doktor vs farmasi


baru-baru ni, aku ada post tentang penerbitan sebuah buku yg bertajuk "Apakah Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Generik" oleh USM melalui Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF). tup tap, member aku pulak share satu artikel dari harian metro: 


KUALA LUMPUR: “Ubatan jenama asli lebih selamat digunakan daripada ubatan generik,” kata Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MMA), Dr Mary Suma Cardosa.

Katanya, ubatan asli dan lebih mahal sudah melalui ujian ‘bioequivalence’ (BE) yang rapi dan kajian terperinci dibuat sebelum ubat berkenaan dihasilkan serta dipasarkan.

“Kita tahu ubatan generik tidak melalui ujian terbabit dan ia sangat berbahaya kepada pesakit. Lagipun, ubatan ini dihasilkan kebanyakan pengilang yang belum tentu boleh dipercayai kerana belum melalui ujian BE,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan pensyarah Fakulti Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Jayabalan Thambyappa yang menyatakan doktor memaksa pesakit membeli ubat mahal seperti dilaporkan sebelum ini.

Katanya, pendapat itu tidak profesional apabila dengan sewenang-wenangnya menuduh kumpulan profesional iaitu doktor menerima insentif mahu pun keuntungan daripada penjualan ubat mahal.

Malah, katanya, satu lagi pendapat tidak boleh diterima apabila beliau (Dr Jayabalan) menyatakan tempoh setahun untuk mempelajari subjek farmasi menyebabkan doktor tidak tahu selok-belok atau tidak mempunyai kemahiran yang cukup mengenai ubat-ubatan.

“Tempoh setahun adalah masa cukup untuk mempelajari ubat-ubatan. Tambahan pula, mereka sudah terdedah dengan ubat sejak menuntut kursus berkaitan,” katanya.

Mary berkata, mulai tahun lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan semua ubatan generik perlu melalui ujian BE sebelum boleh dipasarkan untuk kegunaan pesakit.

“Jadi, boleh dikatakan ubat generik selamat, tetapi saya percaya masih ada syarikat pengeluar ubat generik yang belum mematuhi perkara ini,” katanya.

Sumber : "Ubat asli lebih selamat". Harian Metro. Rabu, 8 Febuari 2012


well, aku student lagi.. tak nak kata apa-apa.. belum bertauliah.. hehehe... apa-apa pon, bagi semua pengamal dan bakal pengamal perubatan, pandai-pandailah anda menilainya.. 

Pha is

Post a Comment

10 Comments

  1. yupp...ada terbaca gak tadi...tapi kalau kerajaan nak beli ubat ori punya memang bakrup la malaysia kot. mahal nak mampus...huhu...skang ni ubat di KKM memang banyak generik punya la..

    ReplyDelete
  2. oOooOOoo...apa contoh ubat generik?aku tak faham sangat

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hmm... mulanya ingat nk bagi contoh panadol dengan milidon. panadol lebih mahal, lebih popular. milidon lebih murah, walaupon bahan aktifnya tetap sama iaitu "paracetamol", dan kesanyya pon sama je... tapi, bila check balik, rasanya panadol bukan ubat asal (brand-name drug)...

      tapi, kesimpulannya macam ni la... generic drug lebih murah dari brand name drug, bukan sebab generic drug tak berkuality.

      tapi brand name drug (ubat asal) lebih mahal sebab syarikat pengeluar tu adalah yg mula2 "jumpa" ubat tu (active ingredient). so, diorang dah banyak melabur dalam RnD untuk "menjumpai" ubat tu... bila ubat tu terbukti selamat, hanya syarikat tu sahaja yg boleh hasilkan ubat tersebut. syarikat lain tak boleh hasilkan untuk beberapa tempoh.. (20 ke 30 tahun, bergantung kepada polisi negara mana syarikat tu berada). untuk nak cover balik duit yg diorg laburkan, sbb tu harganya mahal...

      tapi, bila dah cukup tempoh (20-30 tahun) tadi tu, syarikat lain baru boleh keluarkan ubat yg sama. oleh kerana ubat tu memang dah wujud, diorang cuma ambik active ingredient dan jadikannya dalam bentuk dosage (pill, tablet, dsb). yg ni la yg dikatakan generic drug... disebabkan kos diorang tak banyak. sebab tu ubat diorang lagi murah...

      tapi perlu diingatkan, syarikat lain tu tetap kena buat BE (bioequivalence) study, supaya ubat generik tu SAMA keberkesanannya dengan ubat asal. lecturer aku penah conduct BE study dan katanya, KADANG2, keberkesanan ubat generik lebih bagus dari ubat asal. sbb masa ubat asal dihasilkan, teknologi masa tu 20-30 tahun dulu. sekarang teknology lagi canggih..

      tapi bila dalam tempoh 20-30 tahun, konfom la ubat asal lebih popupar.. sbb masa tu konfom tak ada saingan...

      Delete
    2. dah macam entry baru pulak komen aku nih.. hehehe... tapi aku ingatkan, ini hanya apa yg aku tahu.. aku baru student farmasi... belum bertauliah untuk nak sebarkan sebarang maklumat berkenaan ubat. so, komen atas ni kurang 'valid'. tak sesuai dijadikan rujukan. sbb mungkin ada yg salah.. tapi rasanya, boleh la kalau sekadar nk paham sikit2 apa itu generic drug..

      aku hanya STUDENT farmasi...untuk keterangan lanjut, ASK YOUR PHARMACIST. (n_n)

      Delete
  4. wow..thanx 4 d long explaination.
    bioequivalence...teringat 2nd year belajar pharmacology.killer subjek utk budak dental

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. ada kawan yg budak medic cakap macam tu jugak, yg pharmacology ni antara paper yg susah... tapi bagi budak farmasi, rasanya biasa je... hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. w'salam... err, buku untuk budak farmasi, atau untuk orang awam mengetahui lebih lanjut tentang farmasi?

      Delete
    2. kalau buku untuk student farmasi, untuk bahagian kimia, saya rasa yg paling selalu org beli, buku patrick (introduction to medicinal chemistry). kalau part physiology, selalunya kami beli buku tortora (principle of anatomy and physiology).

      bila masuk part clinical, selalunya buku mcm BNF (british national formulari), applied thrapeutic, MIMS, dan banyak lagi..

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)