Sekarang ni, aku tengok dah ramai yang tukar nama kat facebook ke nama yang pelik-pelik, atau/dan letak profil picture yang bukan gambar sendiri. Memang tak salah. Tapi, kalau boleh, jangan sampai menyusah kan orang.
untuk part gambar, aku tak kisah sangat.
mungkin mereka ada sebab kenapa tak nak letak muka sendiri. mungkin sebab malu
dan sebagainya. terutamanya perempuan. well, perempuan yang bersifat malu itu
sangat cantik. kan? lagipon, Kalau perempuan, mungkin tak nak tayang muka,
takut nanti ada lelaki bernafsu tengok (mana la tahu) or takut ada orang curi
gambar korang edit yang bukan-bukan.
kalau lelaki, aku tak tau la apa motif
korang. Ok. fine. itu hak korang. korang punya wall, korang punya suka.
Tapi, kalau dah muka bukan muka sendiri, at least, letak la nama yang orang
boleh kenal, atau nama panggilan. Sekurang-kurangnya, kawan2 yang kenal boleh
tahu, siapakah anda. Senang nak tag, kalau nak sampaikan maklumat2 penting.
be professional.
Kalau nama pelik-pelik pon, kalau dah memang
pakai sejak azali, dan memang tak tukar-tukar, tak pe la jugak. At least,
kawan-kawan dah biasa dengan nama tuh. Masalahnya, dah la gambar tak ada, lepas
tu nama pula suka-suka hati je tukar. Hari ni nama “naloxone,” esok pulak nama
“kekasih setia”, lusa pulak tukar jadi “makhluk terindah”, dan macam-macam lagi.
Tapi, kalau nak buh nama lain jugak, boleh je
korang buh kat “alternate name”. (account setting > general > name >
edit > alternate name). Bila orang tengok profil, ada dua2 nama. Nama
“glamer” dan nama sebenar. Tak la menyusahkan sangat.
Ok. fine. Aku cakap je lebih. Nama aku sendiri
kat facebook bukannya nama ejaan betul pon. Nama aku faiz, tapi eja “Pha Is”.
Sekurang-kurangnya, sebutan ada la jugak nak sama. Kan? kan? hehehe...
Pha is
10 Comments
hah tudia, keluaq dah lagi skali insan bernama kekasih tu . haha
ReplyDeletetapi memang pun, kadang macam keliru. tiba tiba ada nama salam sejahtera mesej . esok lusa mentari apa ntah pulak mesej . tengok tengok orang sama =,='
hehehe.. tu la pasal... mencik, mencik.. hehehe
Deleteade yg pnjang berjela "insankekasihyangsukakekasihberkasihcurangpula" perghhh..
ReplyDeletepergh.. ada gak seorang member ni. namanya "ambobukanbokbongmatomeroh".. hahaha
Deletemacam tajuk lagu dah. ekekeke
ReplyDeletelagu UNIC... hehehe
Deletehehe..Ckin Kembaq forever..sebab nama sendiri org slalu eja salah..nanti kalu search mmg takkan jumpa sebab silap taip kan.. ^_^ so sebab tu letak mcm tu.. ^_^
ReplyDeleteckin kembaq dah ok dah tu... at least org tau yg tu adalah ckin.. hehe
Deletestuju sgt dgn entry ni. nm bukan2, gmbr too general, xde info. smua private. klau xmo expose diri langsung baik x yah buat fb. pstu xde sbrg update dibuat. keje jd lurker je. 100 mutual fren? i dun give a damn to approve. :D
ReplyDeletewow.. tegasnya pendirian.. hehehe
Delete