Baru-baru ni, aku pi
kenduri kahwin saudara-mara jauh. Hanya aku dan pak ngah sahaja golongan lelaki
yang pergi kenduri. Selebihnya adik perempuan aku, mak, dan juga mak ngah. Yang
perempuan makan di khemah perempuan, manakala aku dan pak ngah makan di khemah
lelaki.
Sekarang ni, susah nak
jumpa kenduri yang memisahkan khemah antara lelaki dan perempuan. Ingat lagi
aku tatkala kenduri kahwin kakakku yang bongsu dan kenduri kahwin mak cik aku sekitar
awal tahun 90-an dulu. Masa itu, khemah tempat makan dibahagikan kepada dua. Untuk
lelaki dan perempuan. Tiada percampuran.
Tambah lagi, kalau dahulu
makan kenduri jenis ‘berhidang’. Masuk khemah, duduk sahaja. Nanti ada sahaja
orang yang datang hidangkan. Kalau sekarang, trend-nya buffet. Nasi dan lauk
ambil sendiri. Cedok sendiri banyak mana yang nak.
Makanan pulak, kalau
dahulu masak sendiri. Gotong royong sesama ahli kampung. Sekali kenduri, ‘tumbang’
lembu 2-3 ekor. Sama-sama lapah, sama-sama masak. Lauk pon tak banyak beza. Nasi
kawah, gulai pesamah dan air asam. Sekarang ni, pakai catering sahaja. Senang dan
mudah.
Cuma satu yang tak pernah
berubah. Pergi kenduri, cari tuan rumah, salam ‘berisi’.
Pha is
20 Comments
salam 'berisi'.
ReplyDeleteheehe. faham-2 :D
Tapi betul lah, sekarang pakai cater je. Dah tak main rewang panggil orang kampun reramai -,-
mmg lebih mudah... cuma kurang semangat maufakat je la.. hehehe
Deleteyang satu tu memang tak berubah heeee
ReplyDeleterasanyakan, kenduri dulu lebih meriah, tapi itulah, masa ke depan macam apa org cakap ..lebih canggih, lebih memberi kesenangan
betol2... lebih memudahkan...
Deletepernah sekali pergi kenduri, khemah lelaki dan perempuan diasingkan.. ;)
ReplyDeletepsstt: kenduri dak Nuha nanti akan dibuat secara gotong-royong.. ada rewang.. mesti meriah.. ;)
amboi kak, awalnya rancang utk dak nuha tuh... saya yg dah 22 ni pon tak rancang apa2 lagi... hehehe
Deletekenduri kahwin la nie menakutkan...tau dak sebab apa? khemah lelaki dgn perempuan dah jadi satu...adoyai...
ReplyDeletemenakutkan? macam mana tuh? heheh
Deletetime saya kawen tahun lepas masih amalkan gotong royong cuma tak da sistem berhidang... buffet jugak.. yang lain2 tu masih dikekalkan.. :) apapun yang paling penting kena kekalkan keIslaman sesebuah majlis tu :)
ReplyDeletebetol2.. apa guna ikut budaya kalau melawan agama... hehehe
Deletehoho..mish rasa time mish nanti kena wat catering je kot...hehe..tapi tang makan asing2 tu setuju sangat2. xbest pegi kenduri yg cmpur laki pmpuan. nak tambah nasik pun segan. hahahahahhahaha
ReplyDeleteHAHAHAHA... alasan yg paling bernas yg pnah dengar..
Deletehat salam berisi tu, amik buat bayaq kat tukang masak tu la bila dah hbis kenduri nya kuikui :P
ReplyDeletehahaha.. boleh jadi jugak...
Deletebila nak merasa kenduri tuan blog neh?muahaha
ReplyDeletetuan blog ni blom ada calon.. cik mai tu yg dah ada calon, cpat2 la buat kenduri.. hehehe...
DeleteSalam.
ReplyDeleteSo far, kenduri rumah saya masih cara lama. Lagipun, orang Jawa memang ada "rewang". Hehe. Salam berisi- orang Jawa panggil "becek".
becek? hahaha.. pestime dengar..
DeleteSkrg ni mmg ramai ske katering. Dah hilang dah gotong-royong, hilang dah gelak ketawa makcik2 bungkus nasi pulut. Jika dulu, malam sebelum majlis mmg sibuk dgn persiapan makanan. haha..
ReplyDeleteha ah... kak aku kawen dulu, 3 malam rumah aku meriah suara org gotong royong.. hehehe
Delete