Naluri seorang ibu


Tatkala aku melangkah ke dalam rumah seusai dari solat maghrib berjemaah di surau, kulihat mak masih di tikar sejadah. Belum sudah wiridnya. Diratibnya dengan penuh khusyuk, sehinggakan tak sedar aku sudah masuk ke dalam rumah. Tanpa menghiraukan mak, lantas Kopiah putih di yang sedari tadi melekat teguh di atas kepala kuletakkan di atas meja sambil kurebahkah diri di atas sofa lama. Sofa peninggalan arwah tok wan.

“ha, dah balik?” soal mak tatkala keluar dari bilik beberapa minit kemudian.

“ya, mak. balik sat. Kat surau tak ada apa-apa pon antara maghrib isyak.” Jawabku.

“hmm.. malam ni memang tak dak apa-apa. Esok malam kalau tak silap ada orang baca kitab. “ balas mak. “tadi, hang jadi imam ka?” soal mak kembali.

“ha ah.” Jawabku ringkas.

“patutla. Tadi macam mak dengaq suara hang jadi imam.” Kata emak.

“yer ke mak? anim tak dengaq pon!” tiba-tiba adikku menyampuk.

“eh, ada la. tadi mak dengaq.”

“er... tapi mak, tadi cek jadi imam kat surau tak pakai mikrofon  pon.”

“kalau macam tu, perasaan mak je kot”. Jawab mak. lemah.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  ** * * * * * * * *  *

Sememangnya, kalau aku lapar, aku tak boleh tidur. Kulihat jam sudah pun pukul 4 pagi. Mata aku pun sudah kian memberat. Tapi, perut aku tak henti-henti meronta minta untuk diisi. Serba salah aku. Kalau di USM, sudah lama aku keluar cari nasi kandar 24 jam.

Tapi, sekarang ni, aku dirumah, bukan di USM. Malas pulak rasanya nak keluar. Kedai nasi kandar kat sini bukannya dekat. Nak masak di dapur pon aku rasa malas. Lantas, kubuka laptop, tengok filem yang masih berbaki dalam external hard drive sampai subuh. Esok pagi, aku makan je la apa yang mak aku masak untuk sarapan.

Selepas subuh, tepat jam 7 pagi, aku ke dapur dengan perut yang meronta kelaparan. Kulihat mak sudah ada di situ. Kalut benar mak. Masak air, pukul telur, dan sebagainya. Bila mak nampak kelibat aku, belum sempat aku menyapa, mak terus bersuara.

“sat sat. Mak nak buat cucoq. Sat lagi siap la.”  

Terpana dan terkesima aku sebentar. Mak ni macam tau-tau je yang aku ni tengah lapar menggila.

“bawang lebih ye mak.”

“kalau nak lebih, ambik bawang dalam raga tu, potong sendiri banyak mana mau.”

Maka memotong lah daku akan bawang-bawang itu sehingga menitis air mataku di pagi yang hening itu... 





Pha is

Post a Comment

32 Comments

  1. Salam.

    Memang macam tu. Mak boleh rasa apa yang kita rahsiakan. Cumanya, dia tak mahu suarakan.

    ReplyDelete
  2. Mak boleh dengar isi hati kita. maklumlah, 9bulan lebih dalam kandungan tuh pha is. Ikatan istimewa antara ibu anak bro. Hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuasa Allah, ada pertalian yg istimewa antara ibu dan anak..

      Delete
  3. mother-son/daughter is indeed special..smpai skrg aku masih tak paham kenapa ada yg snggup buang mak pak depa merata2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. tu la... dunia di akhir zaman ni mmg pelik2.. bila ibu melahirkan tuan, bak kata nabi...

      Delete
  4. kasih ke ibu sampai ke syurga...

    ReplyDelete
  5. naluri ibu mmg syahdu kan. kadang2 kalau kita tengah sedih tgh malam pun, mak boleh tau dan kol malam tu jugak. hbtnya ibu. tak sabar nak jd ibu. hahahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. kalau tak sabar, cepat la kawen.. heheh

      Delete
  6. Sejuk ati baca entri pha is kali neh, baiknye anak mak.

    ReplyDelete
  7. yelah.. mak yg mengandung, melahirkan, menjaga & mendidik kita.. darah yg mengalir tu milik mereka, tentunya naluri ibu tu tak dapat disingkirkan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... ada ikatan yg kuat antara ibu dan anak...

      Delete
  8. naluri mak memang kuat...siap boleh tau kita nangis ka dak...tengok pipi ja,trus mak agak 'dah nangis anak pempuan sorang nie'...hahaha...semalam km ada tengok anak sedara tido...comel sangat2 dan terdetik dekat hati nak jadi seorng 'ibu'...hahahaha...layakkah aku????

    ReplyDelete
    Replies
    1. mknanya dah sampai seru la tu.. cpat2 la kawen dan cepat2 la dapat anak, baru dapat merasa nk jadi ibu.. hehehe...

      insyaAllah, layak or tak, kita boleh usaha, selebihnya, itu kerja Dia untuk menentukan...

      Delete
  9. biasela tuh,,naluri mak tau ,, ke kalau ko nak kawen dah mak ko mesti tau,ahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. dia dah kata siap2, kalau nk suruh mak carikan, dia dah ada calon.. hehehe

      Delete
  10. kalau kita sorok jauh mana pun, dah kata nama nya ibu, dia tetap akn rasa jugak.. :)

    ReplyDelete
  11. itulah naluri seorang ibu yang sayangkan anaknya...hihi

    ReplyDelete
  12. teringat dak Kakak dengan dak Adik.. camanelah dorang nanti bila ibunya ni dah start keje nanti..

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)