh banyaknye anasir2 nak rosakkan Islam... :(

    ReplyDelete
  7. Macam-macam.. aku pun ada seorang kawan yang marah Majlis Agama Islam tangkap orang tak puasa.. dia kata puasa tanggungjawab individu.. masalahnya Majlis Agama tangkap orang yang 'mencemar' dan 'tidak menghormati' bulan puasa.. tapi aku diam je lah,, malas nak bertekak dengan orang macam ni.. - Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. agak keras ayat tuh.. hahaha...
      memang puasa tanggung jawab individu, tapi tanggung jawab mencegah kemungkaran pada semua orang.

      nabi kata, sesiapa yg lihat kemungkaran kena cegah dengan tangan (dengan kuasa bagi yg berkuasa), kalau tak mampu, dengan lisan (nasihat). kalau tak mampu jugak, dengan hati (membenci kemungkaran). adapun cegah dengan hati tu adalah selemah-lemah iman.

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)