makan pisang kembar, dapat anak kembar.


Dulu, masa kecik-kecik, sebelom aku masuk tadika, ayah aku dah hantar aku belajar mengaji dengan seorang guru ugama kat kampong aku. Kami panggil beliau Long Teh. Beliau dah lama meninggal. Tapi, Alhamdulillah, aku sempat khatam dengan Allahyarhamah sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Dulu, beliau memang garang. So, far, denda yang paling keras aku pernah kena dari beliau la. orang dulu-dulu, mengajar dengan rotan, baru anak murid paham.

Yang bestnya masa tuh, kadang-kadang, ada orang kampong yang sedekah makanan kat kami. Bila semua dah “bertalaqi” dengan Long Teh, ada saja jamuan kecil. Mungkin orang-orang kampong rasa lebih berkat sedekah kat orang yang belajar mengaji.  

Kadang-kadang, pulut kuning. Kadang-kadang, bihun goreng. Tapi, yang paling popular, buah pisang.

Satu hari, masa ada orang bagi buah pisang, kami terkejut sebab dalam tu, ada pisang kembar. Lantas, Long Teh kata, “sapa yang nak anak kembar, makan la pisang tu.”

pisang kembar. sumber gambar

Beberapa hari selepas tu, kebetulan, masa kat sekolah rendah, masa aku ambik makanan RMT (Rancangan Makanan Tambahan), tiba-tiba, aku dapat pisang kembar.

So, dengan bangganya, aku cerita la kat kawan-kawan sekolah rendah aku tu, ‘kalau makan pisang kembar, nanti boleh dapat anak kembar’. Tapi, kebetulan jugak, cikgu aku yang baru je kahwin, terdengar perbualan aku tu.

Cikgu azwan : Faiz, mana kamu tau kalau makan pisang kembar nanti boleh dapat anak kembar?”

Aku : cikgu yang ajaq saya mengaji yang bagitau, cikgu.

Cikgu azwan : owh.. pisang tu, kamu bagi kat saya boleh?

Aku : nah, ambik la cikgu...
  


Pha is

Post a Comment

16 Comments

  1. hahahaha
    last last tak dapat makan pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe la.. aku tak la minat sangat pisang... hehehe..

      Delete
  2. mama pun pnah cakap 'time ngndung kat kamu, macam2 benda kembar mama makan tapi tetap kuar suang jugak' hahahha.. tapi abah mmg ada keturunan kmbar, so skarang da dapat cucu kembar, alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. kita cuma boleh usaha.. Dia yg tentukan...

    ReplyDelete
  4. Memang kalau cakap nak dapat anak kembar tu, excited bukan main masing-masing. Masa budak-budak tu, macam la tau sangat pun.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. biaq pi la kat cikgu tu.. dia dah kawen, tak pa la.. masa tu kita kecik lagi.. nk bukannya boleh dapat anak lagi.. hehehe

      Delete
  6. haha. cikgu ajar cikgu yg nak balik. hehe. tadi fisha pon de mkn pearl coolblog tuh. kembar tiga.HEHE
    jemput singgah blog fisha yer
    http://coretandakfisha.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ajar cikgu ngaji.. yg amik bali, cikgu sains.. hehehe

      Delete
  7. hehehe...teringat plak kat arwah long teh....x penah p ngaji kat dia...ada gak skali dulu p kat tok cik jah...lg takot kot ngaji...p sekali, esok tu x p dah..hehe

    ReplyDelete
  8. cikgu pun sampai mintak..hehe penah dengar, tapi entahlah.. ^_^ kuasa Allah..ada baka kembar pun, tak semestinya akan dpt kembar.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu yg ajaq sains pon percaya.. nk ank kembaq punya pasai... hehehe..
      betol2.. semuanya kuasa Tuhan...

      Delete
  9. makcik sy pon ckp camtu jgk..mkn pisang kembar nnti dpt ank kmbr hehe

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)