Misteri cahaya biru terbongkar


Sebelum ni, aku ada tulis pasal misteri kelibat cahaya biru di sebuah kawasan dalam USM. Kelibat cahaya biru tu seringkali kelihatan dalam hutan atas bukit belakang blok desasiswa restu pada jam 3-4 pagi, pada minggu peperiksaan.

 misteri usm

Aku sedar akan kehadiran cahaya biru tu pon sebab masa tu, aku study untuk exam. Sesekali bila tengok, meremang jugak bulu roma.  Untuk mengetahui kisah selanjutnya, sila ke entry ini : Misteri Cahaya Biru di Desasiswa Restu

Kini, Setelah hampir enam bulan masa berlalu, misteri cahaya biru itu akhirnya dapat dibongkarkan. Bersama kru skuad budak farmasi, kami bawakan khas kepada anda paparan ekslusif mengenai pembongkaran misteri ini.

Kebetulan, sekarang musim durian. Dan berdasarkan pemerhatian, kami baru sedar akan kewujudan beberapa batang pokok durian di sekitar hutan tersebut. Kewujudan pokok durian ini hanya disedari apabila aku dan member2 mula mengidam nak makan durian.

Disebabkan mengidam yang amat, barulah salah seorang dari kami terperasan kehadiran beberapa biji buah durian yang masih berada di atas pokok, dalam hutan belakang blok desasiswa restu.

Maka, dipercayai bahawa kelibat cahaya biru tersebut adalah cahaya dari lampu suluh yang digunakan bagi mereka yang mencari buah durian yang luruh di waktu malam. 

sekali gus, pembongkaran ini dapat menangkis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan cahaya biru tersebut datang dari lampu suluh yang digunakan oleh sesetengah pihak yang tak bertanggung jawab untuk  "menurun" [1] di balik hutan tersebut untuk mintak soalan spot yang keluar untuk exam.

rujukan:

menurun = 
1. agak miring (tanah, pantai, dll), landai ke bawah: gunung itu ~ dgn curamnya arah ke timur; 
2. pergi dr atas ke bawah (bukit dll), pergi melalui lereng bukit dll ke bawah: ia bergegas melangkah ~ bukit yg curam menjunam itu; 
3. menjadi kurang drpd biasa, beransur-ansur turun, menjadi reda (kemarah­an dll), berkurang, surut, susut: debar darahku ~ dan dadaku terasa lapang; mereka ditangkap kerana dituduh men-jalankan sabotaj yg menyebabkan peng-hasilan kilang itu ~; 
4. berpindah kpd (drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu, dll), turun kpd: ia benar-benar ~ kelakuan bapanya; 
5. kemasukan roh halus ke dlm tubuh (pawang, bomoh, dll), berada dlm keadaan tidak sedar dan seterusnya dapat menghubungi makhluk-makhluk halus (bkn bomoh, pawang, dll), bersawai: cara mengubat penyakit kadang-kadang dilaku­kan dgn cara ~; saya dapat menyaksikan bagaimana gayanya orang berpawang dan pawang ~ hantu;


Pha is


Post a Comment

14 Comments

  1. Replies
    1. eh, misteri la jugak... try tengok entry asal, baru tau misteri or tak.. heheh

      Delete
  2. haha.. paham2.. Asal biru pun tak tahu bro. Takde cahaya lampu lain kah? lol.

    ReplyDelete
  3. jap-jap ! ade plajar guna makhluk halus er? O0oooo0o

    ReplyDelete
  4. Hahaha... ingatkan betul2 misteri td, gitew citernye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 mmg la misteri. tapi bila dah terbongkar, tak jadi misteri lagi le... hehehe

      Delete
  5. eh kenapa cahaya biru? lampu dari phone eh? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg kan dah maju.. lampu torchlight pon dah boleh buat kaler maler.. hehehe

      Delete
  6. ohhh...at last dpt tau jugak ape benda..hahaha
    lepas ni boleh makan durian free

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk... x bleh, durian pokok orang.. hehehe

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)