ADAB MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT


[sumber gambar]


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),


diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a), bahawa Nabi saw bersabda : Jika anda berkata kata kepada teman anda [dengan perkataan] "dengar!" sementara Imam sedang membaca Khutbah, anda telah lagho" - Riwayat al-Bukhari #892, Muslim #851.


"Dari Abu Darda' berkata :"Nabi saw duduk diatas mimbar dan berkhutbah kepada manusia dan membacakan satu ayat. Ubai ibnu Ka'ab yang duduk disebelahku dan aku bertanya :'Ya Ubai, Bila diturunkan ayat tersebut? Beliau ENGGAN menjawab soalanku. Aku bertanyakan mengenai ayat tersebut lagi sekali dan dia tidak melayanku, dan aku bertanya lagi sekali kepadanya dan dia masih enggan bercakap denganku sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar. Kemudian Ubai berkata kepadaku ,'Apa yang anda dapat pada hari Jumaat ialah melainkan lagho (cakap yang sia-sia)'. Setelah perginya Nabi saw, Aku pergi kepada beliau dan memberitahu apa yang berlaku, dan sabda beliau :'Ubai telah berkata Benar, Jika kamu mendengar Imam berkhutbah, maka dengarlah akan ia sehingga ia selesai"
(Riwayat Ibn Majah #1111, Ahmad #20780. Dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Busayri dan Sheikh Al-Albani didalam Tamaam Al-Minnah, ms 338)."


Menurut Fatwa #4769 yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Buhuth Daa'imah (8/242) :

"Tidak dibenarkan menjawab Bersin dan memulangkan Salam, semasa Imam sedang berkhutbah, dan ia sahih dikalangan pendapat Ulama! Sesungguhnya kedua-duanya adalah percakapan, dan ia dilarang semasa Imam sedang berkhutbah"


Telah diriwayatkan bahawa Yahya ibnu Sa'ed Al-An asari berkata : "Adalah sunnah apabila Imam duduk diatas Mimbar pada hari Jumaat untuk semua hadirin memandang kearahnya"


Diriwayatkan oleh Naafi' bahawa Ibnu Umar menhabiskan tasbihnya sebelum Imam keluar, dan apabila Imam keluar, beliau akan memandang kearah Imam sebelum sempat Imam duduk.


Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz:

"Semasa solat Jumaat, orang yang Mu'min hendaklah mendengar Khutbah Jumaat dengan Khusyuk dan Senyap sunyi, dan ia ditegah dari bermain batu di atas tanah atau selainnya. Jika seseorang memberi salam kepadanya, hendaklah ia memberi isyarat dengan menggunakan isyarat tanpa bercakap. Jika ia meletakkan tangan untuk bersalam, tanpa bercakap, ia dibenarkan. Dia harus memberitahunya selepas Khutbah bahawa dia tidak boleh melakukan perkara tersebut, sesungguhnya dibolehkan kepada seseorang yang masuk masjid semasa Imam sedang berkhutbah untuk menunaikan 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid, dan tidak memberi salam kepada sesiapa sehingga khutbah selesai., dan jika dia bersin, maka pujilah Allah (Alhamdulillah) untuk dirinya sendiri dan tidak menaikkan suaranya".


wallahu a'la wa a'lam

Post a Comment

7 Comments

  1. ustaz ikin cakap, kena g solat jumaat sebelum khatib naik mimbar.. bila khatib naik mmbar, para malaikat akn tutup buku catitan + duduk dengar sekali. n ssapa yg p lambat tuh nama nya takk akan tercatit atas buku tu. :) (kalau salahh maaf ya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. x pnah dgr pon.. kalau malaikat dah tutup buku catatan, boleh la buat maksiat.. hehehehehehe....

      Delete
  2. Replies
    1. normal la tuh.. masa aku kat asrama dulu, member aku memang konfom rmai yg tdo pnya. pnat balik dari sekolah, pastu jalan kakai dari asrama ke masjid negeri penang. hehhee

      Delete
  3. tak pernah pergi khutbah.. teringin nak pergi.. tapi selalunya kalau pergi mesti tak jumpa jemaah perempuan.. huhu.. lepas habis solat jumaat baru sembahyang zohor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulak.. yg laki dok liat nk pi jumaat, yg pompuan rajin pulak.. hahaha..

      Delete
  4. wahhh teringin nak pergi hehehe

    btw dah follow sini

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)