annoying facebook friend request

Suatu hari, aku dapat friend request kat facebook, tapi aku tak kenal langsung orang yang nak add aku tuh.

Ok. Fine. Mungkin aku pernah kenal manusia tu, tapi dah lupa siapa beliau. Maka, aku pon pergi ke wall beliau untuk “bertaa’ruf”. Malangnya, nama beliau bukan nama manusia. Contohnya, “air tenang”, or “budak kaca mata”, or “sabun cap kapak”, or “insan bernama kekasih”.

Ok. Fine. Mungkin beliau saja nak buh nama glamer. Bajet hot, bajet retis. Maka, aku pon tengok la profil picture beliau. Dan malangnya, profil picture beliau jugak bukan muka manusia. Contohnya muka kucing, lembu, kereta, dan sebagainya.

Ok. Fine. Mungkin beliau ni pemalu orangnya. Tapi, kalau diikutkan, tu kan profil dia. Suka hati dia la kan nak buh gambar apa pon, or nak letak nama apa pon. Kan?

Ok. Fine. Tu hak dia. Dia bebas nak buat apa pon kat wall dia. Aku tak ada hak nak kata apa. Suka hati dia la. buat apa aku nak kalut. kan?

Ok. Fine. Kalau macam tu, aku ignore je la friend request dia. Buat apa nak susah-susah pening-pala. Senang cerita. End of story. Tapi nanti, kalau tak approve friend request, nanti kata aku sombong pulak.

Ok. fine. Aku approve je manusia tu. Lagipon, bila tengok profil, banyak mutual friend dari kawan-kawan satu sekolah. Lepas dah approve, aku pon Tanya beliau siapakah dirinya yang sebenar. Malangnya dia menjawab: 

hanya insan biase.

Ok. fine. Ko insan biasa. Fine..!!!! fine..!!!!! 




Pha is

Post a Comment

37 Comments

  1. Replies
    1. err.. photoshop je tuh. hheehe.. aku ni bukannya retis nk dapat friend request smpai bnyak tuh.. hehehe

      Delete
  2. bhhahahaha... mai ponnn geram ngan sorang dlm group Alumni skolah menengah mai, mmg la suka hati dia nak letak nama samaran pastu gmbr profil bunge mawar ke bunga matahari ke, pastu dia selalu tegur2 mai mcm kamceng sangat, bila tnya dia siapa , dia ckp rahsia . Grrr~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. lagi masalah kalau berkaitan hal-hal penting. kita nk tag beliau, nk gitau hal penting, tapi cari nama tak jumpa2, sbb asyik tukar nama... mencik.. mencik.. heheheh

      Delete
    2. ahahaha emosi .... Mai dh bnyk kali gak kena gangguan seksual dlm fb , grrr~ siap ade ugutan2 bagai . ni semua pasal approve ikut dan la... lepas nie kena berjaga2

      Delete
    3. hahaha.. uih, bahaya tuh kalau siap ada ugutan... boleh report polis dah tuh..
      tu la.. lepas ni mmg kena jaga2... sbb tu skrg ni mcm malas nk approve org yg tak kenal...

      Delete
  3. hahaha . stress ar baca entri nih , wakaka XD

    #aku insan biasa . harharhar ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... x kata pon dia insan tak biasa...

      Delete
  4. AHAAHA. Mesti sakit hati je kan dia jawab macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nk bagi je bush keputusan sendeng atas.. hahaha

      Delete
    2. bush keputusan sendeng atas? macam pernah dengar. tapi apa maksudnya erk? O.o

      Delete
    3. err.. ekceli, "buah keputusan sendeng atas"... (typo)
      ni salah satu buah(teknik pergerakan) dalam silat. hehehe.. rasa macam nk silat-silatkan je budak tu.. mcm tu la lebih kurang.. hehehe

      Delete
  5. hahaha lawak seh dia tu.
    # insan bernama kekasih XDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. tu rekaan semata je.. kalau ada persamaan, kebetulan je la.. hehehe

      Delete
  6. siyes sgt skit hati !

    yg bace ni pun FINE ..

    ReplyDelete
  7. ala,kadang2 tu even ada nama and letak muka sendiri pun,tetap aku ignore..ni kan pulak apa 'aku insan biasa'..heh memang biasa jugak la aku decline sumer request tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko memang... banyak secret admire la katakan... hahaha

      Delete
  8. fb aku ade 200 request ak ignore...kesian...ak takut nak accept lau tak kenal sbb penah jadik kes dulu aku accept sorang mat saleh ni ( bukan abg salleh )
    boley pulak die ajak sembang sensored2!!
    sakit pulak ati kite ni~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. aku penah kena... ni buktinya...

      http://pening-pala.blogspot.com/2011/06/akibat-approve-tak-tentu-hala.html

      Delete
  9. haha..itu yg jenis bg link.yg ni jenis luah perasaan hg tau!
    ak ingt bley la nk improve LMT jdik LSP 400 la konon..
    tiba2 dia cita pulak aktiviti die ngn ex awek..alahai......xkuase la~!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktivity? secara detail ke? hahahaha... hahahah..

      Delete
  10. ok fine.. delete je dari friends request..

    ReplyDelete
  11. haah kan,,aku pon slalu kene cmtu,,nyampah betol,,tp dsebabkan ramai mutual fren, approve jela

    ReplyDelete
  12. ekekeke, saya kalau orang add tapi saya tak knal, ignore ja.. jahat ka takk ?? peningg

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. lawak dan sakit hati dalam masa yang sama.. hahaha

      Delete
  14. hahahah..anggap je dia just nak ramaikan kenalan..mgkin mutual friend tu pon xkenal dia..(my opinion je) =) sabar je la..hahah tp mmg lawak..^^

    ReplyDelete
  15. haha.. lepas nih dia bagi request lagi bro. request join game FB. lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau game, mentah2 aku tolak gitu je.. sbb kat usm ni aplication fb kna block...

      Delete
  16. banyak gile friend request..retis..haha
    update list
    http://www.jeritpekik.my/2012/12/senarai-entry-entry-terbaik-dari_26.html

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)