minggu lepas, masa cuti pertengahan semester, aku ngan member bercuti sakan. tak tau la kenapa tiba2 je rasa semangat nak bercuti. bercuti pon kat zoo. macam budak2 je kan? hahaha...
zoo, taiping. tiket masuk kami kena RM 12 seorang. ok la. lagipon, bukan selalu. apa salahnya sekali sekala bercuti kat malaysia ni. dapat la jugak menjana sektor percutian kat malaysia nih.
kat dalam ni, ada dua pilihan. nak jalan kaki pon boleh, nak naik "kereta api" pon boleh. kami jalan kaki je. boleh tengok ngan bergambar puas2. kalau naik kereta api, tengok kejap2 je la. dia bukannya berhenti pon. lalu gitu je. kelebihannya, kalau naik kereta api, drebar tu boleh la bagi penerangan sikit pasai menatang2 yang ada kat dalam zoo tuh.
yang ni harimau dalam sangkar. boleh tengok je la.
yang ni pulak, harimau luar sangkar. baru je terlepas. nasib baik kami ada. boleh tolong tangkapkan. hehehe..
agak2, sapa yang menang?
ni buaya betol tau. buaya tembaga. dah la dok nganga sengap2 je... mula2 ingatkan patung. lepas tu, baru nak gerak2 sikit.
antara aktiviti yang best. bagi rusa makan. err, sebelah aku tu pelancong dari korea. sebab tu dari tadi dok pakai topi. hehehe
ni burung hantu spesis ape ntah.
ha!! singa betina!! sory la. aku cari singa jantan, tak keluar2 pon. keje lena je.. kalau tak, boleh dengar suara dia mengaum. member aku cakap, suara singa mengaum memang kuat. sekali dengar boleh meremang bulu roma. tapi, tak dapat la nak merasa.
kat situ tertulis tak boleh bagi makan ikan. tapi, kat kedai dalam tu, ada jual makanan ikan. bila kami tanya, orang yang jual tu cakap, makanan tu boleh bagi ikan kat dalam zoo tu makan. so, member aku si duan ni beli la sepacket. bagi ikan makan. berebut-rebut tu...
banyak lagi menatang2 dan aktiviti2 yang boleh buat bila masuk dalam zoo taiping ni. kat sini, aku just tunjuk beberapa je la. cukup dulu kot stakat ni. nanti aku cerita masa bercuti kat pulau langkawi pulak...
Pha is
5 Comments
teringin jugak nak gi zoo lain..asyik2 zoo melaka je..haish!
ReplyDeleteaku dah pegi mase first year lagiii..hahaa
ReplyDeleteko tu memang.. kaki rayau je keje... hahaha
Deleteharuslah..blaja jauh2 harauslah mrantau satu dunia.dah keje nnt susah dpt cuti.haha
ReplyDeletebetol2.. heheh
Delete