feri tsunami - episod 5 (ibarat buih)


Tarikh : 11 april 2012
Jam : 5.45 pm
Tempat : dalam feri langkawi-penang

Tenang sahaja laut pada waktu itu. Hanya ombak-ombak kecil yang kelihatan. Sesekali timbul buih-buih kecil berwarna putih, hasil dari pukulan ombak-ombak tadi. Tenang suasananya hingga dapat menenangkan mata-mata yang melihat.

Saat aku terpandang buih-buih putih, teringat aku akan satu sabda junjungan, sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Thauban r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW, "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Para sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Para sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda, "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Lantas, aku terfikir. Cintakan dunia, takutkan mati? Hmm. Apakah ianya sama seperti situasi yang sedang aku hadapi sekarang ini?   


bersambung...

sebelumnya : 



next >> episod 6 

Pha is

Post a Comment

5 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)