1. pertukaran arah qiblat
Masa : sya’ban tahun ke-2
hijrah
Rasulullah SAW sudah lama
mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat
ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt
pada bulan Sya’ban.
Ibnu Sa‘ad di dalam kitab
al-Tabaqat meriwayatkan bahawa Rasulullah sedang melawat Ummu Bisyr bin
al-Barra’ bin Mabrur di kawasan Bani Salamah. Beliau menyediakan jamuan untuk
Rasulullah SAW dan sahabatnya.
Apabila tiba waktu solat
Zuhur, Baginda bersolat di masjid perkampungan itu. Sedang Baginda berada dalam
rakaat kedua solatnya, turun wahyu daripada Allah memerintahkannya menukar arah
dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram.
Baginda terus berpaling
menghadap ke arah Kaabah ke sudut bertentangan dengan mizab (saluran emas)
dengan pusingan 180 darjah dan terus menyambung baki solatnya. Oleh itu masjid
berkenaan dinamakan Masjid Qiblatain.
2. Peperangan
a. Perang Zat Al-Riqa'
Masa : bulan sya’ban tahun
ke-4 hijrah
Tempat : Zat al-Riqa’
b. Perang badar yang
terakhir
Masa : bulan sya’ban tahun
ke-4 hijrah
Catatan : Abu Sufian telah
pun mengarahkan tenteranya berpatah balik. Alasan mereka berpatah balik adalah
disebabkan berlaku musim kemarau yang panjang, jadi tidak sesuai untuk
berperang.Maka, tidak ada pertumpahan darah berlaku pada peperangan tersebut.
c. Perang Banu Al-Mustalaq
Daripada Khuza'ah
Masa : bulan sya’ban tahun
ke-5 hijrah
Tempat : al-Mari’
3. Nifsu Sya’ban
Kelebihan Malam Nisfu
Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang
kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian
makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Sya‘ban
juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam
asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata:
“Telah sampai pada kami
bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam
Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di
bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”
4. kelahiran seorang hamba Allah
Masa : 28 Sya’ban 1410 Hijriah,
bersamaan 26 Mac 1990 Masihi.
Pada jam 9.20 pagi di
hospital sungai petani kedah, lahirnya seorang budak lelaki yang diberi nama
Muhamad Faiz Bin Zakaria Bin Din Bin Saad Bin Hasyim. Beliau merupakan seorang
penulis blog yang diberi nama Hikayat Budak Pening. Hehehehe...
Sumber :
11 Comments
salam isra mikraj
ReplyDeletesalam israk mikraj...
Deletewahh.. perkare 4 tu mmg peristiwa besar tu ;) haha.. tq share.
ReplyDeleteha ah.. besar tu... hehehe
Deletebanyak juga peristiwa2 yang berlaku di bulan sya'ban ni..
ReplyDeleteterima kasih berkongsi..dapat juga saya ilmu secara tak langsung :)
sama2... smoga kta smua sama2 mndapat manfaat...
DeleteSelamat hari lahir, bro.. semalam 28 Syaaban ye?
ReplyDeleteSemoga bahagia dunia & akhirat, 'k bye.
Sori sori.. semalam 28 REJAB, bukan Syaaban..
DeleteAku kawan dengan hang, aku pun dah pening kepala.. hahaha :D
hehehehehe.. x pe.. sama2 pening... hahaha
DeleteCehh , saya ingat kelahiran masa zaman nabi . Abg Pha Is nak juga la tu . HIHI (Y)
ReplyDeletekelahiran orang penting tuu.. hehehe
Delete