secara jujurnya, walaupon aku ni lelaki, tapi seriusly aku dah try buat step2 yang ditunjukkan dalam gambar ni. bukan sebab aku takut jadi mangsa rogol, tapi kerana aku kurang yakin akan keberkesanan teknik ni.
yang pertama sekali yang buat aku tak yakin, bila sampai step ke-3: menggunakan kekuatan otot kaki untuk menolak badan keatas supaya kepala 'mangsa' dapat menghantuk dagu 'pemangsa'. cuba korang try sendiri. bagi aku, ianya agak susah dan kurang efisyen sebab tujahan aku tak laju sangat, tapi sangat memerlukan banyak tenaga.
ok. mungkin sebab badan aku berat. sebab tu otot peha aku tak cukup kuat untuk hasilkan tujahan. tapi, aku rasa penyelesaian yang lebih efisyen, ialah sambil kaki kelonjak badan keatas, 'mangsa' boleh buat "uppercut".
sumber : google |
daripada guna kepala, gunakan penumbuk. mudah, ringan, dan tak menyakitkan kepala. hehehe... kalau tak yakin, buat uppercut guna kedua-dua tangan. kalau nak lebih berkesan, aim dekat tengkuk atau halkum 'pemangsa'. biar sampai tenggelam halkum beliau.
step ke-4 sangat-sangat digalakkan sebab itu antara kelemahan lelaki yang mudah diserang. hehehe
step2 yang selebihnya, terpulang la. rasanya kalau dah serang penyawa (istilah dalam silat yang merujuk kepada bahagian kemaluan lelaki), kalau nak lari pon dah boleh, sbb lelaki yang baru kena serang di penyawa ni selalunya nak berjalan pon dah tak betol dah. hehehe...
akhir kata, seelok-eloknya, prepare diri siap2. sekurang-kurangnya, kita berusaha menjaga diri. masuk je mana-mana kelas self defence. silat ke, tae kwan do ke, tak kisah la. sekurang-kurangnya ada ilmu didada. hehehe.
p/s : kalau nk mudah, untuk wanita terutamanya, boleh masuk silat cekak. tak perlu berkuda-kuda, tak perlu sepak-menyepak yang melebihi paras pinggang. tak ada lompat-melompat, guling-guling.
Pha is
31 Comments
nak senang, siap sediakan pemedih mata ciptaan sendiri. taruk lada ke. sembur je.hahaha
ReplyDeletehahaa.. yg tu pon boleh... cuma kena sntiasa ada di tangan la...
Deletekalau wanita yg bertubuh kecik agak2 praktikal tak step2 tu? anyway thanks for the info.. semoga kita sentiasa dlm perlindunganNya
ReplyDeletesebenarnya, kalau wanita bertubuh kecil lagi banyak kelebihan. antaranya, wanita tersebut lebih dekat dengan penyawa. so, tumbuk je penyawa tuh... kalau pakai kasut tumit tinggi (yg tajam), pijak je kakai beliau. kalau dia tertunduk, bagi uppercut. hehehe
DeleteSebenarnya, tidak ada teknik khas untuk mempertahankan diri. Kalau nak tau berjaya atau tidak, kalau kita dapat lepaskan diri tu kira BERJAYA lah.
ReplyDeleteYang penting, kena RAJIN TURUN BERLATIH (ke gelanggang) supaya tindakan kita jadi refleks sahaja masa kecemasan. Tak payah fikir apa dah, kaki/tangan terus bergerak. Itulah kebaikan rajin berlatih. :)
betul2.. kita boleh usaha je. nak jadi atau tak, itu urusan Dia. sekurang-kurangnya, kita usaha..
DeletePerlu keberanian yg mantap.. huhu
ReplyDeleteLebih bagus, elak diri drpd jalan seorang diri di tempat sunyi.. ^_^
adusss... sakitnya kata si lelaki itu heheee
ReplyDelete"hahahaha... padan muka" kata wania itu.. hehehe
Deleteitu bagi mereka yang tak mudah panik, kalau yang jenis mudah panik, confirm semua step tu dia takkan ingat..
