Teori Kewujudan Hang Tuah


“harap-harap, jadi la video LAGAK ni.” kata Ali kepada 4 orang sahabatnya, sesudah dihirupnya air barli yang masih lagi suam beberapa teguk. Kelima-lima mereka baru sahaja selesai melakukan penggambaran filem pendek yang diberi nama LAGAK, sebuah cerita yang berkisarkan perjalanan hidup seorang penuntut silat.


“insyaAllah, mesti jadi punya.” Jawab Awang, yang memegang watak utama dalam filem pendek tersebut. Setelah itu, diteguknya air milo ‘o’ ais, sementara menunggu makanan yang dipesan sampai ke meja mereka.

Selalunya, begitulah kebiasaan mereka. Setiap kali selesai sahaja apa-apa activity yang berkaitan silat, mereka akan keluar makan ke restoran Nazri Tomyam, sebuah restoran yang berdekatan dengan USM. Selain mengisi perut, dapat juga bersembang, menguatkan ikatan ukhwah sesama mereka. 

“kita ni dah la lima orang. Macam nak buat filem Hang Tuah la pulak.” Ucap Pian, disusuli dengan gelak tawa kecil.

“ha..! sebuat pasal Hang Tuah, hangpa rasa Hang Tuah tu wujud tak?” tiba-tiba Ali membangkitkan persoalan.

“kenapa? Hang tak percaya ka cerita Hang Tuah tu?” soal Pali kembali. Sedari tadi, dia hanya diam sahaja. Tiba-tiba sahaja dia bersuara.

“bukannya tak percaya.” Kata Ali. “tapi, aku penah dengar sampai 4 teori pasal Hang Tuah sahaja.!” Sambung Ali lagi.

“ceciter..ceciter..” kata Pian, dengan mengajuk dialog usop wilcha dalam cerita ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’.  

“ok. yang pertama, ada orang bagitau kat aku yang Hang Tuah ni sebenarnya tak wujud. Watak Hang Tuah sengaja direka ceritakan, kononnya seorang laksamana melayu yang terbilang, supaya orang melayu ada sesuatu yang boleh dibanggakan.” Kata Ali, setelah habis diteguknya air barli suam segelas. Kawan-kawan beliau yang lain khusyuk mendengar cerita Ali.

Belum sempat Ali menyambung ceritanya, datang seorang pelayan wanita bersama dulang yang dipenuhi beberap pinggan nasi goreng. Kemudian diletaknya pinggan2 tersebut dengan tertib di atas meja tempat Ali dan kawan-kawannya duduk. Setelah selesai, sebelum sempat pelayan wanita itu beredar, Ali sempat memesan air teh ‘o’ suam, oleh kerana air barli suamnya sudah habis.

“teori yang kedua,” sambung Ali setelah pelayan wanita itu beredar. “ada orang bagitau kat aku yang hang tuah sebenarnya bukan orang melayu.!”

“habis tu, orang mana? Orang putih?” sampuk Pian.

“ish. Bukan la. lain kali orang cerita jangan nak menyampuk.” Kata Ali. 

Setelah semua orang sudah mendapat nasi goreng masing-masing, Ali menyambung critanya. “ada orang bagitau kat aku, Hang Tuah ni sebenarnya orang cina.!”

“aik? Kenapa pulak?” soal atan, yang hanya diam sedari tadi. Baru kini dia bersuara. Mungkin agak berminat dengan teori yang ini.

“sebabnya, nama Hang Tuah tu sendiri. Kononnya, nama asal Hang Tuah ialah ‘Hang Tu Ah’. Nama cina.!”

“pulak dah?” soal Pian pula.

“hmm.. betul atau tak, wallahu a’lam. Ni dari apa yang aku dengar dan apa ang aku baca la.” jawab Ali, sebelum dijamahnya nasi goreng tomyam yang tersedia didepannya. Seketika kemudia, datang pelayan wanita tadi membawa teh ‘o’ suam yang dipesan Ali. Setelah gelas teh ‘o’ suam diletakkan diatas meja, cepat-cepat Ali mengambilnya. lantas dihirup air tersebut, sesudah ditiup beberapa kali.

“hangpa makan dulu. Sat lagi lepas makan, aku sambung lain.” Kata Ali. Lantas Kawan-kawanya yang lain turut menjamah nasi goreng masing-masing.

[bersambung]


>>bahagian 2>>




Pha is


Post a Comment

16 Comments

  1. tak tau la hang tuah ni betul2 wujud atau idok?

    ReplyDelete
  2. video LAGAK antara ego dan maruah tu mmg wujud kah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. perbualan kat atas tu betul2 wujud, cuma nama watak terpaksa ditukar.. hehehe

      Delete
  3. hang tuah : tak kan melayu hilang di dunia. :)

    ReplyDelete
  4. ade kate hg tuah tu kturunan jin...xtau la..
    tp pape pn ak ske kereta proton yg 5 pndekar tu..!haha

    ReplyDelete
  5. teori ketiga: dorang takde penyambung zuriat..

    psstt: soalan.. ada tak sejarah menyatakan yang mereka semua ada anak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... betol jugak. tapi, ada penah terdengar/terbaca yg sebelum hang jebat mati, dia sempat 'membuntingkan' salah seorang dayang kat dalam istana masa dia 'rampas' istana dari sultan..

      hang tuah pulak, langsung tak dengar cerita tntang dia kahwin ataupon ada anak. tapi, hang kasturi pulak ada dulu cerita melayu (hitam putih) yang dia berkahwin.

      betol or tak, wallahu a'lam... heheh

      Delete
  6. Pernah gak dgr tntg Hang Tuah ni CIna. Dan kat negara kita, takde pun negeri yang menggunakan Hang dalam nama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. sbb kononnya "hang" tu nama family yg sama dari "hang" li po. dari salah silah yg sama...

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)