Di suatu petang yang
indah, saat aku baru masuk bilik dari melahap di cafe, aku labuhkan punggungku
yang gebu di di atas kerusi hitam kematu di sisi meja study sambil
mengusap-usap perutku yang agak tersembul ke hadapan tanda kekenyangan selepas
makan. Lantas, kulontarkan pandanganku kearah skrin computer riba yang sedia
gelap, kerana sudah lebih 30 minit aku tinggalkannya tanpa disentuh.
Niat dihati, nak sambung
marathon cerita Dragon Ball Z. Apatah lagi, bahagian cerita yang sedang aku
tengok sudah mula masuk plot klimaks. Saat kali terakhir aku tengok cerita itu
sebelum makan tadi, freza sudah bertukar ke bentuk yang kedua. Maka, tak lama
lagi, keluarlah Goku dalam bentuk Super Saiya, buat kali yang pertama. Ah,
cukup mengujakan.
Namun, niatku terhenti seketika
tatkala roommate kesayangan menyapa aku.
“Pha Is..”
“awat?”
“ kalau aku cakap sikit,
ko jangan sedih ye...” ucap roommate dengan riak muka yang penuh serius. Tambah
lagi, saat beliau menuturkan kata-kata tersebut, anak mata beliau memandang
tepat ke mata aku. Bahkan, kami sama-sama bertentang mata.
Sesungguhnya, mood aku
sebelum itu yang sedang gembira kekenyangan, dengan drastiknya berubah. Sukar diungkapkan.
Macam-macam perkara yang bermain di minda. Betul-betul saspen.
“perkara yang membuatkan
aku sedih? Apakah?” monolog aku di dalam hati. Tak dapat nak dibayangkan betapa
haru-birunya aku saat tu. Otakku masih ligat menduga dan memikirkan. Namun,
tiada satupun yang betul-betul logik. Ah, sudah hilangkah kewarasan aku.?
Lantas, setelah kutarik
nafas sedalam-dalamnya, dengan suara yang terketar-ketar, aku luahkan juga. “ok.
apa dia?”
Sekali lagi mata kami
bertentang. Riak wajah beliau waktu itu seakan-akan serba salah untuk memberitahu
aku. Berat benar untuk diluahkannya. Aku, hanya mampu berharap dan berdoa agar
perkhabaran yang bakal aku dengar ini tidak terlalu berat untuk aku terima. “Ya
Allah, tenangkanlah hatiku dalam menerima berita ini, walau seperit manapun ia!”
Agak lama roommate aku diam
seribu bahasa. Untuk seketika, bilik aku sunyi. Hanya desiran angin dari kipas
yang ligat berputar sahaja kedengaran. Sesekali bunyi itu disambut bunyi
deruman enjin motosikal yang lalu lalang di jalan RST, jalan yang betul-betul di
sebelah blok bangunan M01.
Seketika kemudian, beliau
mula menunjukkan tanda-tanda untuk bersuara. Mungkin sedari tadi, roommate aku
sedang mengumpul kekuatan, untuk memberitahu aku perkhabaran itu. Mungkin juga
ianya terlalu berat untuk beliau melakukannya.
“aku tak tau cerita ni
betol atau tak. Tapi..” kata beliau, sebelum diambil nafas dalam, untuk
dijadikan sebagai sebagai kekuatan.
“tapi, apa yang aku dengar......”
[bersambung]
p/s : ah, tipu je.. malas la nak sambung. Biarlah ianya rahsia
antara kami... hehehe
pha is dan rumate. A****, jangan jeles yer.. hehe |
Pha is
33 Comments
grrrrrrrrrrrrrr .. hahaa .. mana sambungannnn?
ReplyDeletesbb tu dah cakap awal2.. jgn sedih.. hehehe
Deleteultra GAYYYY, haha!
ReplyDeleteBTW, sape A****, lulz
Deleteala man, ckpa je la yg ko jeles dengan keintiman kami.. hahahaha...
DeleteBTW, A**** tu, err... ntah.. hehehe
kuangasam tol la,,hahaha debo ni tau tak
ReplyDeletedebo? ape tuh?
Deleteberdebar - debar ,, debo weh bace cite ko ni,ahhaha
Deleteowh.. debar.. aku ingatkan mcm "pukul" ke aper... hahahah
Deletejauh sgt tu ke pukul,,weh bile sambungannye ni ? menangis tggu
Deleteerk.. kan aku dah cakap dalam "p/s" tu... malas la nk smbung... ni rahsia kami sesama roomate.. hehehe
Deletebaru nak baca dengan penuh semangat tgk2 terhenti lak.. errkkkk
ReplyDeleterilex2.. jgn sedih2.. hehehe
DeleteMencikkk akak tawww..!!
ReplyDeleterilex la akak.. sbb tu dah ckap awal2, jgn sedih... hehehe
DeleteGrrrrrrrrrrrrrr~ Boleh pulak bersambung-2 macam drama tibi! AHAAHA
ReplyDeleterilex2.. jgn marah.. ni kan cerita sedih... cerita sedih tak leh marah2.. hehehe
Deleteerghhhh nyesal baca .
ReplyDeletebuat rugi ja aku suspen awai awai :3 :3 :3
hahaha
hahahaha... rileks2.. jgn sedih2.. hehehe
Deletesedih gile cite ni...sebakul tisu habis (T__T)v
ReplyDeletegrrrrrrrrr~
alololooo.. kesian.. hehehe
Deletebikin suspenslah pha is ni.. ;)
ReplyDeletehehehe... saje gurau2..
DeletePha Is
ReplyDeleteHang memang cirit !!
hahaha :D
hahahaha.. eh, mana tahu? mmg skrg tgh cirit.. hehehe..
Deletelaa...awat x cakap habis...haru2...
ReplyDeletehehehe.. saje nk bagi korg sedih bila baca.. sedih tak? heheheh
Deleteayat kemain lagi..boleh buat novel kot..hahaha
ReplyDeletelast2 tak bagitahu..geram neh~
mmg pnah menyimpan hasrat di dasar lubuk hatiku sejak sekian lama untuk menjadi penulis novel. tapi, apakan daya, jodoh tiada.... hehehe
DeleteHaha.. mcm si#l. lol. mcm cerita sedih je tp yg pasti bukan.
ReplyDeletehahaha.. x pe lah.. disebabkan entry ni dah lama dah, so, nk dedahkanlah cerita apa yg sedih tu. ekceli, rumate aku gitau yg crush aku dah bertunang.. hehehe..
Deleteohhh....hmm~ :)
Deletealoo..sweetnya gambar..puiii/..haha
ReplyDelete