Tarikh : 11 april 2012
Jam : 5.25 pm
Tempat : dalam feri
langkawi-penang
Sudah 10 minit feri
bergerak. Meluncur laju di permukaan air laut yang membiru. Kelihatan feri yang
aku naiki baru sahaja melepasi beberapa gugusan pulau-pulau kecil yang terdapat
di sekitar pulau langkawi. Sememangnya dari jeti langkawi sekalipon, sudah
boleh Nampak beberapa pulau berdekatan dengan mata kasar. Cukup dekat, cukup
cantik.
Namun, kecantikan ciptaan
Allah tersebut langsung tidak dapat menarik perhatian kami pada saat itu. Masing2
resah gelisah. Risau. Duan sedari tadi masih berkerut muka. Risaunya bertambah-tambah.
Tak pernah berkurang.
Dia langsung tak senang duduk.
Sekejap tengok aku, sekejap tengok tingkap, sekejap buka beg pakaian, dan
macam-macam lagi yang dilakukan. Kemudian, dicapainya bungkusan plastic berwarna
oren di bawah kerusi. Mungkin setelah disedari adanya jaket keselamatan di
situ.
Setelah diletakkan
bungkusan plastic oren tersebut di atas riba, dibukanya pula ikatan plastic itu.
Aku dan daus Cuma melihat perlakuannya. Setelah dibuka ikatan, bungkusan yang
mengandungi jaket keselamatan tersebut diletakkan semula di bawah kerusi.
“buka la siap2 jaket
keselamatan tu. Nanti senang nak ambik.” Kata duan setelah melihat aku dan daus
hanya melihat perlakuannya. Daus akur. Dilakukan juga perkara yang sama. Aku pon,
ikut sahaja. “Better safe than sorry!”
Seterusnya, dibukanya pula
kasut adidas putih yang terpakai kemas dikaki. Sekali lagi, aku hanya melihat
perlakuan duan. Lantas, dia bersuara, “aku ingat, nak pakai selipar la.”
Kali ini, aku pula cepat2
mengikut langkah duan. Buka kasut dan tukar dengan selipar. Senang nak berenang
kalau jadi apa-apa.
bersambung...
sebelumnya :
4 Comments
hmm dpt bygkan kerisauan korang.. huhuhuhu
ReplyDeletetawu tak pe...
DeleteX terjangkau kerisauan pha is ngn rakan2..tetibe seram sejuk..
ReplyDeleteX terjangkau kerisauan pha is ngn rakan2..tetibe seram sejuk..
ReplyDelete