aku dan budak-budak


Di rumah aku, tak pernah lengang dari suara budak-budak. Ada sahaja suara budak-budak berlari, menangis, dan sebagainya. Itu lah pekerjaan tetap mak aku sekarang. Mengasuh budak. Dari yang umur beberapa bulan, sehinggalah ke budak tadika.

Kalau cuti semester, ada jugak adik-adik aku tolong mak aku. Tolong mandikan, bancuh susu, dan tolong ‘bermain’ dengan budak-budak tu. Tapi, aku tak rapat sangat dengan budak-budak tu. Bukan sebab aku tak suka budak-budak. Cuma mak aku yang suruh aku buat macam tuh.

Kata mak aku, kalau aku ada kat rumah, semua budak-budak tak berani “buas”. Sebab diorang takut kat aku. Kalau diorang buat bising, aku sua je muka aku, semua senyap.  Kalau diorang ngada-ngada nak main dengan barang-barang dalam rumah, bila mak aku cakap yang barang tu aku yang punya, sorang pon tak berani sentuh.

macam ni la lebih kurang kalau aku jegil kat budak-budak tu

Kalau mak aku suruh diorang mandi, tapi diorang tak nak, sekali aku suruh je, terus masuk bilik air. Sama jugak kalau diorang tak nak makan. Kalau aku suruh sikit je, langsung diorang tak berani bantah. Takut giler la diorang kat aku.

Kadang-kadang, bila difikirkan balik, lawak pon ada. Muka aku ni ganas sangat ke? Hmm... macam mana la nasib anak-anak aku nanti. kan best kalau anak-anak aku nanti boleh behave macam tu..  

Hahahaha... apa punya bapak lah aku nih...

Pha is

Post a Comment

16 Comments

  1. biar dorang hormat kita jangan takutkan kita.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2nya gitu la nnti bila dah ada anak.. hehehe

      Delete
  2. janagan kata budak2 KY tengok pun gerun hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... dahsyat sampai mcm tu skali erk?

      Delete
  3. hahaha...bapak garang...menakutkan gila tengok muka hgpa cm tu...km pun naik takut..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rilek2... kami x makan orang.. jgn takut.. heheh

      Delete
  4. takutnya.. macam cerita "JUVANA" tu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa cukur dulu, ramai gak yg kata macam tu...

      Delete
  5. Takpe, dorg takut sebab hormat tu pha is. Haha..

    ReplyDelete
  6. kadang2 budak pun takut ngan saya mungkin sebab saya ni garang kot.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka yg mcm budak2 pon, budak2 takut jugak...? hehehehe..
      lawak je...

      Delete
  7. tak semua org bleh 'satu kepala' dgn bdak2 ni, especially bdk yg buas, ada cara dia, kita OK dia pun OK

    ReplyDelete
  8. mmg pening kpala kalau dapat yg buas.. hehehe

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)