jom tengok tips dan cara-cara nak meyakinkan ibubapa, bagi sesiapa yang berhajat untuk mendirikan masjid di usia muda. hehehe..
1.
Anda perlulah memilikki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan
hanya di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa
anda dan ibubapa pasangan anda.
2.
Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk
berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama.
Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.
3.
Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat
cukup, rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi.
4.
Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk
mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.
5.
Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda
boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja secara
part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak
menganggu prestasi pelajaran anda!
6.
Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga
Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat
belajar, barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika
pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah.
Sama-samalah berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing.
7.
Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat
kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda.
8.
Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda
untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
9.
Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkanlah
dia kepada mereka.
10.
Akhir sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk
menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan
dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah
secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.
p/s : hmm.. aku banyak yang tak lepas nih... korang..?
6 Comments
Huhu.sama la.xlepas gk.
ReplyDeletehuhu..jauh lg nk kahwin ni..byk x lps
ReplyDeleteaku tak lepas bab memasak..:(
ReplyDeletesadis betul
aik? bukan ko terrer masak ka? haha
Deletejom pakat tiru.. ^_^ kena banyak belajar dan belajar lagi...
ReplyDeletebetol3...
Delete