antara berpecah dan bersatu

Bagi aku, Kesatuan dan perpecahan sesuatu kumpulan masyarakat terlalu subjektif untuk di-quantitative analysis-kan. Sebab definisi ‘bersatu’ dan ‘berpecah’ mungkin saja berbeza bagi setiap individu.

Sebagai contoh, aku bagi situasi seperti yang berlaku kat asrama sekolah aku.

Bila baru masuk asrama masa form 1, dalam minggu orentasi, setiap student dalam batch kami di’paksa’ kongsi satu lollipop untuk satu batch. Maka, malam tu, merasa la kami kulum lollipop bekas air liur kawan2 yang kebanyakannya masih lagi belum kenal.

Dan setiap minggu, dalam sesi ‘usrah’, ada sesetangah usrah yang masih meneruskan budaya ni. Tapi tak extrim sangat, sekadar kongsi 1 biskut 4 segi untuk setiap ahli usrah, dalam lingkungan 10 orang.  

Setiap petang, lepas solat asar, satu batch kena berkumpul di surau, baca surah Al-Hujurat ramai-ramai. Supaya ukhwah kami kuat dan tidak berpecah.

Adakah macam ni baru dikatakan bersatu?

Bila dah jadi senior sikit, mula timbul puak-puak, bila ada persamaan minat dan aktiviti. Contohnya, ada geng surau, geng fly malam pi cc, geng lembut, geng bola, geng sembang deghaih masa waktu prep, dan banyak lagi.

Adakah macam ni sudah dikira berpecah?

setiap kita berbeza. jadi, tak salah rasanya kalau kita nak bersama dengan org yg ada persamaan (minat, aktivity, dsb) bagi aku, hal ni bukannya suatu benda yg negatif, tapi benda yg normal. berbeza tak semestinya berpecah.

Tapi, rambut sama hitam, hati siapa tahu. Dalam setandan pisang, tak semuanya elok. Cuma jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.





p/s : maaf andai entry ‘girls in my class’ mengundang spekulasi atau rasa tak puas hati mana2 pihak. I'm only responsible for what i say write, not for what you understand

Post a Comment

4 Comments

  1. Replies
    1. sudah.. tapi tiba2 ada kes.. kecoh satu pusat pengajian..!!!! kononnya kami berpuak2... hahaha

      Delete
  2. wuuuuuuu.. share lolipop skali ? =="
    tpi syg,dh dilupkan.. hurm

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)