19 julai 2012
Pagi itu, aku bangun
dengan sedikit pening kepala. Berdenyut-denyut rasanya. Tak cukup dengan itu,
pagi itu sahaja, aku ke jamban dua kali. Rupanya cirit semalam belum reda. Memulas-mulas
perut rasanya.
Kucapai henset di atas
meja. Tiada miscall dan tiada mesej yang masuk. Hanya terpapar di skrin henset tarikh
hari ini. 19 julai 2012. Inilah hari yang sangat-sangat aku tunggu sejak
setahun yang lalu. ya, hampir setahun aku menunggu detik ini. Sejak aku terbaca satu artikel dalam laman Wikipedia tahun
lepas. Inilah harinya. Hari dimana filem “Dark Knight Rises” mula ditayangkan
di pawagam.
Tapi, kepala aku masih
berdenyut dan perutku pula masih memulas. Namun, semua itu sama sekali tidak
mematahkan semangat aku untuk menghayati filem batman kegemaran aku. Lantas,
berbekalkan dua biji panadol dan sekotak pil “chi kit teck aun”, aku meluncur
laju ke Quensbay Mall dengan motosikal ultimo aku.
Setelah 40 minit
perjalanan, aku tiba di pusat beli-belah yang terpanjang di Asia Tenggara itu
sekitar jam 3.10 petang. Saat itu, sebenarnya pertama kali dalam hidup aku
membeli tiket panggung wayang sendiri. Sebelum ini, kawan aku yang tolong belikan.
Agak nervous, tapi Dark Knight Rises punya pasal, aku sanggup buat apa sahaja.
Akhirnya aku masuk ke "teater hall 1" jam 3.30 petang. Seterusnya, selama 3 jam aku disitu. 3 jam yang
paling bermakna buat aku, hingga kadang-kala membuatkan bulu roma aku meremang.
Jalan ceritanya dapat kuhayati dengan mudah kerana semalam, sudah aku ulang
tengok filem ‘batman begins’ dan ‘dark knight’.
Tiba-tiba, aku terdengar
bisikan beberapa penonton yang berada di sebelah. “eh, dia ni sapa pulak?”
“Entah.” Jawab yang
seorang lagi.
Lantas, dengan bangganya,
aku mencelah. “dia ni la Ra's Al Ghur, ketua Leage of Shadow. Orang jahat dalam
cerita batman begin”
“owh...”
p/s 1 : aku tak boleh bagi rating, nnti akan bias sebab aku suka sangat2 cerita batman. kalau markah persepuluh, aku bagi 11. kalau bintang, aku bagi 6 dari 5 bintang. kalau peratus, aku bagi 120%. see...!!! aku akan bias, kan? hehehe...
p/s 2 : aku kena tengok awal2. nanti dah masuk bulan ramadhan. dalam bulan lain, sekali sekala tak pe. dalam bulan ramadhan kena kurangkan benda lagho... astaghfirullahal a'zim....
p/s 2 : aku kena tengok awal2. nanti dah masuk bulan ramadhan. dalam bulan lain, sekali sekala tak pe. dalam bulan ramadhan kena kurangkan benda lagho... astaghfirullahal a'zim....
Pha is
9 Comments
wah.. bagus2. Bila dah baca post ko ni, saya pun nak tengok dengan segera citer ni. hahaha.. peminat batman jua.
ReplyDeletebagus2.. hehehe
Deletehehe, xpenah tengok cite batman.. ;)
ReplyDeleteala... ruginya.. hehehe
Deleteinsha allah saya nak tengok esok.. hehe
ReplyDeleteaku xfollow dr dulu cite ni,, time tgk asyik tanye jek,ahahah dhla lame weh
ReplyDeletehahahah... best dowh...
Deleteweh best x cite ni??/wuaaa...nk tenok nk tenok......
ReplyDeletetobat best.. hehehe
Delete