ReplyDeletepsstt: minggu study n minggu exam telah selesai nampaknya.. ;)
sbb tu selian usaha, kena doa dan tawakkal. kalau blajar teknik hebat sekalipon, kalau Dia tak bagi gerak, tak jadi jugak.. hehehe
Deletepsstt : ha ah.. baru habis exam.. hehehehe
lau ak berada di situasi kjdian,ak akn try APA PUN cara asalkan terlepas dr die dan mnjdi mangsa sebab dlm Islam,kalau sorang pmpuan diserang untk diambil brang/hrtanya,tidak wajib die pertahankan..tp kalau diserang utk diragut maruahnya,wajib utk mempertahankan..
ReplyDeletep/s : ak nak bg buah sendeng atas je,tp tgan kanan xnk bg kt dagu.nk bg hat lain...haha
hahaha.. takat buah keputusan sendeng atas tak jadi apa. len kali bagi buah keputusan sendeng tiga alam. baru dia tau... hahahahaha
Deletehahaha
ReplyDeletekalau asu jadi kat tempat tu,asu akan belasah penyawa jantan tu,pastu bukak silat langkah seribu.
hehe.aci tak cam tu? =P
aci... asalkan selamat, sudah.. hehehe
Deletecara paling senang cikgu saya cakap, tya dia isap okok tak, kalau ya, cucuh kan rokok kat dia then smbur. tapi jenuh la nk bawak pyembur hhuhu
ReplyDeletedah alang2 bawa penyembur, baik bawak penyembur lada terus.. hehehe
Deletehuhu.. info yg mnarik.. :D tp tu la.. tenage x ckup kuat.. :p hehe
ReplyDeletekalau teknik yg betol, tenaga yg minimum pon dah cukup.. hehehe
DeleteWaa..dh boleh bukak kls mmpertahankan diri..hehehe.
ReplyDeleteLama xjnguk sini.
hehehe.. ak layak lagi nk jadi jurulatih... skrg masih penuntut silat.. hehehe...
Deleteha ah... mcm dah kurg aktif berblog je cik najihah ni.. heheh
Step ke-3 tu boleh diterima sebab daya lonjakan lebih kuat daripada tolakan tangan. Step ke-4 dan ke-6 tu satu dunia terima. Haha.. Lepas pecahkan, hancurkan!
ReplyDeletehahaha... step ke-3 kalau pakai tangan pon kuat jugak kalau guna lonjakan kedua-dua tangan dan kaki... hehehe
Deleteselebihnya, no komen.. hehehe
aiii takutnyaaaa kalau situasi cemas berlaku..kalau tak tau sgt terpaksa gune gigi..huhu..gigittttt... :P
ReplyDeletehahaha.. gigit pon boleh.. asalkan ada usaha...
DeleteInfo yang hebat. Tp sempat ke si mangsa buat semua tu, tambah2 kalu si penjahat berbadan besar. Mmm paling tidak jerit kuat2 kan?
ReplyDeletekalau dah biasa dengan kelas seni bela diri, insyaAllah... kalau pnjahat berbadan besar insyaAllah tak de masalah sangat. yg penting teknik kena betol. kalau teknik betol, tak perlu banyak guna tenaga sangat.
Deleteapa2 pon, kita cuma boleh usaha. tapi "gerak" itu milik Allah.. nak jadi or tak, itu semua kuasa Dia. kalau Allah nak tolong, orang yg tak tahu teknik mempertahankan diri pon boleh selamat.
selalu terfikir kalau ada orang nak tembak, pastu waktu tu dah ramai yang mati dalam group tu, nak buat buat mati jugak dengan merebahkan diri kat tanah. agak agak efisyen takk? tu pun kalau tak tersenyum masa "mati".
ReplyDeletehahaha.. kalau tersenyum, x pe.. kira mati dalam "iman".. hehehe
Deletepsstt: ke mana menghilang..
ReplyDeleteskrg cuti la kak... dok umah. online pakai broad band adik... hehehe.. jrg2 la boleh online.. heheh
Delete