feri tsunami - episod 6 (burung terbang)


Tarikh : 11 april 2012
Jam : 6.00 pm
Tempat : atas dek feri langkawi-penang

Di atas dek, tak sama rasanya bila berada di dalam feri. Dalam feri ada pendingin hawa, ada televisyen yang menayangkan cerita ‘underworld’, ada kerusi yang empuk, dan lebih senyap dari bunyi bising enjin yang menderam. Tapi, atas dek punya permandangan yang lebih cantik dan lebih luas. Kiri kanan Nampak laut.

Bila di atas dek, aku terta’jub dengan permandangan dari sini. Selain laut, ada beberapa pulau dan gunung yang boleh dilihat. Di belakang feri kami, ada Pulau Payar, tempat kami ber-snorkelling bersama ikan jerung kecil sehari sebelum itu. Di arah tenggara pula, sudah boleh Nampak gunung jerai, bersama dengan tanah besar semenanjung Malaysia.
permandangan gunung jerai dari arah laut

Duan hanya termangu di tepi alang dek, melontarkan pandangannya jauh di sebelah barat. Sedari tadi, hanya garisan horizontal barat yang ditatap. Entah apa yang difikirkannya. Mungkin sekadar menghilangkan galau kerisauan yang masih bersarang dalam diri. Takut datangnya tsunami yang tak diingini.

Sebelum itu, semasa masih dalam feri, ada aku beritahu duan, “kalau betul la tsunami nak mai, dia akan mai dari sebelah sana,” sambil menunjukkan ke arah barat. Cuma andaian aku, kerana pusat gempa bumi dikatakan berasal dari sumatera. “tapi, nauzubillah la. harap-harap tak ada apa-apa.” Sambungku lagi.

Sedang asyik aku me nikmati permandangan dan tiupan angin laut, tiba-tiba daus menyapa aku. “is, try hang tengok kat sana. ada burung la.”

Anak mata aku cepat mencari kelibat burung yang dimaksudkan daus. Akhirnya, Dapat. Cuma seekor burung putih yang berlegar-legar berdekatan dengan feri yang kami naiki. Spesis apa, aku tak pasti.

“kenapa dengan burung tu?”

“aku dengar, kalau ada tsunami nak mai, burung-burung semua lari. Tapi, burung tu rilex je dia terbang. Tak ada apa-apa la kot.” Jawab daus.

“insyaAllah.”    


bersambung...

sebelumnya : 

next >> episod 7


Pha is

Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)