Tarikh : 11 april 2012
Jam : 7.15 pm
Tempat : atas dek feri
langkawi-penang
Sekarang sudah lewat
senja. Langit sudah bertukar kekuningan dan sang mentari pon sudah mula menghampiri
garisan horizontal di sebelah barat. Kian tenggelam bersama masa yang berlalu. Tidak
seperti tadi, cahaya mentari yang menyinar kini sudah mulai suram.
“is, tuh. Sunset. Lawa kot.”
Sapa daus sambil menunjukkan kearah barat. arah matahari tenggelam.
“pergh... lawa. Lawa.”
“apa lagi! ambik la
gambaq!”
“kalau man ada sekarang,
mesti best. Boleh dia ambik gambaq sunset pakai DSLR dia. Lawa kot. Rugi dia
tak ikut.”
“tu la. orang ajak, dia
tak mau. Biaq pi la. pakai kamera henset kita sudah.”
Beberapa minit kemudia,
kami dapat lihat peristiwa matahari tenggelam. Sedikit demi sedikit matahari
mula jatuh ke bumi. Seolah-olah berselindung di sebalik laut yang meluas. Nasib
baik aku sempat rakam.
Bila matahari sudah
tenggelam sepenuhnya, terus aku teringat pelajaran pendidikan islam yang pernah
aku belajar berkenaan syarat masuk waktu solat. Lantas, aku beritahu duan yang
sekarang sudah masuk waktu maghrib. Dia pula suruh aku azan.
Tanpa fikir panjang, aku
azan. Azan kerana sudah masuk waktu maghrib, dan kerana memohon, berdoa kepada
Allah, minta dijauhkan dari azab bala bencana tsunami.
Allahu akbar Allahu akbar.....
bersambung...
sebelumnya :
Pha is
6 Comments
wahh terharuu nyaa.. asa macam nak joinn ja. bukan senang nak dapat pgalam cam nih kan.. ;)
ReplyDeletepulak... hehehe.. org lain pakat takut, dia seronok... time tu tengah keluar amaran tsunami kot... hehe
Deletehihi mmg la time baca tuh mmg la asa takut jugak. Kalau saya kat situasi nih pun takutt. Tapi best dekat part yang azan + solat atas feri tuh.. ;)
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteDah ade ciri-2 untuk jadi suami mithali.
Abang dah boleh mula cari calon sekarang :)
erk? ciri2 apa pulak nih? tak paham..
DeleteLawanya sunset tuh..
ReplyDelete