Tarikh : 11 april 2012
Jam : 6.15 pm
Tempat : atas dek feri
langkawi-penang
Sedang asyik aku melihat
memandang kearah laut, tiba2 telefon bimbitku berbunyi, tanda ada mesej masuk.
Cepat-cepat aku seluk kocek kanan seluar untuk mendapatkan telefon aku. Setelah
punat ditekan, tertera sebuah mesej dari seorang rakan sekuliah di usm, si
izah.
[aslm, ada gempa bumi di
sumatera, tlg maklum pd kwn2 pelajar usm supaya jauhi pantai2 di pulau pinang,
langkawi, kedah, dan perlis dlm masa terdekat. Sekiranya ada apa2, hubung hepp
ataupun jabatan keselamatan usm. Tlg forwardkan sms ini kpd semua kwn2 pelajar
usm. Tq]-izah
Rajin benar beliau
menyampaikan pesanan. Maklumlah, beliau salah seorang ahli majlis perwakilan
pelajar (MPP) usm. Mungkin sms tersebut asalnya dari MPP. Menunjukkan betapa perihatinnya MPP usm dalam menjaga kebajikan para pelajar.
Tapi, jika difikirkan
balik, sungguh ironi situasi kami pada waktu itu. Arahannya jangan hampiri pesisir
pantai, tapi kami bertiga sudahpon belayar di tengah lautan. Lagi la buat aku panic.
Lantas, aku membelas mesej tersebut.
[w’salam. Izah, aq mntak
tlg sgt2 ni. aq, daus, ngan duan skrg ni ats feri lg. Dari langkawi straight ke
penang. skrg still kt tengah laut. Tolong doakan kselamatan kami...]-aku
Beberapa minit setelah
punat send ditekan, aku menerima balasan dari beliau.
[ya Allah! Aku doakan sgt2
korg cpt sampai. tsunami kalau sampai Georgetown myb pkul 9 mlm. Cepat2 balik
ke usm. Lmbt lagi ke nk smpai tu?]-izah
[kmi djangka sampai kul
8.00 mlm. insyaAllah, sempat]-aku
[okey2. Cepat2 balik ye.
insyaAllah takde pape..]-izah
“insyaAllah,” doa aku,
dalam hati.
bersambung...
sebelumnya :
episod 6 next >> episod 8
Pha is
3 Comments
alhamdulillah xde apa berlaku kan
ReplyDeletealhamdulillah... smuanya selamat...
DeleteAlhamdulillah..semuanya selamat..
ReplyDelete