PENDAFTARAN KURSUS SEMASA
CUTI PANJANG (KSCP)
SIDANG AKADEMIK 2011/2012
1. Jadual Aktiviti KSCP,
S.A. 2011/2012
Tempoh Mengajar &
Pembelajaran : 23/7/2012 (Isnin) - 3/8/2012 (Jumaat)
Peperiksaan : 7/8/2012
(Selasa) - 10/8/2012 (Jumaat)
2. Tarikh dan Tempat
Pendaftaran Kursus
Pelajar yang terlibat
perlu mendaftar kursus secara “online” pada 25 – 26 Julai 2012 (Rabu dan
Khamis) di Pusat Pengajian masing-masing.
3. Senarai Kursus Yang
Ditawarkan
Pelajar perlu menghubungi
Pusat Pengajian/Pusat yang berkenaan untuk menyemak dan mendapatkan pengesahan
senarai kursus yang akan ditawarkan sebelum tarikh pendaftaran kursus.
4. Asas &
Syarat-Syarat Kelayakan Pelajar Mengikuti KSCP
(a). Keputusan peperiksaan
“Provisional” Semester 2, S.A. 2011/2012 boleh/akan diguna pakai bagi tujuan
pendaftaran kursus KSCP ini.
(b). Pelajar adalah layak
mengikuti KSCP dengan syarat telah gagal (gred F) di dalam kursus berkenaan
terlebih dahulu.
(c). Pelajar yang
memperolehi gred ‘DK’ dibenarkan mengikuti KSCP. Pelajar yang mendapat
keputusan ‘C-’, ‘D+’, ‘D’, ‘D-’ juga boleh mengulangi kursus semasa KSCP.
(d). Pelajar yang
memperolehi gred ‘F*’ dan ‘X’ tidak dibenarkan mengikuti KSCP.
(e). Pelajar yang terlibat
dalam latihan-latihan industri/mengajar/amali tidak dibenarkan mengikuti KSCP.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, Dekan boleh membenarkan pelajar
yang mengikuti latihan-latihan industri/mengajar/amali untuk mengikuti KSCP.
* Sila ambil perhatian
bahawa pelajar yang telah disahkan layak berijazah selepas pertimbangan
keputusan peperiksaan Semester 2 adalah tidak layak lagi mengulangi mana-mana
kursusnya semasa fasa KSCP.
5. Syarat-Syarat
Pendaftaran Kursus
(a). Pelajar yang ingin
mengikuti KSCP wajib mendaftar kursus di Pusat Pengajian masing-masing.
(b). Pelajar dibenarkan
mendaftar maksimum 3 kursus dan tidak melebihi 10 unit. Walau bagaimanapun,
dalam keadaan tertentu, Dekan Pusat Pengajian boleh membenarkan pelajar
mendaftar lebih daripada unit tersebut.
(c). Pelajar yang
mengikuti KSCP tidak dibenarkan menambah ataupun menggugur kursus selepas
minggu pertama.
6. Pelajar Tahun Akhir
(a). Pelajar di tahun
akhir yang perlu mengikuti KSCP bagi tujuan pengijazahan perlu menghubungi
segera Pusat Pengajian masing-masing supaya kursus-kursus yang perlu ditawarkan
dapat dikenalpasti dengan segera.
(b). Pelajar tahun akhir
yang telah memenuhi semua syarat pengijazahannya dan selanjutnya disahkan layak
berijazah oleh Universiti selepas pertimbangan keputusan peperiksaan Semester
2, S.A. 2011/2012 adalah tidak layak lagi mengikuti KSCP.
7. Keputusan Peperiksaan
Semester 2, S.A. 2011/2012
Keputusan peperiksaan
“Provisional” (lulus/gagal) dijangka akan diumumkan pada 17 Julai 2012 manakala
keputusan Rasmi (bergred) pada 31 Julai 2012 melalui perkhidmatan berikut :-
(a). TeleAkademik
- Dail 600-83-7899
(b). Sistem Pesanan
Ringkas (SMS)
i. Taipkan :
USM<>jarak<>RESULT<>jarak<>No.
Kad Pengenalan Pelajar<>jarak<>Angka Giliran>
ii. Dan hantar ke 15888
( Contohnya = USM RESULT 760230075685
45687 )
(c). Portal “Campus
Online” USM (campusonline.usm.my)
8. Keputusan Peperiksaan
KSCP, S.A. 2011/2012
Keputusan dijangka akan
diumumkan pada 6 September 2012, juga melalui perkhidmatan-perkhidmatan yang
dinyatakan dalam perkara 7.
Tarikh luput : 7 September
2012
0 Comments